Akhirnya.. Aku Menjadi Ebay Seller
Saturday, 19 November 2011
Akhirnya.. Aku menjadi ebay seller atau dalam bahasa melayunya, aku menjadi penjual di ebay. Buat pertama kalinya, aku telah berjaya meletakkan beberapa barang di ebay sebagai satu permulaan menjalankan online bisnes. Bagi aku, ini merupakan satu kejayaan dalam hidup aku walaupun barang yang aku letak di ebay belum tentu terjual. Tak kisah la.. yang penting kita kena mulakan langkah pertama.. Baru la kita tahu apa yang akan berlaku nanti..
Sebagai permulaan, aku meletakkan barang wanita kerana dari kajian aku, wanita ni mudah membeli barang secara online. Lagipun, wanita merupakan penyumbang utama di dalam perniagaan ebay.. Maka, handbag Longchamp adalah produk utama aku di dalam perniagaan ebay ini.. Kat bawah ni adalah diantaranya..
Selain itu juga, aku dan wife aku telah mewujudkan satu blog shop bagi tujuan yang sama iaitu menjual barangan secara online.. Setakat ni.. Alhamdulillah.. amat menggalakkan.. kalau nak visit blog shop kitaorang, klik NBY Megastore
0 comments:
Post a Comment