Filem Real Steel
Friday, 14 October 2011
Aku akan berikan sedikit maklumat mengenai filem Real Steel. Real Steel merupakan filem sains fiksyen yang diadaptasi daripada filem Steel yang ditayangkan pada tahun 1956. Filem Real Steel dilakonkan oleh Hugh Jackman dan Dakota Goyo, dan diarahkan oleh Shawn Levy.
Sinopsis.. Tahun 2020, robot telah mengantikan manusia di dalam sukan tinju. Charlie Kenton merupakan bekas peninju yang terlibat di dalam sukan ini. Beliau telah menyertai beberapa pertandingan tinju menggunakan robot. Sehingga pada satu hari, beliau di datangi oleh beberapa orang yang menyatakan bekas teman wanita beliau telah meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak lelaki bernama Max.
Charlie Kenton telah berjanji untuk menyerahkan Max kepada Debra (Mak Saudara Max). Sebagai balasannya, suami Debra akan menyerahkan wang sebanyak 50,000 sebagai pendahuluan. tetapi Max haruslah tinggal bersama Charlie Kenton untuk 3 bulan kerana Debra akan pergi bercuti ke Itali.
Ketika ini la pelbagai plot-plot menarik berlaku antara Charlie Kenton dan Max.. Kalau korang nak tau apa yang berlaku, sila la menuju ke cinema yang berdekatan..
1 comments:
Aku pun dah tengok citer ni.. memang best!!
Post a Comment