Promosi iPhone Maxis
Thursday, 13 October 2011
Seperti yang korang sedia maklum ataupun korang belum maklum, bahawa Maxis telah mengadakan promotion bagi iPhone 3Gs. Yang mana, Maxis menawarkan harga iPhone 3Gs serendah RM199. Tetapi korang harus tau, dengan harga RM199 ni, korang terpaksa menggunakan khidmat Maxis ni selama 2 tahun @ 24 bulan dan korang akan dikenakan bayaran bulanan sebanyak RM79. Ada beberapa lagi syarat yang dikenakan oleh Maxis. Korang boleh klik kat SINI.
Pada pendapat aku, ini merupakan satu strategi pemasaran oleh Maxis bagi menghabiskan stock iPhone 3Gs kerana seperti yang korang tau, iPhone 4S telah dilancarkan. Ada berita yang menyatakan bahawa iPhone 4S akan mula dipasarkan di Malaysia mulai 28 Oktober 2011. Kesahihan berita ini masih belum dipastikan.
Kat sini aku lampirkan pakej yang diberikan oleh pihak Maxis bagi promotion iPhone 3Gs. Check it out!!
0 comments:
Post a Comment