Tips Untuk Mendapatkan Traffik Yang Tinggi Untuk Blog
Sunday, 30 October 2011
Traffic atau pengunjung amat penting bagi kejayaan sesebuah blog. Bagaimana hendak menjadikan sesebuah blog itu berjaya dan didatangi oleh beribu - ribu pengunjung pada setiap masa? Sememangnya ianya memerlukan masa dan usaha yang berterusan. Yang penting, jangan berputus asa.
Network atau jaringan adalah sangat penting bagi blogger baru. Jika anda terfikir bahawa anda tidak memerulkan jaringan ini, maka anda telah melakukan satu kesilapan besar. Maka, anda sememangnya perlu menjalinkan hubungan yang berterusan bersama blogger lain.
Di sini, aku berkongsi tips2 yang perlu bagi menaikkan trafik ke blog anda..
1. Tinggalkan Komen
Berinteraksi dengan mereka yang komen di posting tetamu anda. jangan hanya membalas dengan 'terima kasih atas komen anda', tanyakan mereka soalan dan buat mereka berbicara atau mengadakan perbincangan. Ini akan membuat mereka rasa dihargai dan sudah pasti mereka akan datang lagi ke blog anda.
2. Gunakan Guest Post
Cari sebuah blog dalam niche yang sama. Di luar sana banyak blogger yang ingin menghantar posting mereka ke laman bertrafik tinggi walaupun niche mereka adalah sangat berbeza. Jangan lakukan ini, sebab ianya merupakan satu kesilapan yang tidak harus dilakukan.
3. Cari Kawan
Jika kita terus menerus meminta orang lain untuk mempromosikan blog kita, itu mungkin akan merosakkan hubungan network. Namun, jika anda menyediakan sumber2 yang baik untuk orang lain dan berkongsi maklumat2 yang berguna, kemungkinan orang lain akan membatu promosi secara anda tidak sedar.
4. Beri Kemudian Terima
Jika anda secara konsisten dapat mempromosikan blog yang berkualiti, anda akan mendapati bahawa anda akan mula membina kredibiliti dan kepercayaan. Kedua-dua hal ini sangat penting bagi blog yang berjaya. Cuba anda berkongsi idea2 atau maklumat2 yang menarik bersama orang diluar.
5. Gunakan Twitter / Facebook
Anda hendaklah menggunakan kedua2nya dengan betul dan pasti anda akan dapat melihat kesan yang akan anda terima.
0 comments:
Post a Comment