Filem Sector 7

Wednesday, 19 October 2011


Filem : Sector 7 (filem korea)
Genre : Thriller & Action
Pengarah : Kim Ji-Hun
Pelakon : Ha Ji-Won, Ahn Sung-Ki, Oh Ji-Ho, Lee Han-Wi, Park Cheol-Min
Tarikh Tayangan : 20 Oktober 2011

Sinopsis:
The Eclipse merupakan sebuah pelantar penggerudian minyak di pesisiran pantai yang ditempatkan di dalam Sector 7 terletak di Selatan Pulau Jeju. Pelantar penggerudian minyak ini mengalami kegagalan operasi dan ibu pejabat telah mengarahkan supaya operasi pengerudian minyak dihentikan.

Kapten Jeong-man telah dihantar untuk mengawalselia bagi mengeluarkan semua pekerja Eclipse dari lokasi. Pada masa yang sama, Pengurus peralatan enggan keluar dari Eclipse dan melanggar perintah ibu pejabat kerana beliau beranggapan bahawa minyak akan ditemui tidak lama lagi. Kapten Jeong-man telah bersetuju dengan Hae-Jun bagi menjalankan misi penggerudian minyak yang terakhir.

Ketika kerja2 penggerudian dijalankan, mereka telah terputus hubungan dengan ibu pejabat dan pekerja2 yang lain merasakan ada sesuatu yang tidak kena ketika itu. Maka bermulalah kejadian2 pelik yang mereka tidak sangka2 kan selama ini..


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP