Separuh Akhir Rugby Piala Dunia 2011

Saturday, 15 October 2011


Hari ini akan berlangsung perlawanan separuh akhir pertama Piala Dunia Ragbi 2011. Perlawanan akan diadakan pada jam 4.00PM waktu Malaysia. Kepada peminat ragbi, sudah pasti akan menanti di depan televisyen atau di kedai2 mamak yang berdekatan.  Dua pasukan dari benua Eropah ini akan menentukan pasukan mana yang lebih kuat, lebih layak, lebih power untuk mara ke Final pada 23 Oktober 2011.



Ya!!! Wales akan menentang France. Kedua-dua pasukan ini memang hebat, terutama wales yang pernah menewaskan Australia dalam peringkat kumpulan dan menjadi juara kumpulan. Manakala France tidak kurang hebatnya apabila menumbangkan bekas Juara Dunia iaitu England dalam suku akhir yang lepas.
Pasukan mana yang lebih hebat?? Kita sama-sama saksikan pertembungan dua gergasi pasukan ragbi eropah ini pada petang ini..

UPDATE..
Keputusan perlawanan separuh akhir pertama.. Perancis Menewaskan Wales (9 - 8). Walaupun Perancis menang, pujian harus diberikan kepada Wales kerana menguasai perlawanan. Wales juga berjaya mendapat 1 try berbanding Perancis yang menang dengan kiraan mata penalti saje.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP