Finale Rugby World Cup 2011
Sunday, 23 October 2011
23 Oktober 2011 merupakan hari yang mana berlangsungnya perlawanan akhir Piala Dunia Ragbi 2011 di antara New Zealand menentang Perancis. Ini lah perlawanan yang dinanti2kan oleh seluruh peminat ragbi untuk tahun 2011.
Mari kita imbas serba sedikit perjalanan kedua2 pasukan ini. New Zealand & Perancis berada di dalam kumpulan yang sama pada permulaan pertandingan ini. Yang mana, pada perlawanan peringkat kumpulan di antara New Zealand dan Perancis ini, New Zealand telah mengalahkan Perancis. Maka, ini menjadi satu kelebihan bagi New Zealand.
Di suku akhir pula, kedua-dua pasukan ini tidak mengalami sebarang kesukaran bagi memenangi perlawanan. Kedua-duanya mudah menewaskan lawan masing2. Di separuh akhir, Perancis hanya menang tipis menentang Wales. Manakala, New Zealand pula dengan mudah menewaskan Australia..
Di dalam final ini, kekuatan mental adalah amat perlu. Terutama bagi New Zealand, yang hanya pernah memenangi Piala Dunia hanya sekali iaitu pada tahun 1987 walaupun New Zealand merupakan pasukan yang hebat dan sentiasa berada di Ranking No.1 dunia.
Sama-sama kita saksikan perlawanan hebat ini di Astro pada jam 4.00PM. Saya akan update keputusan akhir perlawanan ini..
Update..
New Zealand menewaskan Perancis dengan kiraan mata 8 - 7. Perlawanan ini tidak la sehebat yang disangkakan kerana New Zealand gagal menguasai perlawanan. Walaubagaimanapun, tahniah buat New Zealand kerana berjaya memenangi Piala Dunia untuk tahun 2011. Bagi Perancis, walaupun gagal.. mereka memang bukan calang2 pasukan.
Berjumpa kembali pada tahun 2015 di England.. Adios!!!
0 comments:
Post a Comment