Akhirnya.. Aku Menjadi Ebay Seller 2

Wednesday 30 November 2011

Akhirnya.. Aku telah berjaya menjual barang di dalam ebay.com.. Walaupun baru seunit, ianya telah menjadi pemangkin kepada aku untuk terus berusaha di dalam perniagaan internet.. pada mulanya aku sendiri tidak percaya item yang aku jual telah terjual.. pembelinya berasal dari New Zealand.. Inilah dikatakan dunia tanpa sempadan..

Keuntungan dari jualan?? Cukup la aku katakan ianya amat berbaloi2.. itu baru satu.. bagaimana kalau dapat jual seunit sehari?? Sebulan dh dapat 30 unit... Jawabnya berganda2 la pendapatan aku.. Hehehe.. Tapi kena la berusaha.. jangan setakat berangan2 saje..

Meh tengok screen shot sebagai bukti yang aku telah berjaya menjual barangan di ebay.com..




Read more...

Savvy Turbo Part III

Sunday 20 November 2011



Kedua - dua video ni aku dapat dari youtube.. Ianya berkenaan dengan savvy turbo.. Adakah dengan pasang turbo, kereta tu dikira laju?? atau pun pemasangan turbo ni adalah untuk pick-up?? persoalan tu, aku xleh nak jawabkan untuk korang.. hehehe. Sudah tentu, masing2 mempunyai pandangan masing2..

Tak kisah la apa pandangan korang.. Apa yang penting ketika memandu adalah berhati - hati semasa memandu dan Ingatlah orang yang tersayang.. 

Dont Dream & Drive.. Hehehe..

Read more...

Akhirnya.. Aku Menjadi Ebay Seller

Saturday 19 November 2011


Akhirnya.. Aku menjadi ebay seller atau dalam bahasa melayunya, aku menjadi penjual di ebay. Buat pertama kalinya, aku telah berjaya meletakkan beberapa barang di ebay sebagai satu permulaan menjalankan online bisnes. Bagi aku, ini merupakan satu kejayaan dalam hidup aku walaupun barang yang aku letak di ebay belum tentu terjual. Tak kisah la.. yang penting kita kena mulakan langkah pertama.. Baru la kita tahu apa yang akan berlaku nanti..

Sebagai permulaan, aku meletakkan barang wanita kerana dari kajian aku, wanita ni mudah membeli barang secara online. Lagipun, wanita merupakan penyumbang utama di dalam perniagaan ebay.. Maka, handbag Longchamp adalah produk utama aku di dalam perniagaan ebay ini.. Kat bawah ni adalah diantaranya..



Selain itu juga, aku dan wife aku telah mewujudkan satu blog shop bagi tujuan yang sama iaitu menjual barangan secara online.. Setakat ni.. Alhamdulillah.. amat menggalakkan.. kalau nak visit blog shop kitaorang, klik NBY Megastore


Read more...

Pelancaran iPhone 4S di Malaysia

Sunday 30 October 2011


Ini merupakan berita baik bagi peminat iPhone. Menurut Malaysianwireless, iPhone 4S keluaran Apple Inc. ini akan mula memasuki pasaran Malaysia pada bulan November 2011. Mengikut laporan yang dikeluarkan, tarikh tepat bagi pelancaran iPhone 4S belum dapat dipastikan tapi dijangkakan pada 18 atau 25 November 2011. 

Syarikat telekomunikasi seperti Maxis, DiGi dan Celcom dijangkakan akan menawarkan harga dan pakej yang menarik bagi peminat iPhone. 

Walaubagaimanapun, harga sebenar iPhone 4S masih belum diketahui. Bagi Malaysiawireless, mereka  menganggarkan harga sekitar RM2044 (16GB), RM2358 (32GB) dan RM2671 (64GB). Sama - sama kita tunggu dan lihat..


Read more...

Tips Untuk Mendapatkan Traffik Yang Tinggi Untuk Blog


Traffic atau pengunjung amat penting bagi kejayaan sesebuah blog. Bagaimana hendak menjadikan sesebuah blog itu berjaya dan didatangi oleh beribu - ribu pengunjung pada setiap masa? Sememangnya ianya memerlukan masa dan usaha yang berterusan. Yang penting, jangan berputus asa.

Network atau jaringan adalah sangat penting bagi blogger baru. Jika anda terfikir bahawa anda tidak memerulkan jaringan ini, maka anda telah melakukan satu kesilapan besar. Maka, anda sememangnya perlu menjalinkan hubungan yang berterusan bersama blogger lain.

Di sini, aku berkongsi tips2 yang perlu bagi menaikkan trafik ke blog anda..

1. Tinggalkan Komen 

Berinteraksi dengan mereka yang komen di posting tetamu anda. jangan hanya membalas dengan 'terima kasih atas komen anda', tanyakan mereka soalan dan buat mereka berbicara atau mengadakan perbincangan. Ini akan membuat mereka rasa dihargai dan sudah pasti mereka akan datang lagi ke blog anda.

2. Gunakan Guest Post

Cari sebuah blog dalam niche yang sama. Di luar sana banyak blogger yang ingin menghantar posting mereka ke laman bertrafik tinggi walaupun niche mereka adalah sangat berbeza. Jangan lakukan ini, sebab ianya merupakan satu kesilapan yang tidak harus dilakukan.

3. Cari Kawan

Jika kita terus menerus meminta orang lain untuk mempromosikan blog kita, itu mungkin akan merosakkan hubungan network. Namun, jika anda menyediakan sumber2 yang baik untuk orang lain dan berkongsi maklumat2 yang berguna, kemungkinan orang lain akan membatu promosi secara anda tidak sedar.

4. Beri Kemudian Terima

Jika anda secara konsisten dapat mempromosikan blog yang berkualiti, anda akan mendapati bahawa anda akan mula membina kredibiliti dan kepercayaan. Kedua-dua hal ini sangat penting bagi blog yang berjaya. Cuba anda berkongsi idea2 atau maklumat2 yang menarik bersama orang diluar.

5. Gunakan Twitter / Facebook

Anda hendaklah menggunakan kedua2nya dengan betul dan pasti anda akan dapat melihat kesan yang akan anda terima. 


Read more...

Mitsubishi Innovative Electrical Vehicle

Saturday 29 October 2011


Mitsubishi Motor Corporation telah memperkenalkan model i-MiEV. Ianya sebuah kenderaan kecil yang menggunakan bateri (16kWh - Li-ion Bateri) sepenuhnya. Kalau nak tau lebih lanjut mengenai i MiEV boleh klik kat SINI.

Mitsubishi Malaysia telah membuat road show di One Utama Damansara mengenai model ini pada 19 Oktober 2011 sehingga 23 Oktober 2011. Di mana, aku berkesempatan untuk mencuba  model ini. Korang rasa apa yang aku rasa??? bagi aku, ok la bagi sebuah kenderaan kecil yang berkapasiti kecil dan sesuai untuk digunakan di dalam bandar. ianya mudah untuk dipandu dan senang nak cari parking. Maklumlah kenderaan kecil.. dan yang penting, tiada kos bahan api.. Cuma mungkin di Malaysia, kenderaan seperti ini belum popular.







Read more...

Christina Perri - Jar of Hearts


Lyric - Jar of Hearts

I know I can't take one more step towards you
Cause all that's waiting is regret
And don't you know I'm not your ghost anymore?
You lost the love
I love the most

And I learned to live, half live
And now you want me one more time

Who do you think you are?
Running around leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

I hear you're asking all around
If i am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

And i learned to live, half alive
And now you want me one more time

Who do you think you are?
Running round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul

So don't come back for me
Who do you think you are?

dear, it took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
Cause you broke all your promises
And now you're back
You don't get to get me back

Who do you think you are?
Running around leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Don't come back at all

And who do you think you are?
Running round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?

Who do you think you are?

Who do you think you are?


Read more...

Lirik & Lagu Pokok - Meet Uncle Hussain Feat Hazama AF9

Friday 28 October 2011




Lirik Lagu Pokok

Tersesat malu Bertanya
Tak Tahu Rak Tahu Ke Mana
Terlalu Banyak Alasannya
Ku Terdiam

Menyusuri Di Kaki Lima
Terlihat Bayang Wajah Kelmarin
Tersentuh Hati Bagai Luruh

Chorus
Tanya Sama Pokok Apa Sebab Goyang
Jawab Angin Yang Goncang
Terbang Burung Terbang
Patah Sayap Di Duga
Seandainya Rebah
Kau Masih Ada

Terlalu Mahu Dan Mahu
Terlupa Apa yang Perlu
Terlalu Banyak Alasannya
Duduk Terdiam

Tak Mudah Namun Tak Susah
Terserah Atas Pilihan
Tersentuh Hati Mula Luruh

Ulang Chorus

Kau Masih Ada
Kau Masih Ada
Kau Masih Ada
Kau Masih Ada

Terlalu Mahu Dan Mahu
Terlupa Apa Yang Perlu
Terlalu Banyak Alasannya
Duduk Terdiam

Tak Mudah namun Tak Susah
Terserah Atas Pilihan
Tersentuh Hati Mula Luruh
Tanya Sama Pokok



Read more...

Filem In Time

Thursday 27 October 2011


Filem : In Time
Genre : Science Fiction Thriller
Pengarah : Andrew Niccol
Pelakon : Justin Timberlake, Amanda Seyfried
Tarikh Tayangan : 27 Oktober 2011

Sinopsis:
Di masa hadapan ketika gen penuaan dimatikan, setiap orang harus membayar agar dapat terus hidup kekal abadi. Semua orang akan mati pada usia 25tahun. Yang mana, stiap orang akan dipasang jam kematian bagi menunjukkan waktu kematian setiap orang.Ini adalah untuk mengawal populasi penduduk yang semakin meningkat.  Bagi yang kaya, mereka akan dapat hidup lebih lama berbanding dengan orang biasa,

Pada ketika ini, terdapat seorang pemuda telah dituduh membunuh ketika beliau mewarisi jam kematian dari pemuda yang kaya. Yang mana, beliau dapat hidup lebih lama berbanding orang lain. Timekeepers iaitu agen penguatkuasa yang korup telah memburu pemuda ini. Bagaimana beliau akan dapat menyelamatkan diri..??



Read more...

Filem Trespass

Wednesday 26 October 2011


Filem : Trespass
Genre : Psychological Thriller
Pengarah : Joel Schumacher
Pelakon : Nicholas Cage, Nicole Kidman, Cam Gigandet & Etc
Tarikh Tayangan : 20 Oktober 2011

Sinopsis:
Kyle Johnson (lakonan Nicholas Cage) merupakan seorang yang kaya raya. Kyle Johnson telah berkahwin dengan Sarah (lakonan Nicole Kidman). Dengan harta yang melimpah ruah, Kyle telah menggunakan teknologi moden bagi melindungi kediaman dari dimasuki oleh penjahat. Kyle beranggapan dengan adanya sistem terkini, beliau sekeluarga berada dalam keadaan yang paling selamat.

Pada masa yang sama, Sarah telah jatuh hati dengan salah seorang pekerja yang melakukan ubahsuai rumah mereka iaitu Jonah (lakonan Cam Gigandet). Padahal, Jonah ini merupakan salah seorang dari penjahat yang berniat untuk merompah rumah Kyle. Selepas ini la berlaku adegan-adegan menarik bagi Kyle untuk melepaskan diri dari penjahat2. 


Read more...

Happy Deepavali

Tuesday 25 October 2011


Happy Deepavali kepada semua penganut Hindu di Malaysia khususnya


Read more...

I Have A Dream

Monday 24 October 2011


Setiap orang mempunyai impian masing2. Sama ada kita sedar atau pun tidak.. Bagi aku, aku memang mempunyai banyak impian. Apa impian aku..?? Tadaaa.... ini la antara impian aku..


Tapi apakan daya.. masih belum mampu tercapai lagi impian aku. Hahaha.. Apapun aku akan terus berusaha untuk memilikinya.. Yeah!! Teruskan usaha... Usaha Tangga Kejayaan...

Read more...

Kedai Rakyat 1 Malaysia

Sunday 23 October 2011



Apa yang korang tau pasal Kedai Rakyat 1 Malaysia? Kalau korang nak tau pasal Kedai Rakyat 1 Malaysia, korang boleh la klik kat SINI. Semua maklumat mengenai Kedai Rakyat 1 Malaysia yang diwar2 ada dalam laman web tersebut. Aku takmoh la mengomel panjang2.. 

Tujuan aku war2kan mengenai kedai 1 Malaysia ni adalah untuk berkongsi maklumat. Bukan untuk bodek kerajaan ataupun kaki ampu. Bagi aku, mana yang baik, perlu dikongsi. Tak kira la samada benda tu dari BN ataupun PR. Yang penting, rakyat mendapat manfaat daripada program2 tersebut.


Read more...

Finale Rugby World Cup 2011

23 Oktober 2011 merupakan hari yang mana berlangsungnya perlawanan akhir Piala Dunia Ragbi 2011 di antara New Zealand menentang Perancis. Ini lah perlawanan yang dinanti2kan oleh seluruh peminat ragbi untuk tahun 2011. 



Mari kita imbas serba sedikit perjalanan kedua2 pasukan ini. New Zealand & Perancis berada di dalam kumpulan yang sama pada permulaan pertandingan ini. Yang mana, pada perlawanan peringkat kumpulan di antara New Zealand dan Perancis ini, New Zealand telah mengalahkan Perancis. Maka, ini menjadi satu kelebihan bagi New Zealand.

Di suku akhir pula, kedua-dua pasukan ini tidak mengalami sebarang kesukaran bagi memenangi perlawanan. Kedua-duanya mudah menewaskan lawan masing2. Di separuh akhir, Perancis hanya menang tipis menentang Wales. Manakala, New Zealand pula dengan mudah menewaskan Australia..

Di dalam final ini, kekuatan mental adalah amat perlu. Terutama bagi New Zealand, yang hanya pernah memenangi Piala Dunia hanya sekali iaitu pada tahun 1987 walaupun New Zealand merupakan pasukan yang hebat dan sentiasa berada di Ranking No.1 dunia.

Sama-sama kita saksikan perlawanan hebat ini di Astro pada jam 4.00PM. Saya akan update keputusan akhir perlawanan ini.. 

Update..
New Zealand menewaskan Perancis dengan kiraan mata 8 - 7. Perlawanan ini tidak la sehebat yang disangkakan kerana New Zealand gagal menguasai perlawanan. Walaubagaimanapun, tahniah buat New Zealand kerana berjaya memenangi Piala Dunia untuk tahun 2011. Bagi Perancis, walaupun gagal.. mereka memang bukan calang2 pasukan. 

Berjumpa kembali pada tahun 2015 di England.. Adios!!!

Read more...

Pelancaran Model baru Volkswagen Malaysia - Siri II

Thursday 20 October 2011



Akhirnya.. terjawab sudah segala persoalan mengenai model terbaru volkswagen yang dilancarkan di Malaysia pada 20 Oktober 2011. Model yang dimaksudkan adalah Volkswagen Jetta, Volkswagen Passat dan Volkswagen Cross Touran.

Mengikut berita yang diterima, ketiga-tiga model ini merupakan model CBU. Manakala harga yang ditawarkan adalah berpatutan jika dilihat dari segi model dan pasaran. Harga bagi Volkswagen Jetta ialah RM149,888.00, Volkswagen Passat pula berharga RM184,888.00 dan Model Cross Touran berharga RM166,888.00.

Volkswagen Jetta


Volkswagen Passat

Volkswagen Cross Touran

Bagi yang ingin melihat model2 terbaru Volkswagen Malaysia, sila berkunjung ke showroom berdekatan anda.


Read more...

Filem Sector 7

Wednesday 19 October 2011


Filem : Sector 7 (filem korea)
Genre : Thriller & Action
Pengarah : Kim Ji-Hun
Pelakon : Ha Ji-Won, Ahn Sung-Ki, Oh Ji-Ho, Lee Han-Wi, Park Cheol-Min
Tarikh Tayangan : 20 Oktober 2011

Sinopsis:
The Eclipse merupakan sebuah pelantar penggerudian minyak di pesisiran pantai yang ditempatkan di dalam Sector 7 terletak di Selatan Pulau Jeju. Pelantar penggerudian minyak ini mengalami kegagalan operasi dan ibu pejabat telah mengarahkan supaya operasi pengerudian minyak dihentikan.

Kapten Jeong-man telah dihantar untuk mengawalselia bagi mengeluarkan semua pekerja Eclipse dari lokasi. Pada masa yang sama, Pengurus peralatan enggan keluar dari Eclipse dan melanggar perintah ibu pejabat kerana beliau beranggapan bahawa minyak akan ditemui tidak lama lagi. Kapten Jeong-man telah bersetuju dengan Hae-Jun bagi menjalankan misi penggerudian minyak yang terakhir.

Ketika kerja2 penggerudian dijalankan, mereka telah terputus hubungan dengan ibu pejabat dan pekerja2 yang lain merasakan ada sesuatu yang tidak kena ketika itu. Maka bermulalah kejadian2 pelik yang mereka tidak sangka2 kan selama ini..


Read more...

iPhone 4S - Siri 1

Tuesday 18 October 2011


Apple iPhone 4S. Slogannya adalah The Most Amazing iPhone Yet. Semenjak pelancaran iPhone 4S di USA pada 4 Oktober 2011, ianya menjadi kegilaan bagi peminat iPhone. Mengikut berita yang diterima, jualan iPhone 4S pada hari pertama sahaja  telah mencecah 1 juta unit. Penjualan kali ini telah berjaya mengatasi rekod penjualan iPhone 4. 

Berikut adalah video mengenai pelancaran iPhone 4S di beberapa bandar utama dunia..

Pelancaran iPhone 4S di Japan

Pelancaran iPhone 4S di Sydney

Pelancaran iPhone 4S di London

Bagaimana di Malaysia agaknya?  Adakah situasi yang sama akan berlaku? Mengikut pengalaman aku semasa membeli iPhone 4, pastinya suasana yang sama akan berlaku..

Cuba kita renung and fikirkan... Apa yang specialnya iPhone 4S ini???

Aku cuba mengupas satu persatu keistimewaan iPhone 4S ini. Mengikut berita, iPhone 4S adalah 7 kali lebih laju dan pantas berbanding iPhone 4. Yes.. Ini la salah satu keistimewaan yang ada pada model ini. Yang mana ianya menggunakan operating system iOS 5.0 dan 1GHz Dual Core Apple A5.


Menarik bukan?? Nantikan siri 2, yang mana aku akan terus mengupas keistimewaan iPhone 4S.. Adios!!

Read more...

Separuh Akhir Rugby Piala Dunia 2011 - Part II

Sunday 16 October 2011


Seperti yang korang sedia maklum, hari ini akan berlangsung satu lagi perlawanan separuh akhir ke-2 bagi Piala Dunia Ragbi 2011. Yang mana, dua pasukan favourite iatu New Zealang (All Blacks) akan menentang Australia (Wallabies). Bagi peminat ragbi, pertembungan ini memang dinanti2kan bagi memastikan siapa yang lebih hebat. All Black atau Wallabies..



Serba sedikit mengenai All Blacks dan Wallabies..

All Blacks menduduki ranking No.1 di dalam IRB dan Wallabies menduduki ranking No.2. All Blacks tidak mengalami sebarang masalah ketika perlawanan di dalam peringkat kumpulan. Yang mana, mereka menang semua perlawanan.

Manakala bagi Wallabies, mereka mengalami kekalahan pada perlawanan pertama ketika menentang Wales. Tetapi mereka bangkit selepas itu sehingga ke suku akhir. Yang mana mereka menewaskan juara bertahan iaitu Afrika Selatan. 

Pasukan mana yang lebih hebat..?? Hanya akan diketahui pada petang ini pada jam 4.00PM.. Sama-sama kita saksikan perlawanan yang pastinya sengit..

UPDATE..
All Blacks Menewaskan Wallabies dengan kiraan mata 20 - 6. All Blacks akan bertemu France di Final pada 23 Oktober 2011. Sama - sama kita nantikan...

Read more...

Separuh Akhir Rugby Piala Dunia 2011

Saturday 15 October 2011


Hari ini akan berlangsung perlawanan separuh akhir pertama Piala Dunia Ragbi 2011. Perlawanan akan diadakan pada jam 4.00PM waktu Malaysia. Kepada peminat ragbi, sudah pasti akan menanti di depan televisyen atau di kedai2 mamak yang berdekatan.  Dua pasukan dari benua Eropah ini akan menentukan pasukan mana yang lebih kuat, lebih layak, lebih power untuk mara ke Final pada 23 Oktober 2011.



Ya!!! Wales akan menentang France. Kedua-dua pasukan ini memang hebat, terutama wales yang pernah menewaskan Australia dalam peringkat kumpulan dan menjadi juara kumpulan. Manakala France tidak kurang hebatnya apabila menumbangkan bekas Juara Dunia iaitu England dalam suku akhir yang lepas.
Pasukan mana yang lebih hebat?? Kita sama-sama saksikan pertembungan dua gergasi pasukan ragbi eropah ini pada petang ini..

UPDATE..
Keputusan perlawanan separuh akhir pertama.. Perancis Menewaskan Wales (9 - 8). Walaupun Perancis menang, pujian harus diberikan kepada Wales kerana menguasai perlawanan. Wales juga berjaya mendapat 1 try berbanding Perancis yang menang dengan kiraan mata penalti saje.

Read more...

Filem Real Steel

Friday 14 October 2011



Real Steel mula ditayangkan di Malaysia mulai 13 Oktober 2011. Sebagai seorang yang meminati filem sains fiksyen, aku telah pergi menonton filem Real Steel di LFS (Lotus Five Star) yang terletak di Kuala Selangor. Pada pendapat aku, filem Real Steel ni memang menarik jalan ceritanya dan juga mesej kekeluargaan. Pada korang yang berkelapangan, apa lagi.. Tonton la filem Real Steel.

Aku akan berikan sedikit maklumat mengenai filem Real Steel. Real Steel merupakan filem sains fiksyen yang diadaptasi daripada filem Steel yang ditayangkan pada tahun 1956. Filem Real Steel dilakonkan oleh Hugh Jackman dan Dakota Goyo, dan diarahkan oleh Shawn Levy.

Sinopsis.. Tahun 2020, robot telah mengantikan manusia di dalam sukan tinju. Charlie Kenton merupakan bekas peninju yang terlibat di dalam sukan ini. Beliau telah menyertai beberapa pertandingan tinju menggunakan robot. Sehingga pada satu hari, beliau di datangi oleh beberapa orang yang menyatakan bekas teman wanita beliau telah meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak lelaki bernama Max.

Charlie Kenton telah berjanji untuk menyerahkan Max kepada Debra (Mak Saudara Max). Sebagai balasannya, suami Debra akan menyerahkan wang sebanyak 50,000 sebagai pendahuluan. tetapi Max haruslah tinggal bersama Charlie Kenton untuk 3 bulan kerana Debra akan pergi bercuti ke Itali.

Ketika ini la pelbagai plot-plot menarik berlaku antara Charlie Kenton dan Max.. Kalau korang nak tau apa yang berlaku, sila la menuju ke cinema yang berdekatan..




Read more...

Pelancaran Model baru Volkswagen Malaysia


Aku ada terbaca keratan berita dari surat khabar yang aku beli pada hari isnin lepas. Yang mana, Volkswagen Malaysia membuat pengiklanan secara besar-besaran. Manakan tidaknya, Volkswagen Malaysia telah menggunakan 3 mukasurat untuk tujuan pengiklanannya. 

Apa yang membuat aku tertarik tentang iklan ini adalah.. konsep pengiklanannya. Memang menarik, tertarik dan dabooom!!! Hehe.. Aku pun tak tau model apa yang akan dilancarkan oleh Volkswagen Malaysia. bagi peminat kenderaan jenama Volkswagen, pastinya ianya sesuatu yang amat dinantikan..

Ini la gambaran bagi model terbaru Volkswagen Malaysia. Check it out!!!




Menurut iklan ini, 20 Oktober 2011 merupakan tarikh keramat bagi pelancaran 3 model terbaru Volkswagen Malaysia. Camne korang??...

Read more...

Promosi iPhone Maxis

Thursday 13 October 2011


Seperti yang korang sedia maklum ataupun korang belum maklum, bahawa Maxis telah mengadakan promotion bagi iPhone 3Gs. Yang mana, Maxis menawarkan harga iPhone 3Gs serendah RM199. Tetapi korang harus tau, dengan harga RM199 ni, korang terpaksa menggunakan khidmat Maxis ni selama 2 tahun @ 24 bulan dan korang akan dikenakan bayaran bulanan sebanyak RM79. Ada beberapa lagi syarat yang dikenakan oleh Maxis. Korang boleh klik kat SINI.

Pada pendapat aku, ini merupakan satu strategi pemasaran oleh Maxis bagi menghabiskan stock iPhone 3Gs kerana seperti yang korang tau, iPhone 4S telah dilancarkan. Ada berita yang menyatakan bahawa iPhone 4S akan mula dipasarkan di Malaysia mulai 28 Oktober 2011. Kesahihan berita ini masih belum dipastikan. 

Kat sini aku lampirkan pakej yang diberikan oleh pihak Maxis bagi promotion iPhone 3Gs. Check it out!!


Read more...

Revolusi iPhone

Wednesday 12 October 2011

Samada anda merupakan peminat iPhone atau tidak, anda pasti akan bersetuju sekiranya saya menyatakan bahawa iPhone telah berjaya mengubah persepsi generasi masa kini. Ramai antara kita pasti teruja apabila menyebut mengenai iPhone. Ya! Inilah yang dinamakan sebagai Revolusi iPhone.

Mari kita lihat kembali tahun 1997. Yang mana ketika itu, jenama Nokia, Sony Ericson, Motorola dan sebagainya telah menguasai dunia telekomunikasi dengan pelbagai model handphone. Tetapi, kewujudan iPhone pada tahun itu talah berjaya memukau para pengguna handphone dengan melancarkan iPhone generasi pertama. Setelah itu, bila kita sebut tentang iPhone.. pastinya kita akan terbayang tentang keunikkan aplikasi yang ditawarkan.

Sekarang, mari kita lihat perkembangan iPhone dari generasi pertama sehingga sekarang.. Check it out!!

iPhone 

iPhone 3G

iPhone 3Gs

iPhone 4

iPhone 4S

Jika anda ingin membaca sejarah iPhone ni, boleh la klik di SINI untuk maklumat lanjut mengenai Revolusi iPhone. 





Read more...

Savvy Turbo Part II

Tuesday 11 October 2011

Seperti yang telah aku janjikan di dalam post sebelumnya, ni aku pamerkan proton savvy aku yang dh ditransform sepenuhnya.. Kerja2 transform savvy aku ni, amik masa lebih kurang 2 minggu.. 

Apa yang telah aku buat adalah menukar bumper asal Proton Savvy kepada bumper Suzuki Swift Sport, menggunakan Plat Base Daihatsu Mira dan menukar side mirror Toyota AE81 yang boleh dilaras secara automatik.

Malas la nak citer panjang2.. Korang tengok dan nilai la sendiri.. 

Pandangan Depan

Pandangan Sisi

Pandangan Belakang

Ni la Savvy Turbo aku.. Amacam?? Ok tak?? Hehe. Sebenarnya ada lagi yang aku selepas project transfrom ni.. Nantikan Savvy Turbo Part III. Tunggu!!!!

Read more...

Piala Dunia Ragbi 2011

Sunday 9 October 2011

Tahun 2011 merupakan tahun yang paling dinantikan oleh peminat-peminat ragbi. Yang mana berlangsungnya kejohanan Piala Dunia Ragbi 2011 di New Zealand. Kejohanan ini bermula pada 9 September 2011 sehingga 25 Oktober 2011. Berikut adalah negara-negara yang bertanding..


Berikut adalah negara yang layak ke suku akhir.

Untuk keputusan suku akhir, nnati saya update. Yang mana terdapat 2 kejutan besar iaitu England dan Afrika Selatan tersingkir dari kejohanan kali ini. Sebagai peminat All Black, saya upload special video dari youtube.. Meh kita tengok..


Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP