Showing posts with label Piala Dunia Ragbi 2011. Show all posts
Showing posts with label Piala Dunia Ragbi 2011. Show all posts

Finale Rugby World Cup 2011

Sunday, 23 October 2011

23 Oktober 2011 merupakan hari yang mana berlangsungnya perlawanan akhir Piala Dunia Ragbi 2011 di antara New Zealand menentang Perancis. Ini lah perlawanan yang dinanti2kan oleh seluruh peminat ragbi untuk tahun 2011. 



Mari kita imbas serba sedikit perjalanan kedua2 pasukan ini. New Zealand & Perancis berada di dalam kumpulan yang sama pada permulaan pertandingan ini. Yang mana, pada perlawanan peringkat kumpulan di antara New Zealand dan Perancis ini, New Zealand telah mengalahkan Perancis. Maka, ini menjadi satu kelebihan bagi New Zealand.

Di suku akhir pula, kedua-dua pasukan ini tidak mengalami sebarang kesukaran bagi memenangi perlawanan. Kedua-duanya mudah menewaskan lawan masing2. Di separuh akhir, Perancis hanya menang tipis menentang Wales. Manakala, New Zealand pula dengan mudah menewaskan Australia..

Di dalam final ini, kekuatan mental adalah amat perlu. Terutama bagi New Zealand, yang hanya pernah memenangi Piala Dunia hanya sekali iaitu pada tahun 1987 walaupun New Zealand merupakan pasukan yang hebat dan sentiasa berada di Ranking No.1 dunia.

Sama-sama kita saksikan perlawanan hebat ini di Astro pada jam 4.00PM. Saya akan update keputusan akhir perlawanan ini.. 

Update..
New Zealand menewaskan Perancis dengan kiraan mata 8 - 7. Perlawanan ini tidak la sehebat yang disangkakan kerana New Zealand gagal menguasai perlawanan. Walaubagaimanapun, tahniah buat New Zealand kerana berjaya memenangi Piala Dunia untuk tahun 2011. Bagi Perancis, walaupun gagal.. mereka memang bukan calang2 pasukan. 

Berjumpa kembali pada tahun 2015 di England.. Adios!!!

Read more...

Separuh Akhir Rugby Piala Dunia 2011 - Part II

Sunday, 16 October 2011


Seperti yang korang sedia maklum, hari ini akan berlangsung satu lagi perlawanan separuh akhir ke-2 bagi Piala Dunia Ragbi 2011. Yang mana, dua pasukan favourite iatu New Zealang (All Blacks) akan menentang Australia (Wallabies). Bagi peminat ragbi, pertembungan ini memang dinanti2kan bagi memastikan siapa yang lebih hebat. All Black atau Wallabies..



Serba sedikit mengenai All Blacks dan Wallabies..

All Blacks menduduki ranking No.1 di dalam IRB dan Wallabies menduduki ranking No.2. All Blacks tidak mengalami sebarang masalah ketika perlawanan di dalam peringkat kumpulan. Yang mana, mereka menang semua perlawanan.

Manakala bagi Wallabies, mereka mengalami kekalahan pada perlawanan pertama ketika menentang Wales. Tetapi mereka bangkit selepas itu sehingga ke suku akhir. Yang mana mereka menewaskan juara bertahan iaitu Afrika Selatan. 

Pasukan mana yang lebih hebat..?? Hanya akan diketahui pada petang ini pada jam 4.00PM.. Sama-sama kita saksikan perlawanan yang pastinya sengit..

UPDATE..
All Blacks Menewaskan Wallabies dengan kiraan mata 20 - 6. All Blacks akan bertemu France di Final pada 23 Oktober 2011. Sama - sama kita nantikan...

Read more...

Separuh Akhir Rugby Piala Dunia 2011

Saturday, 15 October 2011


Hari ini akan berlangsung perlawanan separuh akhir pertama Piala Dunia Ragbi 2011. Perlawanan akan diadakan pada jam 4.00PM waktu Malaysia. Kepada peminat ragbi, sudah pasti akan menanti di depan televisyen atau di kedai2 mamak yang berdekatan.  Dua pasukan dari benua Eropah ini akan menentukan pasukan mana yang lebih kuat, lebih layak, lebih power untuk mara ke Final pada 23 Oktober 2011.



Ya!!! Wales akan menentang France. Kedua-dua pasukan ini memang hebat, terutama wales yang pernah menewaskan Australia dalam peringkat kumpulan dan menjadi juara kumpulan. Manakala France tidak kurang hebatnya apabila menumbangkan bekas Juara Dunia iaitu England dalam suku akhir yang lepas.
Pasukan mana yang lebih hebat?? Kita sama-sama saksikan pertembungan dua gergasi pasukan ragbi eropah ini pada petang ini..

UPDATE..
Keputusan perlawanan separuh akhir pertama.. Perancis Menewaskan Wales (9 - 8). Walaupun Perancis menang, pujian harus diberikan kepada Wales kerana menguasai perlawanan. Wales juga berjaya mendapat 1 try berbanding Perancis yang menang dengan kiraan mata penalti saje.

Read more...

Piala Dunia Ragbi 2011

Sunday, 9 October 2011

Tahun 2011 merupakan tahun yang paling dinantikan oleh peminat-peminat ragbi. Yang mana berlangsungnya kejohanan Piala Dunia Ragbi 2011 di New Zealand. Kejohanan ini bermula pada 9 September 2011 sehingga 25 Oktober 2011. Berikut adalah negara-negara yang bertanding..


Berikut adalah negara yang layak ke suku akhir.

Untuk keputusan suku akhir, nnati saya update. Yang mana terdapat 2 kejutan besar iaitu England dan Afrika Selatan tersingkir dari kejohanan kali ini. Sebagai peminat All Black, saya upload special video dari youtube.. Meh kita tengok..


Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP