LATAR - Lebuhraya Assam Jawa Taman Rimba Templer

Thursday 30 June 2011

LATAR telah dibuka secara rasminya pada 21 Jun 2011. Mengikut berita yang dikeluarkan oleh media tempatan, laluan ini FREE selama 2 bulan. Iaitu sehingga 31 Ogos 2011. Then, lepas tu.. korang faham2 sendiri la kan.. kena la bayar tol. Hehehe..


Buat pertama kalinya, aku melalui LATAR pada hari ini.. Kira hari dalam sejarah la ni. Aku start dari Taman Rimba Templer Sehingga Ijok. Masa yang aku ambil adalah 20 Minit dengan kelajuan 110KM/J. Kira ok la tu.. menjimatkan masa bagi penduduk Ijok kalau hendak ke Pasar Borong Selayang. Hehehe.

Sepanjang perjalanan, aku kira terdapat 3 Tol yang perlu dilalui. Iaitu Tol Tamman Rimba Templer, Tol Kuang dan Tol Ijok. Agak2nya la.. berapa yer tol yang akan dikenakan??? Katakan la, tol yang dikenakan adalah RM1 setiap tol, maka tol yang perlu dibayar adalah sebanyak RM3 untuk sehala. Kalau pergi balik, maka kena bayar RM6. Itu kalau RM1 untuk 1 tol.. kalau lebih??? Kira la sendiri yer..

Setiap benda ada pro dan kontra.. so, pikir2kan sendiri.. Tepuk poket, tanya duit.. hehehe. 



Read more...

Transformers 3 - Dark of the Moon

Tuesday 28 June 2011

Apa yang pasti, 29 June 2011 merupakan hari yang ditunggu - tunggu oleh peminat Transformers. Aku merupakan salah seorang peminat transformers. Yang pasti, aku telah pun membeli tiket Transformers untuk tayangan pembukaan esok.. Aku akan menonton di GSC One Utama. Tak sabar rasanya.. Korang camne pulak?? Hehehe.. Mari kita lihat sedutan Transformers..


p/s: aku akan update entry ni malam esok.. tunggu!!

Update!!
Seperti yang dijanjikan, aku akan membuat ulasan mengenai Filem Transformers 3.

Seperti yang diketahui umum, Autobot telah menjadi sekutu kepada dunia (manusia sejagat). Oleh yang demikian, Autobot akan bekerjasama dengan manusia untuk mempertahankan bumi.

Di dalam Tranformers 3 ini, sekitar tahun 1960an.. manusia telah menjejakkan kaki di bulan. Yang mana, pada ketika itu manusia telah mula menjumpai transformers yang terhempas dibulan.. Penemuan ini telah dirahsiakan oleh pihak US. Sehinggalah ianya didedahkan kepada Optimus Prime..

Di dalam Tranformers 3 juga, Optimus Prime telah bertemu kembali dengan Sentinel Prime. Yang mana Sentinel Prime ini rupanya telah berkomplot dengan Decepticon. Untuk nak tau lebih lanjut.. kena la menonton Filem Transformers 3 ini sendiri..

Rating... Memang Superb!! 5 Star..

Read more...

Nostalgia Di ITM Shah Alam

Tuesday 21 June 2011

Aku adalah bekas pelajar ITM di dalam jurusan Kejuruteraan Awam (Pembinaan) bagi sessi Januari 1996 - Disember 1998. Alhamdulillah, aku graduate on-time. Walaupun aku sendiri tak yakin dapat grad on-time sebab ada 1 subjek yang aku memang hancus.. Hancus sehancus hancusnya.. Mcm tajuk lagu pulak. Hehehe..

Aku nak berkongsi gambar nostalgia di ITM.. Layannnnn....

Pembentangan projek kapal selam. Gempak abis..
siap ada model kapal selam lagi.

Coursemate.. (KA11, KA12 & KA13)

P/S :  Kalau kawan2 ada lagi gambar2 lama sewaktu di ITM, boleh email kat aku..


Read more...

Nostalgia Dulu - Dulu

Monday 20 June 2011

Mengingatkan kembali zaman remaja.. Kira nostalgia la ni.. Ini antara lagu yang menjadi kegemaran aku ketika zaman remaja. Susah nak cari lagu atau music yang macam ni masa sekarang.. Mari kita layan video ini..

D'Cromok - I Don't Belong Here




Radiohead - Creep


Amacam? Best tak citarasa aku masa remaja.. :-)

Read more...

Happy Father's Day

Sunday 19 June 2011

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Happy Father's Day kepada sekalian abah dan ayah di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya. Terutama buat abah tercinta Md Sah Omar dan tak lupa buat diri sendiri.

Mudah2an, semuanya diberkati dan diberi kekuatan untuk menjadi contoh terbaik kepada anak2. Amin!!!!

Read more...

JM Bariani

Saturday 18 June 2011

JM Bariani SS18...

Buat kali ke-3 aku sekeluarga telah pergi ke JM Bariani untuk santapan malam. Memang berhantu betul makan kat situ. Isk..isk..

Arini kita orang order Beriyani Daging & Bariani Ayam Goreng, Kuey Teow Kantonis dan Puding Caramel.. Seperti biasa la.. Licin semuanya.

Buat pengetahuan korang, JM Briani di SS18 Subang ni merupakan centre untuk francais JM Bariani.. Kalau korang nak try masakan JM Bariani, try la. Memang berhantu la..




Dibawah ni pautan untuk JM Bariani.. Mana tau nak try..
http://www.jmbariani.com

Sekian..

Read more...

Maharaja Lawak

Seperti yang korang semua tahu, Maharaja Lawak bersiaran setiap Jumaat, Jam 10.00PM di saluran Astro Warna (132). Aku salah sorang dari peminat setia Maharaja Lawak. Aku memang follow program sejak dari minggu-1 sehingga minggu ke-12.

Setelah 12 minggu bersiaran, akhirnya juri talah memilih 4 peserta untuk mara ke Finale. Peserta berikut adalah Jozan, Sepah, Nabil dan Jambu. Jambu terpilih kerana mendapat imuniti dari juri. Tahniah diucapkan kepada semua peserta Finale ini. Harap korang dapat buat yang lawak yang terbabo pada Finale nanti..

Berikut adalah antara sedutan Maharaja Lawak Minggu ke-12.. (Klik pada pautan dibawah)

http://www.youtube.com/watch?v=nxkfD63Lit0
http://www.youtube.com/watch?v=W4LJE1reANI
http://www.youtube.com/watch?v=btMwBArPte4&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=f4g16q9XpAg&feature=related

p/s: aku peminat jambu.. tp akhir2 ni nampak macam jambu kekeringan idea.. huhuhu (Vote for Jambu)

Read more...

Mukadimah

Friday 17 June 2011

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..

Alhamdulillah.. Akhirnya berjaya juga aku untuk setup satu blog khusus untuk diri aku sendiri. Bukan syok sendiri tau.. :-)

Insya Allah, aku akan cuba untuk berkongsi ilmu, pendapat atau apa saje. asalkan ianya boleh mendatangkan manfaat kepada pembaca blog aku.

Akhir kata, kalau ada apa2 yang korang nak kongsikan, boleh hubungi aku..

Wassalam..

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP