LATAR - Lebuhraya Assam Jawa Taman Rimba Templer

Thursday 30 June 2011

LATAR telah dibuka secara rasminya pada 21 Jun 2011. Mengikut berita yang dikeluarkan oleh media tempatan, laluan ini FREE selama 2 bulan. Iaitu sehingga 31 Ogos 2011. Then, lepas tu.. korang faham2 sendiri la kan.. kena la bayar tol. Hehehe..


Buat pertama kalinya, aku melalui LATAR pada hari ini.. Kira hari dalam sejarah la ni. Aku start dari Taman Rimba Templer Sehingga Ijok. Masa yang aku ambil adalah 20 Minit dengan kelajuan 110KM/J. Kira ok la tu.. menjimatkan masa bagi penduduk Ijok kalau hendak ke Pasar Borong Selayang. Hehehe.

Sepanjang perjalanan, aku kira terdapat 3 Tol yang perlu dilalui. Iaitu Tol Tamman Rimba Templer, Tol Kuang dan Tol Ijok. Agak2nya la.. berapa yer tol yang akan dikenakan??? Katakan la, tol yang dikenakan adalah RM1 setiap tol, maka tol yang perlu dibayar adalah sebanyak RM3 untuk sehala. Kalau pergi balik, maka kena bayar RM6. Itu kalau RM1 untuk 1 tol.. kalau lebih??? Kira la sendiri yer..

Setiap benda ada pro dan kontra.. so, pikir2kan sendiri.. Tepuk poket, tanya duit.. hehehe. 



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP