Johor Darul Takzim Juara Liga Super

Thursday 26 June 2014



Akhirnya.. penantian 23 tahun akhirnya berbalas. Tahniah!! kepada pasukan JDT kerana menjuarai Liga Super 2014. Dengan pelaburan yang besar serta komitmen YAM Tunku Mahkota Johor, akhirnya JDT merealisasikan impian untuk menjadi Juara Liga uUper 2014.

Dengan kemenagan ini juga menjadikan JDT wakil kedua dari Malaysia layak ke Piala AFC tahun depan. Semoga JDT dapat mengharumkan nama Malaysia dipersada Asia.





Read more...

Status Halal Date & Fate Part 2

Thursday 19 June 2014



Meragukan!!! Itu la istilah tepat yang dapat aku simpulkan mengenai Status Halal Date & Fate. Nak tau kenapa?? Sebagai penjual produk ini, aku akan cuba dapatkan kepastian mengenai Status Halal sesuatu produk. Begitu juga dengan Date & Fate ini.  Berikut adalah email yang aku perolehi dari HFCI yang beroperasi di Malaysia..




Maknanya dorang menggunakan logo Halal HFCI secara tidak sah. Dan status Halal yang digunakan amat meragukan. Apa yang perlu kita buat?? Sebagai islam, kita harus berpikir secara waras.. Benda yang meragukan hendaklah dijauhi... 

Read more...

The Last Game By Nike

Wednesday 11 June 2014



Nike merupakan jenama yang gah dipersada bola sepak dunia. Dengan bermulanya Piala Dunia 2014, Nike telah membuat satu video yang awesome untuk tontonan peminat Piala Dunia. Dengan menggunakan grafik pemain bola sepak ternama seperti Cristian Ronaldo, Neymar, Frank Ribery, Wayne Rooney dan ramai lagi.





Read more...

Tinted Kereta Anda??

Monday 9 June 2014



rasanya kebanyakkan anda telah pun mengetahui tentang peraturan baru JPJ mengenai tinted kereta. Yang mana telah disemak dan akan dikuatkuasakan oleh JPJ. Rasanya peraturan baru JPJ ini ok berbanding peraturan lama. Yang mana, kadar ketelusan tinted telah pun dinaikkan bagi kenderaan awam. Berikut adalah peraturan baru JPJ..


Jika dilihat gambar contoh diatas.. adalah kenderaan Toyota Velfire. Maybe sebab ramai pengguna di Malaysia yang mengguna Toyota Vellfire.. Hehehe..Apapun tahniah kepada JPJ sebab mendengar luahan dan komen para pengguna kenderaan dan menetapkan peraturan baru ini.. 


Read more...

Piala Dunia 2014 Kumpulan C



Kumpulan C Piala Dunia 2014 merupakan kumpulan yang seimbang dari segi kekuatan. Colombia, Japan, Ivory Coast dan Greece. Bagi aku, aku menjangkakan Ivory Coast dan Colombia akan mara ke pusingan kedua.. Hehe

COLOMBIA

IVORY COAST

GREECE

JAPAN

BERIKUT ADALAH JADUAL PERLAWANAN BAGI KUMPULAN C.
WAKTU MALAYSIA

15 JUNE 2014
0000 - Colombia VS Greece
0900 - Ivory VS Japan

20 JUNE 2014
0000 - Colombia VS Ivory
0600 - Japan VS Greece

25 JUNE 2014
0400 - Japan VS Colombia
0400 - Greece VS Ivory



Read more...

Piala Dunia 2014 Kumpulan B

Thursday 5 June 2014



Kumpulan B untuk Piala Dunia 2014 kali ini dianggotai oleh Sepanyol, Belanda, Chile dan Australia. Dari segi kekuatan, nampaknya Sepanyol dan Belanda merupakan favourite untuk ke pusingan kedua. Tetapi kekuatan Chile dan Australia juga tidak boleh dipandang rendah.

Untuk sepakmula yang pertama bagi kumpulan B memang menarik sebab mempertemukan Finalis 2010 iaitu Sepanyol dan Belanda. Sudah pasti kedua2 pasukan yang memberikan pertembungan yang menarik. Belanda sudah pasti ingin membalas dendam atas kekalahan pada tahun 2010.

SPAIN

NETHERLANDS

CHILE

AUSTRALIA

BERIKUT ADALAH JADUAL PERLAWANAN BAGI KUMPULAN B.
MASA MALAYSIA

14 JUNE 2014
0300 - SPAIN vs NETHERLANDS
0600 - AUSTRALIA vs CHILE

19 JUNE 2014
0000 - AUSTRALIA vs NETHERLANDS
0300 - SPAIN vs CHILE

24 JUNE 2014
0000 - AUSTRALIA vs SPAIN
0000 - NETHERLANDS vs CHILE



Read more...

Piala Dunia 2014 Kumpulan A

Wednesday 4 June 2014



Mulai hari ini, aku akan memperkenalkan senarai skuad Piala Dunia setiap kumpulan bermula dengan Kumpulan A iaitu Brazil, Crotia, Mexico dan Cameroon. 

Bagi kumpulan ini, Brazil dan Crotia adalah favourite untuk melayakkan diri ke pusingan kedua. Cameroon pula adalah pasukan yang di anggap lemah berbanding tiga negara lain. Tetapi kita perlu ingat, dalam bola sepak segala kemungkinan boleh berlaku. 

BRAZIL

CROTIA

MEXICO

CAMEROON

BERIKUT ADALAH JADUAL PERLAWANAN BAGI KUMPULAN A. 
MASA ADALAH WAKTU MALAYSIA

13 June 2014 - 0400 - BRA vs CRO
14 June 2014 - 0000 - MEX vs CAM
18 June 2014 - 0300 - BRA vs MEX
19 June 2014 - 0600 - CRO vs CAM
24 June 2014 - 0400 - BRA vs CAM
24 June 2014 - 0400 - CRO vs MEX





Read more...

Piala Dunia 2014



Demam Piala Dunia 2014 semakin menghampiri kita. Yang mana, Jumaat ini iaitu 12 Jun 2014 akan dirasmikan acara paling berprestij iaitu Piala Dunia FIFA 2014 yang diadakan di Brazil. Bagi peminat bola sepak di Malaysia, sudah pasti tertunggu2 acara ini. Setiap peminat pasti memilih pasukan pilihan tersendiri.

Terdapat 32 Pasukan yang layak bertanding di pusingan akhir Piala Dunia di Brazil. Antaranya.. Brazil, Sepanyol, England, Germany, Belanda, Japan dan lain2. 


Aku merupakan peminat utama bagi Germany dan Belanda (The Oranje). Harapkan tahun ni tahun gemilang buat pasukan kesukaan aku.. Hehe..






Read more...

Status Halal KFlower Fiber Wheat




KFlower Fiber Wheat merupakan satu lagi produk keluaran People Republic of China (PRC) yang sedang meningkat naik permintaan dan dijual di Malaysia. 

Jika sebelum ni, aku ada mengupas tentang status Halal Twinfish Oat Choco, CVMallow Oat Wheat dan Date & Fate Oat Chocolate.. Maka kali ni, aku akan turut mengupas tentang status Halal bagi KFlower Fiber Wheat. Orang kata untuk berlaku adil dengan semua produk yang ada di pasaran.

Produk ini dibuat oleh CHAON SANYANG FOODS CO LTD dan diimport oleh HPG MARKETING (M) SDN BHD yang berdaftar di Batu Caves Selangor. Manakala logo Halal yang digunakan adalah seperti berikut..


Tanda Halal yang digunakan adalah dikeluarkan oleh satu syarikat persijilan halal yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Yang mana, syarikat ini adalah ahli kepada World Halal Council tetapi TIDAK diiktiraf oleh JAKIM. 


Oleh yang demikian, jika anda berasa was2 atau ragu mengenai status Halal yang ada pada produk KFlower Fiber Wheat, boleh la mendapatkan pengesahan dari syarikat persijilan Halal (gambar di atas). Adalah menjadi kewajipan kita sebagai umat yang beragama Islam untuk mendapatkan makanan yang Halal lagi suci.




Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP