Makan :: Restoran Asam Pedas Bangi

Thursday 28 June 2012


Lokasi terjah makan kali ini iaitu Restoran Asam Pedas Bangi. Restoran ini terletak di Bandar Baru Bangi, di hadapan Komplek PKNS. Actually, aku datang ke sini disebabkan aku menyertai pertandingan ping pomg anjuran PEKA. Huiyoo.. macam terer main ping pong.. tapi aku ni bidan terjun je.. sebab ada pemain yang sepatutnya main, terpaksa tarik diri atas alasan kecemasan.. 

Berbalik kepada Restoran Asam Pedas Bangi, aku telah meng'order' asam pedas pari dan asam pedas ikan merah.. dan beberapa makanan sampingan.. 

 Asam Pedas Ikan Merah

 Asam Pedas Ikan Pari

 Ulam & Cencalok

Telur Masin & Patri Nenas

Nampak menyelerakan tak? Sure punya.. Lagi2 Asam Pedas tu.. Mesti korang terasa macam nak makan banyak kan.. Hehe. Selepas aku rasa asam pedas ni.. pada aku, ianya terasa terlalu pedas dan kurang rasa asamnya.. Bukan aku nak komplen.. tetapi macam aku yang memang berasal dari Johor.. Asam pedas ni salah satu makanan rutin aku.. Sori yer..

Apapun, bagi yang teringin makan, boleh la datang ke Restoran Asam Pedas Bangi.. Dan apa pula kata korang.. meh kita share.. sharing is caring.. Hehe.

Read more...

Harian :: 5S at Office

Wednesday 27 June 2012


Tetiba datang mood nak buat 5S kat work station aku.. Lagipun sekarang ni company tempat aku bekerja & cari makan sekarang ni sedang menguatkuasakan 5S.. Daripada dok termenung, baik aku buat 5S.. Dan hasilnya adalah.. Hehe.. Suspen je..

Siap ada buat red line tu..

Tak pernah meja aku sekemas ni..

Yang ni dikira sebagai langkah permulaan bagi aku.. walaupun dah hampir 15tahun aku bekerja, ini la kali pertama aku tengok work station aku begitu  kemas dan teratur.. Hehe..

Read more...

Aksesori :: Jam Tangan Guess

Tuesday 26 June 2012


Guess?? Apa dia?? Mesti korang tertanya2.. Apahal pulak mamat ni letak gambar ni..? Hehe. Camni ceritanya.. Pada tahun 2001, aku ada membeli sebuah jam tangan jenama Seiko.. Yang mana, aku gunakan sehingga arini.. Aku hanya ada sebuah jam tangan.. Oleh yang demikian, aku decide untuk mencari jam tangan yang baru setelah hampir 10 tahun menggunakan jam tangan ni..

Semasa window shopping di One Utama dengan famili.. aku singgah di satu Kiosk yang hanya menjual jam tangan jenama Guess.. Pada mulanya tiada niat nak membeli cuma melihat2 kot2 ada yang berkenan di hati.. Tup.. tup.. terpandang la satu jam ni...




Ini jam sudah membuat hati berkenan.. Dalam hati sudah dap dip dup.. Hehe. Aku terus bertanya dengan sales gurl kat situ.. Dia pun memberitahu tentang harga dan kalau guna Maybank Kad dapat lagi diskaun.. Then, tanya lak pada wife samada sesuai atau tak.. Yang ni penting.. kena tanya pendapat dlu.. Hehe. Wife pun kata ok.. Apa lagi.. aku terus on membeli jam ni..



Akhirnya.. aku membeli satu lagi jam tangan untuk kegunaan harian. Walaupun niat dihati hendak membeli jam tangan Seiko.. Tapi ini hati sudah terpaut pandang pertama pada ini jam.. Adakah kemungkinan aku akan membeli jam lagi?? Jeng.. Jeng.. Jeng.. Masa yang akan menentukan.. Hehe..

Read more...

Gadget :: Samsung Galaxy S3

Saturday 23 June 2012

Kredit to Google Image

Aku merupakan pengguna Maxis sejak sekian lama. Oleh sebab itu, aku dapat mesej dari Maxis mengenai tawaran Samsung Galaxy S3 bagi pengguna setia Maxis (Maxis One Club). Pada mulanya, aku tidak buat tak tau je tentang tawaran Maxis tu. 

Ketika our famili membeli barang keperluan dapur di Tesco Kuala Selangor, aku singgah di Kiosk Maxis. Bukan niat nak membeli tapi saje masuk untuk tengok2 je. Ketika melihat2 produk Maxis, aku terpandang tawaran ini.. Jeng.. Jeng.. Jeng....

Tawaran Exclusive

Apabila terpanjang aje tawaran ni, tetiba aku rasa excited nak beli Samsung pakej ni. Apa lagi.. aku pun bertanya dengan sales advisor Maxis tentang promotion ni.. Diaorg pun menerangkan sejelas2nya mengenai pakej ini.. Macam dirasuk hantu Samsung Galaxy S3, aku dengan segeranya setuju untuk ambil pakej yang ditawarkan.. Wife aku pun macam x percaya apa yang sedang berlaku.. Hehe.

Sememang aku ada niat untuk belikan my wife gadget baru.. sebab gadget yang wife digunakan sekarang ni sudah agak lama dan outdated.. Cuma takde la rasa secepat ni aku belikan.. Tapi apapun aku rasa pakej yang ditawarkan berbaloi-baloi.. Hehe.. 

Setelah membuat bayaran dan menanti sales advisor menyiapkan kontrak Maxis. Akhirnya.. Samsung Galaxy S3 menjadi milik kami. Dan secara rasminya, aku menyerahkan Samsung Galaxy S3 kepada wife aku. Wife aku pulak, senyum memanjang sepanjang perjalanan balik sebab dapat Samsung Galaxy S3..

Kotak Samsung Galaxy S3

Pandangan Depan & Belakang Samsung Galaxy S3

Sebenarnya aku masih belum sempat nak melihat ciri2 yang terdapat pasa Samsung Galaxy S3. Oleh itu, aku tak boleh nak komen pape atau membuat perbandingan dengan gadget aku iaitu HTC One X. kalau ada kesempatan, pasti aku membuat perbandingan antara kedua2 gadget ini. Ini antara spesifikasi yang terdapat pada Samsung Galaxy S3..

Kredit to Google Image

Apa pulak pandangan korang berkenaan Samsung Galaxy S3?? Mari kita kongsikan bersama-sama..


Read more...

Makan :: Nasi Lemak Senibong

Thursday 21 June 2012


Restoran Malam Indah Selalu.. Aku pun tak tahu sejak bila restoran ni ada nama. Sebabnya, aku namakan restoran ni sebagai Nasi Lemak Senibong.. Hehe. Agaknya supaya nampak lebih komersial, restoran ni diberikan nama..

Untuk pengetahuan korang, restoran ni terletak di area Permas Jaya, Johor Bahru. Bagi yang masih belom pasti kat mana terletaknya restoran ni, korang boleh guna pakcik google.

Actually, restoran ni menghidangkan pelbagai makanan. Antara yang menjadi pilihan sejak dari dulu adalah Nasi Lemak... Tak kira la apa lauknya, yang pasti nasi lemak senibong ni memang sedap giler. Kalau makan begitu saja pun dah boleh abis sepinggan.. Kalau korang datang, korang boleh mintak la apa lauk yang korang suka. Macam kitaorg biasanya nasi lemak ayam goreng je..

Nasi Lemak Senibong

Lengkap dengan keropok n sedikit sayur

Selain nasi lemak yang sedap, air tebu yang dihidangkan pun terasa sedap semacam.. Apa agaknya yang dorang letak ek.. Hehe.

Air Tebu 

Air Kelapa

Semasa menunggu makanan tiba, korang boleh lihat pemandangan singapura pada waktu malam. Sebabnya, restoran ni memang terletak di selat tebrau iaitu selat yang memisahkan antara Johor - Singapura.. Memang menarik permandangannya.. cuma kamera aku x canggih, so gambar pun x berapa cun.. 

Pemandangan waktu malam..

Bagi korang yang nak datang ke sini untuk mencuba nasi lemak, kitaorg memang rekomen kedai ni.. Kira macam berbaloi la.. Macam kitaorg, kalau balik ke kampung.. sure akan singgah makan di sini..

Read more...

Family :: KPJ Selangor

Tuesday 19 June 2012


Pada 13 Jun 2012, anak bongsu kitaorang dirujuk ke KPJ Selangor atas sebab demam, selsema & batuk yang berterusan sejak seminggu lalu. Oleh kerana kitaorg mempunyai ING Insurance Coverage, maka segala urusan di KPJ Selangor diuruskan oleh staf KPJ. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar sehingga   menunggu giliran untuk bertemu dengan pakar.

Setelah diperiksa, anak kitaorg iaitu Yasmina Zahirah dikehendaki tinggal di wad untuk pemeriksaan lanjut.   Maka, bermula episod yang mana Yasmina dimasukkan ke Wad 220. 


Pada mulanya tiada bilik untuk harga RM400 kebawah.. Yang ada bilik RM450.. Setelah berpikir panjang dan atas sebab kesihatan anak2, kitaorg decide untuk accept bilik RM400 (after diskaun 20%). Penjelasan yang kami terima, bilik ini dilengkapi sofa dan balkoni.. wow!! Dah macam hotel.. kata my wife.. Hehe. Tapi kitaorg bernasib baik sebab masih terdapat bilik berharga RM200.. Alhamdulillah..

Setalah dirawat hampir 4 hari, akhirnya Yasmina dibenarkan untuk keluar wad pada 16 Jun 2012. Syukur alhamdulillah.. Segalanya telah selesai dan Yasmina kembali sihat. Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat semasa Yasmina berada di dalam wad..

Kredit to google image

Read more...

Gadget :: HTC One X

Monday 18 June 2012

Aku memang mempunyai perancangan untuk menukar handphone lama aku iati iPhone 4 yang aku beli pada June 2010. Kalau ikutkan memang aku sayang sangat kat iPhone aku tapi apakan daya, dh banyak kali terjatuh dan yang paling teruk, housing belakang iPhone aku pecah dan aku terpaksa menukar housing. Selepas dari itu, performance iphone aku berkurangan.. kadang2 hanged semacam je..

Selepas aku survey market and beberapa model terkini.. akhirnya aku terpikat dengan satu model ni. Iaitu HTC One X.. Walaupun ramai kawan2 aku kata tunggu kemunculan Samsung S3. Tapi setelah aku buat research berkenaan model ini.. then, aku decide untuk beli..





Berikut adalah spesifikasi HTC One X. Ini adalah menjadi sebab kenapa aku membeli HTC berbanding Samsung S3 atau iPhone 4S..

**credit to google image

Kalau dilihat dari spesifikasi, HTC menawarkan Android terbaru iaitu Ice Cream 4.0 dan juga CPU Speed yang terlaju dalam kategorinya iaitu 1.5 GHz Quadcore. Selain itu, dengan menggunakan HTC, aku boleh mengambil gambar sehingga 99 shot dengan sekali ambil. Quality gambarnya pula memang amat baik.

Setelah aku menggunkan HTC ini bermula dari May sehingga sekarang, tiada masalah yang aku hadapi. Sememangnya HTC memberi kepuasan yang tidak ternilai.


 

p/s: Tapi aku macam nak beli Samsung S3 untuk wife aku.. Hehe..

Read more...

Makan :: Putu Piring Meru

Saturday 16 June 2012

Kitaorang merupakan sebuah famili yang amat suka makan terutama jika mendapat tau atau khabar terdapat makanan yang sedap di sesuatu tempat. Kalau tempat tu dekat, sudah pasti kami tidak teragak2 terjah makan ke tempat yang dimaksudkan dengan kadar segera.

Berikutan daripada itu, kami diberitahu terdapat satu gerai putu piring yang sedap iaitu Putu Piring Meru. Setelah diberitahu lokasi gerai tersebut, kebetulan pula kitaorg memamng mempunyai urusan di Klang. Maka dengan lajunya kitaorg terus ke gerai yang dimaksudkan iaitu di Pekan Meru..


Mengikut kata orang di Meru, putu piring ini telah lama beroperasi di pekan ini. Ianya adalah resepi turun temurun keluarga. Putu piring ini juga memang amat dikenali di sini. 

Bagi kitaorg yang baru mencuba putu piring ini, memang amat berpuas hati kerana putu piring meru ini memang sedap. Masa sekarang ni, memang susah untuk mencari putu piring yang sedap terutama buatan bangsa melayu. 

Putu Piring Meru

Memang terbaekkk

Rasa putu piring ini memang cukup.. dengan gula melaka, kelapa parut yang cukup rasa dan menepati citarasa kitaorg. Harganya pula amat berbaloi.. sekeping putu putu piring berharga 50sen.. memang kena dengan rasa dan saiz kuih ini. so, apa lagi..?? 


Read more...

Wayang :: Snow White and The Huntsman

Wednesday 13 June 2012



Sinopsis :
Snow White and The Huntsman menceritakan berkenaan puteri salji yang melarikan diri dari kurungan Ratu Ravenna. Ini adalah kerana Ratu Ravenna (ibu tiri snow white) ingin memakan hati puteri salji bagi mengekalkan kecantikan dan kekuasaan ilmu hitam yang dimilikinya. Walaubagaimanapun, puteri salji dapat melarikan diri dan Ratu Ravenna telah mengupah seorang pemburu upahan bagi memburu dan mendapatkan kembali puteri salji. 

Namun, pemburu upahan tersebut telah bepaling tadah dan membantu puteri salji menyelamatkan diri. Maka, terdapatlah kisah2 menarik ketika puteri salji dan pemburu upahan menyelamatkan diri dari buruan Ratu Ravenna.



Komen aku:
Aku sempat menonton filem ini dan kesimpulan yang boleh aku buat adalah filem ini merupakan filem ringan dan plot jalan cerita yang ringkas dan boleh diagak oleh penonton. Tetapi ianya amat sesuai untuk di tonton oleh kanak2 dan keluarga..

Read more...

Makan :: Pizza Hut

Tuesday 12 June 2012


Minggu lepas kitaorg berkesempatan untuk menikmati makan malam di Pizza Hut di AEON Anggun Rawang.. Kira tempat ni masih baru lagi..  



Ketika membuat pesanan, pekerja Pizza Hut telah memberitahu kami tentang Kid Eat Free Everyday untuk setiap pembelian RM20.00..



Setelah mendengar penerangan dari staf Pizza Hut, kami pun membuat pesanan mengikut selera masing2.. Ini adalah di antara pesanan yang kitaorg buat..




p/s : Sebenar ada lagi yang kitaorg order.. cuma tak sempat nak ambil gambar disebabkan masing2 dah kelaparan dan terus ngap tanpa melihat kiri dan kanan.. Heheh

Read more...

Savvy Turbo Part VI

Sunday 10 June 2012

Agak lama aku tidak meng'update' blog aku berkenaan Savvy Turbo. Memang masih terdapat beberapa modification yang aku buat bagi mempowerkan savvy turbo aku. Hehe. Antara modifikasi yang aku buat adalah menggunakan intercooler VR4 bagi menggantikan intercooler EP82. Kira nampak lebih garang dengan menggunakan intercooler VR4. Pada masa yang sama, ianya memastikan turbo aku tidak mengalami 'turbo lack'. Betul ke apa aku tulis tu?? Hehe..

Intercooler VR4

Aku juga telah membuat sistem piping yang baru untuk turbo aku bagi menambahkan kuasa dan juga supaya nampak lebih kemas di enjin bay.. Impak yang aku dapat dari perubahan ini memang menakjubkan..

Stainless Steel pipe

Gambar sebenar enjin bay 

Dengan melakukan beberapa modifikasi seperti yang tunjukkan pada savvy turbo aku.. performance savvy turbo aku semakin mantap dan tanpa segan silu aku mengatakan bahawa ianya sebuah kereta yang berkuasa dan memuaskan hati aku sebagai empunya ini kereta..

p/s: Masih ada beberapa modifikasi yang aku buat.. nantikan post Savvy Turbo Part VII


Read more...

Mister Donut

Friday 1 June 2012

Apa yang korang bayangkan apabila sebut donut?? Ermm.. sudah pasti akan terpikir Dunkin Donut, Big Apple and macam2 lagi la.. Pernah tak korang dengar Mister Donut?? Ermm... Macam pernah dengar tapi kat mana yer.. kalau yang tau, Mister Donut ni merupakan donut buatan Jepun yang dibawa masuk ke Malaysia untuk di komersialkan...


 
Untuk pengetahuan korang, Mister Donut ni terdapat di One Utama iaitu di dalam Aeon JUSCO. Bagi yang belum mencuba, korang boleh try test donut ni sebab donut ni mempunyai pelbagai rasa dan memang uniq. Berbeza dengan donut yang terdapat di Malaysia. Bagi peminat donut seperti kitaorang, memang kitaorang x lepaskan peluang ni.. Order & Makan..


Bagi korang yang nak tau pasal Mister Donut, korang boleh lawat website Mister Donut. Hehehe.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP