Showing posts with label Savvy Convert Turbo. Show all posts
Showing posts with label Savvy Convert Turbo. Show all posts

Kereta :: Proton Savvy Turbo

Wednesday, 12 February 2014


Proton Savvy Turbo.. Dah lama aku tak mengemaskini blog aku. Al-maklum la agak sibuk dengan rutin seharian dan kerja yang tidak pernah putus2.. Gambar di atas menceritakan segalanya.. Yang Putih itu adalah Savvy Turbo aku..

Sehingga arini blog aku mengenai Savvy Turbo ini masih lagi dikunjungi oleh pengguna savvy atau peminat Savvy Turbo.. Dan aku juga masih mendapat rspon dan pertanyaan dari mereka yang ingin tahu mengenai Savvy Turbo.

Dukacita aku memaklumkan bahawa.. Savvy Turbo kesayangan aku telah pun selamat bertukar tangan dan mempunyai owner baru. Aku telah pun bersara dari dunia Savvy Turbo spenuhnya.. Terima kasih tak terhingga dari aku untuk penggemar savvy turbo..

Untuk info.. korang boleh refer pada post2 aku yang lepas berkenaan savvy turbo.. Permasalahan dan kebaikkan serta serba sedikit mengenai savvy turbo aku.. 

p/s: Savvy Turbo EP82 memang terbaek...!!!


Read more...

Savvy Turbo Part VII

Wednesday, 11 July 2012

Akhirnya.. Savvy aku masuk dalam bengkel disebabkan masalah drive shaft yang berbunyi ketika membelok ke kanan. Setelah diperiksa oleh pomen, dia memberitahu bahawa shaft luar sebelah kiri telah rosak dan perlu diganti. Aku pun bersetuju untuk menukar shaft luar disamping aku suruh pomen check sekali shaft dalam..

 Shaft Dalam - Starlet

Shaft Luar - Savvy

Korang faham tak apa yang aku cuba terangkan dalam dalam gambar di atas?? Kalau korang tak faham.. korang boleh tanya aku.. Insya Allah, aku akan berkongsi selanjutnya info yang berkaitan. Secara basicnya, drive shaft bagi savvy convert starlet, memang perlu menukar drive shaft.. samada nak buat baru atau potong sambung.. sebabnya shaft original savvy atau starlet memang tidak boleh digunakan.. 

kalau masih tak faham jugak.. jangan malu jangan segan.. tanya je aku.. Aku sedia membantu..


Read more...

Savvy Turbo Part VI

Sunday, 10 June 2012

Agak lama aku tidak meng'update' blog aku berkenaan Savvy Turbo. Memang masih terdapat beberapa modification yang aku buat bagi mempowerkan savvy turbo aku. Hehe. Antara modifikasi yang aku buat adalah menggunakan intercooler VR4 bagi menggantikan intercooler EP82. Kira nampak lebih garang dengan menggunakan intercooler VR4. Pada masa yang sama, ianya memastikan turbo aku tidak mengalami 'turbo lack'. Betul ke apa aku tulis tu?? Hehe..

Intercooler VR4

Aku juga telah membuat sistem piping yang baru untuk turbo aku bagi menambahkan kuasa dan juga supaya nampak lebih kemas di enjin bay.. Impak yang aku dapat dari perubahan ini memang menakjubkan..

Stainless Steel pipe

Gambar sebenar enjin bay 

Dengan melakukan beberapa modifikasi seperti yang tunjukkan pada savvy turbo aku.. performance savvy turbo aku semakin mantap dan tanpa segan silu aku mengatakan bahawa ianya sebuah kereta yang berkuasa dan memuaskan hati aku sebagai empunya ini kereta..

p/s: Masih ada beberapa modifikasi yang aku buat.. nantikan post Savvy Turbo Part VII


Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP