Makan :: IKEA

Friday 19 October 2012


Akhirnya.. aku dapat makan di IKEA. Setelah sekian lama aku mengidam untuk makan meat ball. Hehehe. Walaupun food court di IKEA pernah terpalit beberapa kali dengan berita yang kurang sedap kita dengar.. ianya masih menjadi pilihan orng ramai yang nak makan meat ball..

Kebetulan pada minggu lepas, aku ke IKEA untuk mencari idea bagi membuat ubahsuai rumah kami. Aku sampai dalam jam 1.00pm.. Perut pun sudah berbunyi2.. Aku bagitau wife aku yang kita akan try makan di IKEA. Suasana pada haritu memang crowded.. Tapi aku nekad nak try jugak.. Hehe..

Tu dia.. beratur panjang..

 Today Special Menu

 Soft drink & Fresh Coffee.. Free Topup

 Menu.. Kepak Ayam & Kid Meal..

Menu.. Meat Ball..

Selepas beratur lama.. ini pula pilihan aku..

 Meat Ball.. Yummy..

 Chicken Wing

 Spaghetti for Kids..

Chocolate Cake

Sampai jugak hajat aku untuk merasai makan di IKEA.. Kekenyangan.. Hehehe


Read more...

Makan :: Restoran Seri Keningau

Sunday 14 October 2012


Restoran Seri Keningau terletak di Meru, Daerah Klang.. Sebenarnya aku dah lama nak makan kat restoran ni. Cuma selalunya mesti terlupa nak singgah semasa on the way balik ke rumah.. Tapi kali ni, wife aku siang2 dh ingatkan aku untuk singgah makan @ terjah makan restoran ni..

Selesai berbelanja di Giant Meru.. aku pun singgah ke Restoran Seri Keningau untuk merasai masakannya.. sebab kalau tengok dari luar.. Fuhh!!! kedai ni memang meletop.. Kebabo!!! Hehehe..


Ini la gambaran menu yang diberikan.. terdapat pelbagai makanan yang boleh dipesan.. samada masakan Thai ataupun Western.. Oleh itu kami pun order beberapa makanan.. antaranya.. Nasi Goreng Daging Black Pepper.. (panjang giler nama), Bihun Tomyam & Kuew Teow Cantonese Serta Sotong Goreng tepung..

Nasi Goreng Daging Black Pepper.. (Sedap)

Bihun Tomyam.. (Anak aku kata x berapa sedap.. hehehe)

Kuew Teow Cantonese (Yang ni pun kureng.. wife aku kata la..)

Sotong goreng tepung (rasa mcm guna tepung goreng pisang) Hehehe

Secara keseluruhan, Restoran Seri Keningau ni boleh la makan masakan dorg.. cuma kalau ada kedai yang lebih bagus, baik try kat kedai lain je.. Hehe. 



Read more...

Makan :: Satay Sri Subang

Thursday 11 October 2012


Itu dia.. Satay Sri Subang. Bagi yang meminati satay, sudah pasti Satay Sri Subang menjadi salah satu destinasi satay yang akan diterjah. Untuk kali ni, aku berkesempatan untuk terjah Satay Sri Subang yang terletak di Sg Plong.. Daerah Sg Buloh.. (rasanya).. hehehe

Menu utama kat sini.. sudah tentu satay.. satay ayam & daging.. selain itu ada juga Mee Bandung dan Rojak Sotong.. Dengan tak tunggu lama, aku terus order satay ayam, satay daging & mee bandung..

 Ini dia.. Satay Ayam..

Satay Daging..

 Nasi Impit.. Memang murah (RM1)

 Kuah kacang.. Cukup rasa..

Mee bandung.. Agak manis tapi anak2 aku suka..

Bagi sapa2 yang teringin.. boleh terjah kedai ni.. senang je direction dia.. kedai ni betul2 tepi jalan selepas jambatan Sg Plong tu..

Read more...

Santai :: One Utama

Monday 8 October 2012


Last friday aku berkesempatan meronda2 di One Utama. Niat dihati hendak tengok wayang dengan anak2. Last2 tak jadi sebab cerita tu hanya untuk 18tahun ke atas.. Sedang meronda2.. ternampak la satu booth ni.. Caterham F1 Team..

Rupanya2 ada jualan barangan Caterham F1 Team dan terdapat juga kereta F1 yang dipertontonkan untuk tatapan orang ramai.. Bagi yang berminat dengan koleksi barangan Caterham F1 team, boleh la dapatkan barang di booth. Siap ada potongan harga tu.. 10% - 30%.. 






Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP