Tragedi Drag Race MUSC Putrajaya

Wednesday 30 May 2012

Seperti yang ramai ketahui, telah berlaku satu tragedi semasa Drag Race MUSC di Putrajaya semasa Himpunan Sejuta Belia 2012. Bukan untuk menyalahkan atau mengaibkan sesiapa.. tetapi lebih kepada pengajaran yang perlu kita renungkan bersama-sama. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan kita  perlu lebih peka dan berhati2 ketika menganjurkan atau menghadiri apa2 juga perlumbaan bagi memastikan kejadian yang sama tidak diingini berlaku. 

Bersama-sama kita doakan kesejahteraan dan diberikan  kesihatan yang berkekalan bagi setiap mangsa tragedi ini. Semoga mangsa tragedi ini diberikan rawatan terbaik dan sembuh seperti sedia kala.. Berikut adalah video tragedi.. Sama-sama kita renungkan..



Read more...

Red Velvet Cake

Red Velvet Cake.. Sudah pasti ramai yang tau tentang cake ini. Sebut je nama Red Velvet Cake, pasti ramai yang sudah membayangkan ksedapan cake ini. Begitu juga dengan aku.. Hehehe. Walaupun pada mulanya aku mmg memandang serong terhadap cake ini.. sehingga la peristiwa di mana aku & family lunch kat Strawberry Field Restaurant di PJ.. Aku tergerak hati untuk oder Red Velvet Cake ni.. Last2.. Aku mmg akui cake ini mempunyai rasa yang unik dan sedap.. membuatkan aku jatuh cinta dengan nama Red Velvet.. Hehehe.

Aku dah rasa Red Velvet Cake ni di beberapa tempat.. antaranya Starbuck Cafe, Strawberry Field & Coffee Cafe di Setia Mall..

Strawberry Field Restaurant

Coffee Cafe at Setia City Mall

Starbuck Cafe at One Utama

Rasanya banyak lagi tempat2 yang ada Red Velvet Cake ni.. Cuma belum xplore sepenuhnya.. Kalau ada masa, sure aku akan menerjah ke restaurant / cafe yang menghidangkan Red Velvet Cake ini.. Peace!!

Read more...

Wayang :: Men In Black 3

Monday 28 May 2012

Pasti ramai yang ternanti2 filem Men In Black 3 (MIB3). Bagi yang telah menonton MIB1 & MIB2, pasti filem MIB3 menjadi filem pilihan bagi tahun ini. Aku berkesempatan menonton filem MIB3 ini bersama keluarga di U8, iaitu shopping mall yang terdapat di Bukit Jelutong.






Sinopsis :: Agen K (Tommy Lee Jones) dan Agen J (Will Smith) kembali beraksi! Setelah kesuksesan komersial di dua film sebelumnya, Sony Pictures memerlukan waktu 10 tahun untuk membuat film ketiganya. Hebatnya lagi, nama sutradara Barry Sonnenfeld kembali dipilih untuk memimpin Will Smith dan Tommy Lee Jones.Hal ini menjadikan Mister Barry menjadi sutradara dari semua film Men In Black. 



Agen J (Will Smith) dan agen K (Tommy Lee Jones) yang ditugaskan untuk memantau aktivitas ekstra-terrestrial di bumi. Hal-hal aneh terjadi ketika J tidak dapat menemukan K,ia kemudian menemukan temannya telah mati selama lebih dari 40 tahun. Dalam upaya untuk menyelamatkan kehidupan agen muda K (Josh Brolin), Agen J melakukan perjalanan kembali ke tahun 1969 untuk menghentikan pembunuhan dan menyelamat dunia.




Pada yang belum menonton filem ini, pastikan anda pergi menonton. Yang pasti, filem ini memang sesuai untuk ditonton bersama keluarga..

Read more...

Koleksi Perfume

Sunday 27 May 2012

Perfume atau Parfums??..Betul ke ejaan aku?? Kalau salah, sori yer.. Perfume apa yang menjadi pilihan korang?? Macam aku, mmg xde specific brand yang aku suka.. Kira aku ni x kisah sangat la pasal perfume. Asalkan bau dia sodap dan aku suka.. aku beli. Dalam koleksi perfume aku sekarang ni.. aku ada 5 jenis perfume.. Nak tau apa perfume yang aku ada?? Cuba lihat gambar bawah ni..

 Paco Rabbane; CK Free; 212 Sexy Man; Paul Smith Man 2 & CK in 2U

p/s: Itu la koleksi perfume aku.. korang macamana pulak??

Read more...

My Peberet Kek

Friday 25 May 2012

Actually, aku saje  nak bagitau kat korang tentang My Peberet Kek.. Rasanya kalau tengok gambar kek ni, pasti korang tau kek ape.. Aku memang suka sangat kek ni. kalay aku gi kedai kek ni, sure aku akan cari kek peberet aku.. nak tau kek apa?? jawapannya adalah Hazelnut Cheese Cake dari Secret Recepi..


Apa?? korang tak pernah try test? rugi betul la.. Apa kata, lepas ni korang gi test.. sure korang akan terpaut dan falling love dengan kek ni.. betul!!! aku tak tipu.. Hehehe... 

Amacam?? Belum makan dah tau sedap.. 

Citarasa sebenar... Hehe. Try test la...

kalau korang nak gi secret recepi, ajak la aku... Hehe..

Read more...

Jom Ke Sarawak.. Part II

Thursday 17 May 2012

Sebagaimana yang aku bagitau dalam post sebelumnya.. Jom ke Sarawak Part II, aku akan postkan beberapa makanan yang aku try, test dan cuba semasa aku berada di Kuching.. Kebanyakkan makanan yang aku cuba, memang tidak terdapat di semenanjung.. Jom tengok..

Mee Kolok Pak Lah.. Memang famous di Kuching..

Mee Kolok Special.. Yummy!!!

Mee Kolok Crispy.. Ranggup giler... Hehehe. Sambal Kicap pun ada..

Rojak Kangkung Sotong.. Ada berani try??

Nasi Ayam Penyet Sarawak...

Sayur Apa yer.. Lupa plak nama dia.. Hahahah..

Yang ni.. rasanya semua tahu kan.. Memang banyak giler pilihan kek lapis..
Sampai kompius nak pilih.. Hahahah






Read more...

Jom Ke Sarawak..

Tuesday 15 May 2012

Ini adalah first time aku menjejakkan kaki ke negeri sarawak.. Akhirnya.. Kini Pasti.. Hehehe. Aku datang ke kuching atas urusan kerja.. boleh dikatakan sambil kerja, sambil melancong.. Walaupun masa agak padat, tapi aku sempat la pergi ke tempat2 yang dikatakan famous di kuching ni.. memang menarik dan tertawan..

Kalau diberikan rezeki lebih, sure aku akan bawa famili aku untuk datang ke sarawak ni.. Harap2.. adalah BONUS.. Hahaha.. Meh la tgk gambar2 yang aku ambil semasa di Kuching..

Semasa di KLIA.. Pesawat 737-400

Pemandangan Dari Udara.. Indahnya!!

Hotel Grand Margaretha (Hotel yang aku stay.. Memang Terbaekkk!)

Ini la executive room.. Cantik x??

Mercu Tanda Bandaraya Kuching.. (Betul2 depan Hotel Grand Margaretha)

Kuching Waterfront.. Ada banyak gerai makan kat sini.. 

Ini la dia.. Gunung Santubong...

Ini adalah sebahagian dari gambar2 yang aku sempat ambil semasa di Kuching.. nantikan Jom Ke Sarawak Part II.. Aku akan post mengenai makanan yang aku cuba di Kuching... Tunggu..






Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP