Showing posts with label Cinema. Show all posts
Showing posts with label Cinema. Show all posts

Movie Minggu Ini :: World War Z

Tuesday, 18 June 2013


World War Z merupakan satu filem bergenre Horor dan Action. Dibarisi pelakon2 popular seperti Brad Pitt, Eric West, Mireille Enos dan ramai lagi. Marc Foster pula diberikan tanggungjawab sebagai pengarah bagi filem ini. Filem ini akan mula ditayangkan di Malaysia pada 19 Jun 2013.

Alkisah filem ini.. dimana satu pasukan zombie telah dihantar kebumi untuk memusnahkan manusia. Zombie ini telah membiak dengan pesat dan membunuh manusia sejagat. Oleh kerana keadaan semakin parah, PBB telah menghantar satu pasukan yang diketuai oleh Brad Pitt bagi mengawal dan memusnahkan zombie. Adakah Brad Pitt berjaya memusnahkan zombie tersebut?? Jawapannya boleh didapati di dalam filem World War Z..




Read more...

Wayang :: Snow White and The Huntsman

Wednesday, 13 June 2012



Sinopsis :
Snow White and The Huntsman menceritakan berkenaan puteri salji yang melarikan diri dari kurungan Ratu Ravenna. Ini adalah kerana Ratu Ravenna (ibu tiri snow white) ingin memakan hati puteri salji bagi mengekalkan kecantikan dan kekuasaan ilmu hitam yang dimilikinya. Walaubagaimanapun, puteri salji dapat melarikan diri dan Ratu Ravenna telah mengupah seorang pemburu upahan bagi memburu dan mendapatkan kembali puteri salji. 

Namun, pemburu upahan tersebut telah bepaling tadah dan membantu puteri salji menyelamatkan diri. Maka, terdapatlah kisah2 menarik ketika puteri salji dan pemburu upahan menyelamatkan diri dari buruan Ratu Ravenna.



Komen aku:
Aku sempat menonton filem ini dan kesimpulan yang boleh aku buat adalah filem ini merupakan filem ringan dan plot jalan cerita yang ringkas dan boleh diagak oleh penonton. Tetapi ianya amat sesuai untuk di tonton oleh kanak2 dan keluarga..

Read more...

Wayang :: Men In Black 3

Monday, 28 May 2012

Pasti ramai yang ternanti2 filem Men In Black 3 (MIB3). Bagi yang telah menonton MIB1 & MIB2, pasti filem MIB3 menjadi filem pilihan bagi tahun ini. Aku berkesempatan menonton filem MIB3 ini bersama keluarga di U8, iaitu shopping mall yang terdapat di Bukit Jelutong.






Sinopsis :: Agen K (Tommy Lee Jones) dan Agen J (Will Smith) kembali beraksi! Setelah kesuksesan komersial di dua film sebelumnya, Sony Pictures memerlukan waktu 10 tahun untuk membuat film ketiganya. Hebatnya lagi, nama sutradara Barry Sonnenfeld kembali dipilih untuk memimpin Will Smith dan Tommy Lee Jones.Hal ini menjadikan Mister Barry menjadi sutradara dari semua film Men In Black. 



Agen J (Will Smith) dan agen K (Tommy Lee Jones) yang ditugaskan untuk memantau aktivitas ekstra-terrestrial di bumi. Hal-hal aneh terjadi ketika J tidak dapat menemukan K,ia kemudian menemukan temannya telah mati selama lebih dari 40 tahun. Dalam upaya untuk menyelamatkan kehidupan agen muda K (Josh Brolin), Agen J melakukan perjalanan kembali ke tahun 1969 untuk menghentikan pembunuhan dan menyelamat dunia.




Pada yang belum menonton filem ini, pastikan anda pergi menonton. Yang pasti, filem ini memang sesuai untuk ditonton bersama keluarga..

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP