Showing posts with label iPhone. Show all posts
Showing posts with label iPhone. Show all posts

Pelancaran iPhone 4S di Malaysia

Sunday, 30 October 2011


Ini merupakan berita baik bagi peminat iPhone. Menurut Malaysianwireless, iPhone 4S keluaran Apple Inc. ini akan mula memasuki pasaran Malaysia pada bulan November 2011. Mengikut laporan yang dikeluarkan, tarikh tepat bagi pelancaran iPhone 4S belum dapat dipastikan tapi dijangkakan pada 18 atau 25 November 2011. 

Syarikat telekomunikasi seperti Maxis, DiGi dan Celcom dijangkakan akan menawarkan harga dan pakej yang menarik bagi peminat iPhone. 

Walaubagaimanapun, harga sebenar iPhone 4S masih belum diketahui. Bagi Malaysiawireless, mereka  menganggarkan harga sekitar RM2044 (16GB), RM2358 (32GB) dan RM2671 (64GB). Sama - sama kita tunggu dan lihat..


Read more...

iPhone 4S - Siri 1

Tuesday, 18 October 2011


Apple iPhone 4S. Slogannya adalah The Most Amazing iPhone Yet. Semenjak pelancaran iPhone 4S di USA pada 4 Oktober 2011, ianya menjadi kegilaan bagi peminat iPhone. Mengikut berita yang diterima, jualan iPhone 4S pada hari pertama sahaja  telah mencecah 1 juta unit. Penjualan kali ini telah berjaya mengatasi rekod penjualan iPhone 4. 

Berikut adalah video mengenai pelancaran iPhone 4S di beberapa bandar utama dunia..

Pelancaran iPhone 4S di Japan

Pelancaran iPhone 4S di Sydney

Pelancaran iPhone 4S di London

Bagaimana di Malaysia agaknya?  Adakah situasi yang sama akan berlaku? Mengikut pengalaman aku semasa membeli iPhone 4, pastinya suasana yang sama akan berlaku..

Cuba kita renung and fikirkan... Apa yang specialnya iPhone 4S ini???

Aku cuba mengupas satu persatu keistimewaan iPhone 4S ini. Mengikut berita, iPhone 4S adalah 7 kali lebih laju dan pantas berbanding iPhone 4. Yes.. Ini la salah satu keistimewaan yang ada pada model ini. Yang mana ianya menggunakan operating system iOS 5.0 dan 1GHz Dual Core Apple A5.


Menarik bukan?? Nantikan siri 2, yang mana aku akan terus mengupas keistimewaan iPhone 4S.. Adios!!

Read more...

Promosi iPhone Maxis

Thursday, 13 October 2011


Seperti yang korang sedia maklum ataupun korang belum maklum, bahawa Maxis telah mengadakan promotion bagi iPhone 3Gs. Yang mana, Maxis menawarkan harga iPhone 3Gs serendah RM199. Tetapi korang harus tau, dengan harga RM199 ni, korang terpaksa menggunakan khidmat Maxis ni selama 2 tahun @ 24 bulan dan korang akan dikenakan bayaran bulanan sebanyak RM79. Ada beberapa lagi syarat yang dikenakan oleh Maxis. Korang boleh klik kat SINI.

Pada pendapat aku, ini merupakan satu strategi pemasaran oleh Maxis bagi menghabiskan stock iPhone 3Gs kerana seperti yang korang tau, iPhone 4S telah dilancarkan. Ada berita yang menyatakan bahawa iPhone 4S akan mula dipasarkan di Malaysia mulai 28 Oktober 2011. Kesahihan berita ini masih belum dipastikan. 

Kat sini aku lampirkan pakej yang diberikan oleh pihak Maxis bagi promotion iPhone 3Gs. Check it out!!


Read more...

Revolusi iPhone

Wednesday, 12 October 2011

Samada anda merupakan peminat iPhone atau tidak, anda pasti akan bersetuju sekiranya saya menyatakan bahawa iPhone telah berjaya mengubah persepsi generasi masa kini. Ramai antara kita pasti teruja apabila menyebut mengenai iPhone. Ya! Inilah yang dinamakan sebagai Revolusi iPhone.

Mari kita lihat kembali tahun 1997. Yang mana ketika itu, jenama Nokia, Sony Ericson, Motorola dan sebagainya telah menguasai dunia telekomunikasi dengan pelbagai model handphone. Tetapi, kewujudan iPhone pada tahun itu talah berjaya memukau para pengguna handphone dengan melancarkan iPhone generasi pertama. Setelah itu, bila kita sebut tentang iPhone.. pastinya kita akan terbayang tentang keunikkan aplikasi yang ditawarkan.

Sekarang, mari kita lihat perkembangan iPhone dari generasi pertama sehingga sekarang.. Check it out!!

iPhone 

iPhone 3G

iPhone 3Gs

iPhone 4

iPhone 4S

Jika anda ingin membaca sejarah iPhone ni, boleh la klik di SINI untuk maklumat lanjut mengenai Revolusi iPhone. 





Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP