Motor :: Redza Motocycle Part 2

Thursday 30 May 2013


Nampaknya Redza Motorcycle still mendapat perhatian dari pengunjung blog aku. Walaupun Redza Motorcycle ni masih baru di dalam dunia permotoran Malaysia, Ianya tetap mendapat perhatian dari pengguna motosikal. Bagi yang inginkan kelainan, boleh try test Redza brand... Kat sini aku nak kongsi beberapa video dari youtube berkenaan Redza Motorcycle... Layanzzz...



Read more...

Makan :: Burger Bakar Abang Burn


Sabtu lepas aku berkesempatan untuk try test cuba makan di Burger Bakar Abang Burn di Taman Dagang. Jauh tu drive.. dari Klang ke Taman Dagang.. Semata2 nak mencuba makan Burger Bakar & Meat Ball Abang Burn.. Setelah drive kira2 30 minit.. Kitaorang pun sampai...


Kitaorg pun mengorder 3 jenis makanan dari kedai Abang Burn.. Taraaaaaa!!!!!!!! Ini dia...




Tanpa menunggu lama.. makanan yang dipesan tadi sampai.. terus kitaorg makan tanpa tgk kiri kanan.. Tapi.. agak mengecewakan bagi kitaorg.. sebab tidak begitu menepati citarasa kitaorg.. Maybe, kitaorg salah order atau.. 

Terus terang aku katakan.. this is first and last kitaorg akan makan kat Burger Bakar Abang Burn.. Hehe. Tapi pada korang yang suka.. teruskan makan... support our product.. PEACE!!



Read more...

Movie Minggu Ini :: Now You See Me


Filem ini dibintangi oleh pelakon2 hebat seperti Morgan Freeman, Jesse Einsenberg, Mark Rufallo dan ramai lagi. Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan bagaimana ejen FBI dan Interpol mengesan satu kumpulan pakar silap mata yang merompak bank dari setiap benua berlainan. Kemudian mereka membahagikan wang rompakan dengan penonton yang hadir pada persembahan mereka..

Menarik bukan?? Kalau nak tau lebih lanjut... Pastikan anda menonton filem ini..


Read more...

Movie Minggu Ini :: Bro, Nampak Motor Gua

Wednesday 29 May 2013


Filem Bro, Nampak Motor Gua? merupakan filem terbitan Metrowealth. Ianya dibintangi oleh Along Cham, Along Eyzendy, Mamat Khalid dan ramai lagi. Ianya akan mula ditayangkan pada 30 Mei 2013.

Filem ini mengisahkan Epol (Along Cham) yang mencari motornya yang hilang. Keistimewaan Epol adalah mempunyai deria bau yang sangat hebat sehingga dapat mengesan motornya. Korang boleh saksikan filem ni untuk mengetahui kisah selanjutnya.. 



Komen :-
Aku dah pun tengok filem ni.. Pada aku, filem ni biasa jer.. tak macam filem pun.. kira mcm cerekarama jer.. Heheh.. Lawak yang biasa.. dah boleh agak jalan ceritanya.. Boleh la layan.. PEACE!!



Read more...

Movie Minggu Ini :: KIL


Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Akil yang menghadapi tekanan hidup. Beliau telah beberapa kali cuba untuk membunuk diri tetapi gagal. Sehingga lah beliau menemui satu iklan berkenaan organisasi "Life Action Bureau" (LAB). Apa yang akan jadi seterusnya...

Filem ini dibintangi Redza Minhat,Cristina Suzanne dan ramai lagi.. Ianya diarahkan oleh Nik Amir Mustafa dan terbitan oleh Grand Brilliance & Flux Visual Lab.. Filem ini mulakan tayangan pada 30 Mei 2013 di seluruh panggung di Malaysia..

 
Trailer - KIL

OST KIL - Rapuh by Pesawat

Read more...

Makan :: Man Burger Kukus Lava

Thursday 23 May 2013


Sebenarnya.. kitaorg mengunjungi Burger Kukus Lava Bakar ni secara kebetulan jer. Memang xde plan untuk makan burger masa tu. Selepas bawa anak kitaorg pergi makan aiskrim.. pusing punya pusing.. kitaorg tersinggah la kedai ni.. Tengok ramai orang.. 

Kitaorang hanya order 2 jenis makanan kat sini iaitu burger larva dan kentang goreng.. Burger tu pun kitaorg bahagi tiga.. aku, wifey and anak laki2 aku.. Ada banyak menu burger yang disediakan.. Mcm2 ada.. Hehe



Nampak sedap tak?? klau korang nak try.. boleh datang di Saujana Utama ataupun di Kota Damansara untuk menikmati Butger Kukus Larva..



Read more...

Movie Minggu Ini :: Bikers Kental


FIlem Bikers Kental dibintangi pelakon2 hebat seperti Zizan Razak, Awie Wings, Zul Arifin, Harun Salim Bachik dan ramai lagi. Mula ditayagkan di panggung seluruh Malaysia mulai 23 Mei 2013. bagi yang meminati filem melayu.. Ayuh kita penuhkan panggung..

Filem ini mengisahkan Bidin Al Zaifa yang bekerja disebuah kedai motosikal berkuasa tinggi yang mempunyai minat yang amat mendalam dan mempunyai cita2 untuk memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi..

Pada satu malam ketika Bidin Al Zaifa balik dari kerja, berlakunya satu kejadian yang mengubah hidup beliau. Selepas kejadian itu, beliau telah membeli sebuah motosikal dan berlaku pelbagai adegan lucu ketika beliau menyertai konvoi ke Kerabi Thailand... 

 



Komen :-
Kitaorg sekeluarga menonton filem ni pada 24 Mei 2013 di GSC Setia City Mall.. Cerita ni sesuai untuk ditonton seisi sekeluarga. Senang kata.. jalan cerita yang ringan, enjoy dan lawak yang tidak keterlaluan.. Memang best la.. 

Read more...

Movie Minggu Ini :: Fast & Furious 6

Wednesday 22 May 2013


Fast & Furious kembali lagi.. Kali ni Fast & Furious 6.. Yang mana merupakan sambungan kepada Fast & Furious 5.. Bagi peminat movie ni, sudah pasti tidak sanggup untuk melepaskan peluang menonton filem ini. Aku pula telah menempah tiket online bagi menyaksikannya pada 23 May 2013.. Yes!!! 



Komen :-
Apa yang aku boleh kata.. filem ni memang best giler dari start tayang sampai ke akhir.. Lagi2 kalau tgk 3D.. Wah!!! Bagi aku.. ini filem Fast & Furious yang paling best.. Tak sabar nak menunggu sambungan filem ini. Bagi peminat filem, memang aku cadangkan korang tgk.. Jalan cerita yang ringkas tapi menarik..

Read more...

Versus 2 :: Double Trouble

Monday 20 May 2013


Minggu ini adalah minggu ke-7 bagi versus 2. Tema minggu ini adalah DOUBLE TROUBLE. Korang tau apa maksud DOUBLE TROUBLE?? Maksudnya.. Band kali ini akan diberikan 2 lagu dari Search & Wings untuk dirosakkan secara kreatif. 

Untuk minggu ke-7 ni, personnaly aku tertarik dengan persembahan Manifesto dan Kristal. memang mantap!! Meh layan video Manifesto dan Kristal..





Read more...

Lagu :: Rembau Most Wanted VS Bota Most Wanted

Friday 17 May 2013



VS

Rembau Most Wanted by Waris vs Bota Most Wanted by Hot FM AM Crew.. Korang rasa mana lagi best? Hahaha... Pada aku 22 best tapi Bota Most Wanted memang kelakar.. Caya la Am Crew..

Read more...

Movie Minggu Ini :: Oh Mak Kau (OMK)

Thursday 16 May 2013


Filem ini akan mula ditayangkan pada 16 Mei 2013 di seluruh Malaysia akan dibintangi oleh Sepahtu, Didie Alias, Syamsul Yusof dan ramai lagi. Berikut adalah trailer bagi filem OMK.

Ianya mengisahkan Sam (Jep Sepathu) dan Mun (Shuib Sepahtu) bekerja bersama ibu mereka, Mama San (Wan Maimunah) sebagai peniaga ayam di pasar. Tabiat Sam dan Mun yang suka mencuri mendatangkan masalah dalam hidup mereka. Setiap kali mencuri, adik beradik ini akan menyamar bermacam-macam gaya dan lucunya mereka pasti mengemas tempat tersebut selepas mencuri. Kenakalan dan sikap negatif Sam dan Mun membuatkan Mama San sering memarahi mereka.

Kepulangan Que (Nurul Ain) ke kampung menjadi perhatian Sam dan Mun. Mereka berdua bersaing untuk memikat hati Que. Embun (Didie Alias) dan kumpulan samsengnya ditakuti para peniaga sehingga mereka terpaksa mengikut kehendak Embun. Saksikan di pawagam...





Read more...

Movie :: Rock Oooo

Thursday 2 May 2013


Baru malam tadi berkesempatan menonton filem Rock Ooo.. di saluran Astro First. Actually memang dah lama nak menonton filem ni sbb ianya sambungan dari filem pertama iaitu Filem Rock.. Bagi peminat zaman rock kapak mcm aku ni, sure filem ni banyak meninggalkan kesan dan kenangan.. Hahaha.

Jom layan OST dari filem Rock Ooo..








Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP