Iklan Hari Raya 2014

Friday 18 July 2014



Tinggal 10 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Banyak syarikat2 utama telah pun membuat video raya bagi tahun 2014. Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menunggu video2 hari raya yang akan dikeluarkan oleh syarikat2 ini. Terutamanya iklan raya dari Petronas, Telekom Malaysia dan banyak lagi.. Berikut adalah antara iklan raya bagi 2014..

Iklan Raya Nissan

Iklan Raya TM


Read more...

Perlawanan Akhir Piala Dunia 2014

Thursday 10 July 2014



Nampaknya pasukan pilihan aku iaitu Holland telah pun kalah kepada Argentina pada perlawanan separuh akhir pagi tadi. Nak buat camne kan.. Argentina lebih berhak menang jika dilihat pada penguasaan bola dan perlawanan pagi tadi.. 

Untuk perlawanan akhir pada Isnin depan.. Argentina akan bertemu Jerman. Jerman yang kita ketahui telah membelasah Brazil 7-1 pada perlawanan separuh akhir. Nampaknya.. Jerman adalah pasukan peberet untuk menag Piala Dunia 2014.


Untuk final kali ini aku memilih Jerman.. sebab ada Ozil.. Hehe. Apapun.. kita tunggu dan lihat.. Sapa yang kena.. 


Read more...

Senarai Hotel Yang Diiktiraf Halal Jakim

Wednesday 2 July 2014


Pasti ramai antara kita yang tercari2 dan terfikir kat mana nak berbuka puasa. Bila berbuka puasa, sudah tentu kita akan mencari tempat berbuka yang sememang Halal. Sebab kita sebagai orang Islam semestinya mencari keredhaan Allah.

Di Malaysia terdapat banyak Hotel2 yang mengadakan majlis berbuka puasa. Tetapi belum tentu hotel2 itu memiliki sijil halal yang dikeluarkan oleh Jakim. Maka, Jakim telah pun mewujudkan satu senarai lengkap hotel2 yang telah mendapat sijil halal Jakim. Apa yang korang perlu buat.. Klik je pautan yang aku berikan..


Berikut adalah contoh website Jakim apabila korang klik pada pautan di atas. Korang boleh pilih mana negeri yang korang suka.. Sebagai contoh, aku klik Selangor.. 



Read more...

Sahur & Air Buah

Tuesday 1 July 2014



Alhamdulillah.. Akhirnya Ramadhan kembali. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan kebaikkan. Marilah kita sama2 mencari kebaikkan dan keredhaan Allah SWT. 

Sempena Ramadhan ini, aku nak berkongsi Tips ketika bersahur. Yang mana, sahur merupakan elemen penting di dalam kita mengerjakan ibadat puasa. Bagi tahun 2014, fenomena El Nino dijangkakan pada Jun sehingga September. Yang mana, kita juga akan berpuasa pada bulan tersebut.

Antara nasihat pakar dietetik, kita perlu minum air buah2an segar ketika bersahur. Kerana buah2an ini mengandungi pelbagai zat, vitamin dan serat yang diperlukan dalam badan supaya kita kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Ini adalah untuk mengelakkan dehidrasi yang mungkin terjadi.






Read more...

Johor Darul Takzim Juara Liga Super

Thursday 26 June 2014



Akhirnya.. penantian 23 tahun akhirnya berbalas. Tahniah!! kepada pasukan JDT kerana menjuarai Liga Super 2014. Dengan pelaburan yang besar serta komitmen YAM Tunku Mahkota Johor, akhirnya JDT merealisasikan impian untuk menjadi Juara Liga uUper 2014.

Dengan kemenagan ini juga menjadikan JDT wakil kedua dari Malaysia layak ke Piala AFC tahun depan. Semoga JDT dapat mengharumkan nama Malaysia dipersada Asia.





Read more...

Status Halal Date & Fate Part 2

Thursday 19 June 2014



Meragukan!!! Itu la istilah tepat yang dapat aku simpulkan mengenai Status Halal Date & Fate. Nak tau kenapa?? Sebagai penjual produk ini, aku akan cuba dapatkan kepastian mengenai Status Halal sesuatu produk. Begitu juga dengan Date & Fate ini.  Berikut adalah email yang aku perolehi dari HFCI yang beroperasi di Malaysia..




Maknanya dorang menggunakan logo Halal HFCI secara tidak sah. Dan status Halal yang digunakan amat meragukan. Apa yang perlu kita buat?? Sebagai islam, kita harus berpikir secara waras.. Benda yang meragukan hendaklah dijauhi... 

Read more...

The Last Game By Nike

Wednesday 11 June 2014



Nike merupakan jenama yang gah dipersada bola sepak dunia. Dengan bermulanya Piala Dunia 2014, Nike telah membuat satu video yang awesome untuk tontonan peminat Piala Dunia. Dengan menggunakan grafik pemain bola sepak ternama seperti Cristian Ronaldo, Neymar, Frank Ribery, Wayne Rooney dan ramai lagi.





Read more...

Tinted Kereta Anda??

Monday 9 June 2014



rasanya kebanyakkan anda telah pun mengetahui tentang peraturan baru JPJ mengenai tinted kereta. Yang mana telah disemak dan akan dikuatkuasakan oleh JPJ. Rasanya peraturan baru JPJ ini ok berbanding peraturan lama. Yang mana, kadar ketelusan tinted telah pun dinaikkan bagi kenderaan awam. Berikut adalah peraturan baru JPJ..


Jika dilihat gambar contoh diatas.. adalah kenderaan Toyota Velfire. Maybe sebab ramai pengguna di Malaysia yang mengguna Toyota Vellfire.. Hehehe..Apapun tahniah kepada JPJ sebab mendengar luahan dan komen para pengguna kenderaan dan menetapkan peraturan baru ini.. 


Read more...

Piala Dunia 2014 Kumpulan C



Kumpulan C Piala Dunia 2014 merupakan kumpulan yang seimbang dari segi kekuatan. Colombia, Japan, Ivory Coast dan Greece. Bagi aku, aku menjangkakan Ivory Coast dan Colombia akan mara ke pusingan kedua.. Hehe

COLOMBIA

IVORY COAST

GREECE

JAPAN

BERIKUT ADALAH JADUAL PERLAWANAN BAGI KUMPULAN C.
WAKTU MALAYSIA

15 JUNE 2014
0000 - Colombia VS Greece
0900 - Ivory VS Japan

20 JUNE 2014
0000 - Colombia VS Ivory
0600 - Japan VS Greece

25 JUNE 2014
0400 - Japan VS Colombia
0400 - Greece VS Ivory



Read more...

Piala Dunia 2014 Kumpulan B

Thursday 5 June 2014



Kumpulan B untuk Piala Dunia 2014 kali ini dianggotai oleh Sepanyol, Belanda, Chile dan Australia. Dari segi kekuatan, nampaknya Sepanyol dan Belanda merupakan favourite untuk ke pusingan kedua. Tetapi kekuatan Chile dan Australia juga tidak boleh dipandang rendah.

Untuk sepakmula yang pertama bagi kumpulan B memang menarik sebab mempertemukan Finalis 2010 iaitu Sepanyol dan Belanda. Sudah pasti kedua2 pasukan yang memberikan pertembungan yang menarik. Belanda sudah pasti ingin membalas dendam atas kekalahan pada tahun 2010.

SPAIN

NETHERLANDS

CHILE

AUSTRALIA

BERIKUT ADALAH JADUAL PERLAWANAN BAGI KUMPULAN B.
MASA MALAYSIA

14 JUNE 2014
0300 - SPAIN vs NETHERLANDS
0600 - AUSTRALIA vs CHILE

19 JUNE 2014
0000 - AUSTRALIA vs NETHERLANDS
0300 - SPAIN vs CHILE

24 JUNE 2014
0000 - AUSTRALIA vs SPAIN
0000 - NETHERLANDS vs CHILE



Read more...

Piala Dunia 2014 Kumpulan A

Wednesday 4 June 2014



Mulai hari ini, aku akan memperkenalkan senarai skuad Piala Dunia setiap kumpulan bermula dengan Kumpulan A iaitu Brazil, Crotia, Mexico dan Cameroon. 

Bagi kumpulan ini, Brazil dan Crotia adalah favourite untuk melayakkan diri ke pusingan kedua. Cameroon pula adalah pasukan yang di anggap lemah berbanding tiga negara lain. Tetapi kita perlu ingat, dalam bola sepak segala kemungkinan boleh berlaku. 

BRAZIL

CROTIA

MEXICO

CAMEROON

BERIKUT ADALAH JADUAL PERLAWANAN BAGI KUMPULAN A. 
MASA ADALAH WAKTU MALAYSIA

13 June 2014 - 0400 - BRA vs CRO
14 June 2014 - 0000 - MEX vs CAM
18 June 2014 - 0300 - BRA vs MEX
19 June 2014 - 0600 - CRO vs CAM
24 June 2014 - 0400 - BRA vs CAM
24 June 2014 - 0400 - CRO vs MEX





Read more...

Piala Dunia 2014



Demam Piala Dunia 2014 semakin menghampiri kita. Yang mana, Jumaat ini iaitu 12 Jun 2014 akan dirasmikan acara paling berprestij iaitu Piala Dunia FIFA 2014 yang diadakan di Brazil. Bagi peminat bola sepak di Malaysia, sudah pasti tertunggu2 acara ini. Setiap peminat pasti memilih pasukan pilihan tersendiri.

Terdapat 32 Pasukan yang layak bertanding di pusingan akhir Piala Dunia di Brazil. Antaranya.. Brazil, Sepanyol, England, Germany, Belanda, Japan dan lain2. 


Aku merupakan peminat utama bagi Germany dan Belanda (The Oranje). Harapkan tahun ni tahun gemilang buat pasukan kesukaan aku.. Hehe..






Read more...

Status Halal KFlower Fiber Wheat




KFlower Fiber Wheat merupakan satu lagi produk keluaran People Republic of China (PRC) yang sedang meningkat naik permintaan dan dijual di Malaysia. 

Jika sebelum ni, aku ada mengupas tentang status Halal Twinfish Oat Choco, CVMallow Oat Wheat dan Date & Fate Oat Chocolate.. Maka kali ni, aku akan turut mengupas tentang status Halal bagi KFlower Fiber Wheat. Orang kata untuk berlaku adil dengan semua produk yang ada di pasaran.

Produk ini dibuat oleh CHAON SANYANG FOODS CO LTD dan diimport oleh HPG MARKETING (M) SDN BHD yang berdaftar di Batu Caves Selangor. Manakala logo Halal yang digunakan adalah seperti berikut..


Tanda Halal yang digunakan adalah dikeluarkan oleh satu syarikat persijilan halal yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Yang mana, syarikat ini adalah ahli kepada World Halal Council tetapi TIDAK diiktiraf oleh JAKIM. 


Oleh yang demikian, jika anda berasa was2 atau ragu mengenai status Halal yang ada pada produk KFlower Fiber Wheat, boleh la mendapatkan pengesahan dari syarikat persijilan Halal (gambar di atas). Adalah menjadi kewajipan kita sebagai umat yang beragama Islam untuk mendapatkan makanan yang Halal lagi suci.




Read more...

KFlower Fiber Wheat

Friday 23 May 2014



Seperti yang kita tahu, sejak akhir2 ni.. produk berasaskan oat dan wheat menjadi kegilaan ramai orang. Baik yang ingin diet atau pun untuk gudap2 harian. Anak2 pun suka terutamanya yang berasaskan coklat.

KFlower Fiber Wheat merupakan salah satu lagi produk yang tengah kebabom.. Permintaan yang tinggi terutama bagi yang mempunyai anak. Dengan rasa coklat cair ditengah, fiber wheat merupakan pilihan yang tepat bagi penggemar oat dan wheat produk.

KFlower Fiber Wheat mempunyai 2 perisa iaitu coklat dan susu. Bagi penggemar coklat, sudah pasti coklat menjadi pilihan utama. Manakala, bagi yang suka kelainan, perisa susu yang diadun bersama wheat memang sedap dan sedap sangat!



Read more...

Twinfish Oat Chocolate

Monday 19 May 2014



Twinfish merupakan satu jenama popular bagi penggemar oat. Selain daripada Oat Choco, Twinfish juga ada satu lagi produk iaitu Oat Chocolate (Lihat gambar di atas). 

Oat Chocolate adalah sejenis oat yang sama seperti Oat Choco cuma bezanya adalah bentuknya sahaja. Oat Chocolate berbentuk hati (Love) berbanding Oat Choco berbentuk bar. Mempunyai rasa yang sama cuma Oat Chocolate lebih rangup (Crispy).

Ianya dibungkus seperti gula2 dan pek berwarna merah. Ianya sudah pasti dapat menarik perhatian bagi penggemar oat. Sila lawati FB page kami..




Read more...

Status Halal Date & Fate Oat Chocolate

Thursday 15 May 2014



Untuk berlaku adil pada semua produk oat yang ada dipasaran, kali ni aku akan cuba kupas berkenaan status Halal bagi produk Date & Fate Oat Chocolate. Seperti yang kita sedia maklum, bahawa kebanyakkan produk oat yang dipasarkan di Malaysia di bawa dari Negara China.

Bagi Date & Fate pula, status Halal yang ditunjukkan pada kotak produk adalah seperti di atas iaitu dari Halal Food Council International (Malaysia & Asian Region). Setelah di Google.. kami dapati HFCI merupakan ahli gabungan World Halal Council (WHC). Boleh klik World Halal Council



Walaubagaimanapun, apabila disemak di laman web Halal Malaysia, nampaknya Status Halal yang dikeluarkan oleh HFCI tidak diiktiraf oleh Jakim. Akan tetapi, bila ianya tidak diiktiraf oleh Jakim, bukan membawa maksud produk ini TIDAK HALAL.. Jangan salah anggap yer.. 




Bagi yang ingin lebih maklumat mengenai status halal produk ini.. Boleh la menghubungi Halal Food Council International yang mempunyai pejabat di Bandar Utama, Petaling Jaya untuk pengesahan. Kalau boleh minta sijil sekali... Hehehe.




Read more...

Iklan :: CPUV Dari Nuffnang

Wednesday 14 May 2014


Untuk kali ke-2 tahun 2014 ni, Nuffnang memberi penghargaan kepada blog aku. Syukur Alhamdulillah walaupun blog aku bukannya blog yang ramai giler visitor. Dan income yang aku dapat dari program CPUV Nuffnang pun takde la sampai beribu2 lemon.. Cuma terasa cukup bangga bila terpilih..


Kali ni untuk kempen Oreo Better Together.. Hopefully, campaign kali ni aku boleh dapat beribu2 lemon income dari nuffnang.. Hahaha... Anyway, Thanks to Nuffnang kerana memilih blog aku.. 

Meh layan Video Oreo Better Together..



Read more...

Date & Fate Oat Chocolate


Kali ni aku nak citer pasal Oat Chocolate Date & Fate. Kalau korang nak tau, Date & Fate ni adalah Jenama dan bukannya Date (kurma) yer. Ramai yang salah sangka dan ingat oat ni mengandungi kurma. So, Oat Chocolate ni memang takde kandungan kurma. Jangan terkeliru.. 

Sebab ramai yang terkeliru dengan penggunaan nama Date & Fate.. Aku pun pernah tertipu semasa membeli produk ni.. Ingatkan ada kurma.. Hehe. So, secara betulnya Date & Fate adalah jenama Oat Chocolate. Yang memang terasa kesedapan oat bersalut coklat.Yang pasti kanak2 amat suka..



Bagi yang nak membeli.. boleh la datang / lawat FB page kami..



Read more...

Status Halal Oat & Wheat Bar

Tuesday 6 May 2014


Kalau semalam aku bercerita berkenaan status halal Twinfish Oat Choco.. Harini pulak aku nak cerita pasal status halal jugak tapi untuk produk CVMallow Oat & Wheat.. Ini merupakan saingan kepada Oat Choco..

Untuk pengetahuan korang, Oat & Wheat ni dibuat dan dikilangkan di Malaysia.. Rasanya di Bandar Seri Alam yang terletak di Masai, Johor. Oleh itu.. Halal yang dimiliki oleh CVMallow Oat & Wheat ni adalah dikeluarkan oleh JAKIM.

Korang boleh periksa status Halal di website http://www.halal.gov.my 

Korang hanya perlu masukkan maklumat carian CVMALLOW.. 



UPDATE.. Screen Shot Dari Web Halal.Gov.My




Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP