Showing posts with label Oat Choco. Show all posts
Showing posts with label Oat Choco. Show all posts

Status Halal KFlower Fiber Wheat

Wednesday, 4 June 2014




KFlower Fiber Wheat merupakan satu lagi produk keluaran People Republic of China (PRC) yang sedang meningkat naik permintaan dan dijual di Malaysia. 

Jika sebelum ni, aku ada mengupas tentang status Halal Twinfish Oat Choco, CVMallow Oat Wheat dan Date & Fate Oat Chocolate.. Maka kali ni, aku akan turut mengupas tentang status Halal bagi KFlower Fiber Wheat. Orang kata untuk berlaku adil dengan semua produk yang ada di pasaran.

Produk ini dibuat oleh CHAON SANYANG FOODS CO LTD dan diimport oleh HPG MARKETING (M) SDN BHD yang berdaftar di Batu Caves Selangor. Manakala logo Halal yang digunakan adalah seperti berikut..


Tanda Halal yang digunakan adalah dikeluarkan oleh satu syarikat persijilan halal yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Yang mana, syarikat ini adalah ahli kepada World Halal Council tetapi TIDAK diiktiraf oleh JAKIM. 


Oleh yang demikian, jika anda berasa was2 atau ragu mengenai status Halal yang ada pada produk KFlower Fiber Wheat, boleh la mendapatkan pengesahan dari syarikat persijilan Halal (gambar di atas). Adalah menjadi kewajipan kita sebagai umat yang beragama Islam untuk mendapatkan makanan yang Halal lagi suci.




Read more...

KFlower Fiber Wheat

Friday, 23 May 2014



Seperti yang kita tahu, sejak akhir2 ni.. produk berasaskan oat dan wheat menjadi kegilaan ramai orang. Baik yang ingin diet atau pun untuk gudap2 harian. Anak2 pun suka terutamanya yang berasaskan coklat.

KFlower Fiber Wheat merupakan salah satu lagi produk yang tengah kebabom.. Permintaan yang tinggi terutama bagi yang mempunyai anak. Dengan rasa coklat cair ditengah, fiber wheat merupakan pilihan yang tepat bagi penggemar oat dan wheat produk.

KFlower Fiber Wheat mempunyai 2 perisa iaitu coklat dan susu. Bagi penggemar coklat, sudah pasti coklat menjadi pilihan utama. Manakala, bagi yang suka kelainan, perisa susu yang diadun bersama wheat memang sedap dan sedap sangat!



Read more...

Twinfish Oat Chocolate

Monday, 19 May 2014



Twinfish merupakan satu jenama popular bagi penggemar oat. Selain daripada Oat Choco, Twinfish juga ada satu lagi produk iaitu Oat Chocolate (Lihat gambar di atas). 

Oat Chocolate adalah sejenis oat yang sama seperti Oat Choco cuma bezanya adalah bentuknya sahaja. Oat Chocolate berbentuk hati (Love) berbanding Oat Choco berbentuk bar. Mempunyai rasa yang sama cuma Oat Chocolate lebih rangup (Crispy).

Ianya dibungkus seperti gula2 dan pek berwarna merah. Ianya sudah pasti dapat menarik perhatian bagi penggemar oat. Sila lawati FB page kami..




Read more...

Date & Fate Oat Chocolate

Wednesday, 14 May 2014


Kali ni aku nak citer pasal Oat Chocolate Date & Fate. Kalau korang nak tau, Date & Fate ni adalah Jenama dan bukannya Date (kurma) yer. Ramai yang salah sangka dan ingat oat ni mengandungi kurma. So, Oat Chocolate ni memang takde kandungan kurma. Jangan terkeliru.. 

Sebab ramai yang terkeliru dengan penggunaan nama Date & Fate.. Aku pun pernah tertipu semasa membeli produk ni.. Ingatkan ada kurma.. Hehe. So, secara betulnya Date & Fate adalah jenama Oat Chocolate. Yang memang terasa kesedapan oat bersalut coklat.Yang pasti kanak2 amat suka..



Bagi yang nak membeli.. boleh la datang / lawat FB page kami..



Read more...

Status Halal Oat & Wheat Bar

Tuesday, 6 May 2014


Kalau semalam aku bercerita berkenaan status halal Twinfish Oat Choco.. Harini pulak aku nak cerita pasal status halal jugak tapi untuk produk CVMallow Oat & Wheat.. Ini merupakan saingan kepada Oat Choco..

Untuk pengetahuan korang, Oat & Wheat ni dibuat dan dikilangkan di Malaysia.. Rasanya di Bandar Seri Alam yang terletak di Masai, Johor. Oleh itu.. Halal yang dimiliki oleh CVMallow Oat & Wheat ni adalah dikeluarkan oleh JAKIM.

Korang boleh periksa status Halal di website http://www.halal.gov.my 

Korang hanya perlu masukkan maklumat carian CVMALLOW.. 



UPDATE.. Screen Shot Dari Web Halal.Gov.My




Read more...

Status Halal Twinfish Oat Choco

Monday, 5 May 2014


Nak share pasal Twinfish Oat Chocolate Choco.. Sebab ada jugak yang bertanya mengenai status halal oat ni.. Sebab produk ni bukan dari Malaysia..

Dari apa yang aku dapat dari FB Page Oat Choco (Twinfish).. Memang dorang dah bagi penjelasan mengenai status Halal produk ni.. berikut antara penjelasan Oat Choco..

"The factory producing OAT Choco has been certified by ARA Halal Development Services Center in Zhengzhou, China on 26 February 2014. All OAT Choco shipped from March 2014 onwards will be displaying the new logo. The certificate number issued to the factory bears the number: ARA-9011595-1402, which is attached here for your reference.

ARA Halal Development Services Center has been listed as recognised (diiktiraf) foreign islamic body by JAKIM in their Feb 2014 listing."


Kalau masih lagi ragu2.. boleh rujuk kepada JAKIM untuk semakan.. kadanf2 kita tak boleh terima bulat2 apa yang dorang kata.. kan..kan..


Latest Update... Screen Shot Dari Web Halal.Gov.My







Read more...

Oat Choco & Oat Wheat

Friday, 2 May 2014





Rasanya kat luar tu mesti tecari-cari makanan sepeti gambar di atas kan..Aku post dalam blog aku ni sebab mambantu Wife aku berniaga.. So wife aku memang menjual Oat Choco dan Oat Wheat. So, Kalau korang berminat, apa kata korang lawat FB Page Oat Choco Halal.. Klik je OAT CHOCO HALAL


Antara produk yang kami jual adalah Twinfish Oat Choco, CVMallow Oat Wheat, Date & Fate.. Korang visit je page FB yang aku beri. Klik je kat link atas tu.. OK??


Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP