Status Halal KFlower Fiber Wheat

Wednesday, 4 June 2014




KFlower Fiber Wheat merupakan satu lagi produk keluaran People Republic of China (PRC) yang sedang meningkat naik permintaan dan dijual di Malaysia. 

Jika sebelum ni, aku ada mengupas tentang status Halal Twinfish Oat Choco, CVMallow Oat Wheat dan Date & Fate Oat Chocolate.. Maka kali ni, aku akan turut mengupas tentang status Halal bagi KFlower Fiber Wheat. Orang kata untuk berlaku adil dengan semua produk yang ada di pasaran.

Produk ini dibuat oleh CHAON SANYANG FOODS CO LTD dan diimport oleh HPG MARKETING (M) SDN BHD yang berdaftar di Batu Caves Selangor. Manakala logo Halal yang digunakan adalah seperti berikut..


Tanda Halal yang digunakan adalah dikeluarkan oleh satu syarikat persijilan halal yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Yang mana, syarikat ini adalah ahli kepada World Halal Council tetapi TIDAK diiktiraf oleh JAKIM. 


Oleh yang demikian, jika anda berasa was2 atau ragu mengenai status Halal yang ada pada produk KFlower Fiber Wheat, boleh la mendapatkan pengesahan dari syarikat persijilan Halal (gambar di atas). Adalah menjadi kewajipan kita sebagai umat yang beragama Islam untuk mendapatkan makanan yang Halal lagi suci.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP