Motor :: Redza Motorcycle

Monday 23 July 2012



Redza Motorcycle merupakan nama baru di dalam dunia permotoran Malaysia. bagi peminat motorcycle, sudah pasti nama Redza Motorcycle sudah mula kedengaran. Ianya merupakan satu syarikat milik penuh anak Malaysia. Mengikut cerita yang diterima, Redza Motorcycle mengadaptasi rekabentuk dari Itali, manakala enjinnya pula dari Jepun. 

Redza Motorcycle secara rasminya telah melancarkan 3 model utama iaitu Velocita (250cc), Bellisimo (250) dan Reena Scooter (300cc). Harga yang ditawarkan adalah berpatutan iaitu bermula dengan RM9,999 sehingga RM11,999.

Aku telah berkesempatan untuk melawat khemah pameran Redza Motocycle yang dibuka di Tesco Puchong pada sabtu lepas. Aku juga berkempatan untuk test ride Bellisimo.. Hehe. 

 Velocita 250

Pandangan Depan Velocita 250

Bellisimo 250

Pandangan depan Bellisimo

Apa yang mearik tentang Redza Motorcyle iaitu pembeli boleh memilih sendiri warna kesukaan untuk motosikal. Terpulang kepada minat masing2.. Bestkan..??

Bagi yang berkemampuan dan teringin sesuatu yang baru, rasanya Redza Motorcycle menawarkan model yang berkuasa dan bergaya.. Korang boleh melawat Redza Motorcycle untuk maklumat lanjut.

Read more...

Selamat Berpuasa

Saturday 21 July 2012


Selamat berpuasa di bulan Ramadhan kepada semua pembaca Blog MyZamri. Semoga Ramadhan kali ini memberikan pelbagai kenikmatan dan keberkatan kepada kita semua. Insya Allah.. Amin!

Read more...

Kereta :: Honda CRZ

Thursday 19 July 2012


Akhirnya honda telah melancarkan model CRZ automatik. Ini merupakan salah satu model yang dinantikan bagi peminat kereta sukan. Seperti yang kita tahu, CRZ merupakan model kereta sukan berkuasa Hybrid. Walaupun ianya Hybrid, kereta ini mampu bergerak dengan kelajuan 180km/j. Dengan Harga RM119K, Honda CRZ mampu menjadi salah satu kereta pilihan ramai.

Sabtu lepas, aku berkesempatan pergi ke showroom Honda di Glenmarie untuk melihat dengan mata sendiri Honda CRZ ini. Sememangnya CRZ memiliki daya penarik. Kena pulak CRZ yang dipamerkan berwarna merah.. Perghh!!! memang cun giler.. Hehe. Korang tengok la sendiri..

Pandangan Depan

Pandangan Belakang

Enjin

Interior

Senang kata, Honda CRZ ini memang pilihan aku kalau aku ada duit yang banyak. Dengan pelbagai ciri dan jaminan 5 Tahun yang ditawarkan, sememangnya Honda CRZ merupkan pilihan terbaik bagi kategori kereta sukan berkuasa Hybrid..



Read more...

Makan :: Starbuck

Tuesday 17 July 2012


Jumaat lepas aku and famili berkesempatan pergi ke Starbuck AEON Anggun Rawang.. Kira dah macam jadi acara rutin pulak pergi ke starbuck.. Seperti biasa, kitaorang akan order Frapucinno dan Red Velvet Cake. Macam biasa la.. semuanya licin.. Hahaha..

Java Chip Coffee

 Caramel Coffee

Red Velvet Cake

Oppss.. lupa nak bagitau korang.. Starbuck ada buat promosi 50% for minuman terutamanya frapucino.. Bagi member setiap hari Rabu & Jumaat.. Manakala bukan members setiap hari jumaat sahaja. Time pula.. Start dari 5.00PM - 7.00PM.. So, bagi yang berkesempatan.. apa lagi.. mari serbu starbuck..

Read more...

Kereta :: VW Scirocco R

Friday 13 July 2012


Bagi peminat kereta sport @ kereta sukan, sudah pasti VW Scirocco R ini menjadi idaman dan kegilaan. Dengan design yang unique dan berkuasa, VW Scirocco R menjanjikan seribu kepuasan kepada pemilik kereta sukan ini.. Jom la layan gambar yang aku amik semasa pameran VW di AEON Bukit Tinggi..

 Pandangan Depan

 Pandangan Belakang

 Dalaman Yang Menarik

memang terbaek!!!

Bila la agaknya aku boleh beli.. Hehe.. Esok?? Lusa?? Nantikan update aku..

Read more...

Savvy Turbo Part VII

Wednesday 11 July 2012

Akhirnya.. Savvy aku masuk dalam bengkel disebabkan masalah drive shaft yang berbunyi ketika membelok ke kanan. Setelah diperiksa oleh pomen, dia memberitahu bahawa shaft luar sebelah kiri telah rosak dan perlu diganti. Aku pun bersetuju untuk menukar shaft luar disamping aku suruh pomen check sekali shaft dalam..

 Shaft Dalam - Starlet

Shaft Luar - Savvy

Korang faham tak apa yang aku cuba terangkan dalam dalam gambar di atas?? Kalau korang tak faham.. korang boleh tanya aku.. Insya Allah, aku akan berkongsi selanjutnya info yang berkaitan. Secara basicnya, drive shaft bagi savvy convert starlet, memang perlu menukar drive shaft.. samada nak buat baru atau potong sambung.. sebabnya shaft original savvy atau starlet memang tidak boleh digunakan.. 

kalau masih tak faham jugak.. jangan malu jangan segan.. tanya je aku.. Aku sedia membantu..


Read more...

Kereta :: VW Polo Sedan

Tuesday 10 July 2012


Seperti yang diketahui ramai, VW telah melancarkan versi Polo Sedan di Malaysia pada bulan April 2012. Rasanya belum terlambat untuk aku mencoretkan serba sedikit mengenai VW Polo Sedan. Pada 1 Julai 2012 yang lepas, aku berkesempatan untuk melihat secara langsung VW Polo Sedan yang dipamerkan di AEON Bukit Tinggi. Untuk maklumat lanjut mengenai VW Polo Sedan, korang boleh lawati laman sesawang VW Malaysia.

Berikut adalah gambar yang sempat aku ambil utnuk tatapan korang semua..

 Pandangan Depan

 Pandangan Sisi

Pandangan Belakang

 Enjin berkuasa 1.6

Interior Yang kemas 

Panel Yang Simple 

Gear Console 

Panel Meter

Bagi korang yang inginkan kelainan, pastinya VW Polo Sedan ini boleh menjadi salah satu pilihan terbaik. Dengan harga dibawah RM100K serta pemanduan Eropah.. Fikir2kan la.. Hehe..

Read more...

Makan :: Birthday Cake Baskin Robbins

Saturday 7 July 2012


Setelah sekian lama aku mengidam nak makan Ice Cream Cake Baskin Robbins, akhirnya tercapai.. Sebab wife aku telah membeli SEBIJI.. diulang lagi sekali.. SEBIJI.. Ice Cream Cake Baskin Robbins sempena bestday aku pada 5 July 2012.. Thanks sayang..

Aku takmoh cerita banyak pasal cake ni.. sebab ianya memang Ice Cream Cake yang sangat sedap.. Kalau KFC dengan motto Sehingga Menjilat Jari.. Untuk yang ni aku berani kata Sehingga Menjilat Tangan.. Hahaha..










Apa pun, tahun ni genap sudah umur aku 36 tahun.. Wahhh!!! lagi 4 Tahun nak masuk 40 tahun. nampaknya aku kena berusaha lebih keras untuk mencapai apa yang masih aku belum capai.. 

Read more...

Aksesori :: Timberland Sandal

Wednesday 4 July 2012


Aku merupakan peminat barangan Timberland. Daripada beg galas, pouch, t-shirt, kemeja, jeans, tali pinggan, sandal, kasut dan sebagainya.. Walaupun harganya kadang2 tak masuk akal, sebagai peminat barangan Timberland, aku tak kisah tentang harga.. Yang penting adalah kepuasan apabila memilikinya..

Untuk kali ni, aku akan berkongsi tentang sandal Timberland yang aku beli beberapa minggu lepas. Aku memang dah lama cari sandal untuk kegunaan harian.. Oleh itu, aku telah menjelajah hampir semua Timberland outlet bagi mencari sandal yang bersesuaian dengan citarasa aku..

Akhirnya.. aku telah menjumpai sandal ini.. Taraaa....




 

Apa yang boleh aku kongsikan adalah.. sandal Timberland ni memang terbaek!! hehe.. Sebagai pengguna dan penggemar barangan Timberland, aku memang rekomen pada sesiapa yang ingin menggunakan barangan Timberland..

Read more...

Bulan :: Julai 2012

Monday 2 July 2012


Seperti yang kita ketahui, sekarang sudah masuk separuh kedua bagi tahun 2012.. Pelbagai peristiwa baik yang manis, pahit atau sebagainya telah kita lalui dari Januari 2012 sehingga Jun 2012. Tidak kurang juga pelbagai pencapaian yang mungkin telah kita capai.. Tahniah diucapkan..

Bagi aku, Julai ini akan genap la umur aku 36tahun iaitu pada 5 Julai 2012 bersamaan 13 Syaban 1433H. Ini bermakna umur semakin meningkat dan adakah aku telah bersedia untuk memasuki alam 40an?? Hehe.. Yang pasti, nak tak nak.. kita akan tetap akan mencapai umur 40 tahun.. Jika diizinkan olehNya..

Julai 2012 juga merupakan bulan bermulanya umat Islam berpuasa iaitu bulan Ramadhan,, Jika mengikut kalendar, umat Islam dijangka akan mula berpuasa pada 21 Julai 2012 (Sabtu). Semoga kita semua akan terus menerima rahmat dari Allah.. Amin!

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP