Showing posts with label Julai. Show all posts
Showing posts with label Julai. Show all posts

Makan :: Birthday Cake Baskin Robbins

Saturday, 7 July 2012


Setelah sekian lama aku mengidam nak makan Ice Cream Cake Baskin Robbins, akhirnya tercapai.. Sebab wife aku telah membeli SEBIJI.. diulang lagi sekali.. SEBIJI.. Ice Cream Cake Baskin Robbins sempena bestday aku pada 5 July 2012.. Thanks sayang..

Aku takmoh cerita banyak pasal cake ni.. sebab ianya memang Ice Cream Cake yang sangat sedap.. Kalau KFC dengan motto Sehingga Menjilat Jari.. Untuk yang ni aku berani kata Sehingga Menjilat Tangan.. Hahaha..










Apa pun, tahun ni genap sudah umur aku 36 tahun.. Wahhh!!! lagi 4 Tahun nak masuk 40 tahun. nampaknya aku kena berusaha lebih keras untuk mencapai apa yang masih aku belum capai.. 

Read more...

Bulan :: Julai 2012

Monday, 2 July 2012


Seperti yang kita ketahui, sekarang sudah masuk separuh kedua bagi tahun 2012.. Pelbagai peristiwa baik yang manis, pahit atau sebagainya telah kita lalui dari Januari 2012 sehingga Jun 2012. Tidak kurang juga pelbagai pencapaian yang mungkin telah kita capai.. Tahniah diucapkan..

Bagi aku, Julai ini akan genap la umur aku 36tahun iaitu pada 5 Julai 2012 bersamaan 13 Syaban 1433H. Ini bermakna umur semakin meningkat dan adakah aku telah bersedia untuk memasuki alam 40an?? Hehe.. Yang pasti, nak tak nak.. kita akan tetap akan mencapai umur 40 tahun.. Jika diizinkan olehNya..

Julai 2012 juga merupakan bulan bermulanya umat Islam berpuasa iaitu bulan Ramadhan,, Jika mengikut kalendar, umat Islam dijangka akan mula berpuasa pada 21 Julai 2012 (Sabtu). Semoga kita semua akan terus menerima rahmat dari Allah.. Amin!

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP