Motor :: Redza Motorcycle

Monday 23 July 2012



Redza Motorcycle merupakan nama baru di dalam dunia permotoran Malaysia. bagi peminat motorcycle, sudah pasti nama Redza Motorcycle sudah mula kedengaran. Ianya merupakan satu syarikat milik penuh anak Malaysia. Mengikut cerita yang diterima, Redza Motorcycle mengadaptasi rekabentuk dari Itali, manakala enjinnya pula dari Jepun. 

Redza Motorcycle secara rasminya telah melancarkan 3 model utama iaitu Velocita (250cc), Bellisimo (250) dan Reena Scooter (300cc). Harga yang ditawarkan adalah berpatutan iaitu bermula dengan RM9,999 sehingga RM11,999.

Aku telah berkesempatan untuk melawat khemah pameran Redza Motocycle yang dibuka di Tesco Puchong pada sabtu lepas. Aku juga berkempatan untuk test ride Bellisimo.. Hehe. 

 Velocita 250

Pandangan Depan Velocita 250

Bellisimo 250

Pandangan depan Bellisimo

Apa yang mearik tentang Redza Motorcyle iaitu pembeli boleh memilih sendiri warna kesukaan untuk motosikal. Terpulang kepada minat masing2.. Bestkan..??

Bagi yang berkemampuan dan teringin sesuatu yang baru, rasanya Redza Motorcycle menawarkan model yang berkuasa dan bergaya.. Korang boleh melawat Redza Motorcycle untuk maklumat lanjut.

7 comments:

Hus 10 October 2012 at 20:39  

cmne rasanya naik motor ni bro?? ok x?? best x?? hehehe..

MyZamri 19 October 2012 at 11:34  

Husni Zaim : For me, Redza Motocyle ok.. Cuma dari segi performance, sy x boleh nak komen sbb Redza Motocycle ni baru lagi..

Anonymous,  21 January 2013 at 09:47  

Bro,aftersales dorang camne..benda baru , part ni ler yg paling merisaukan...designwise velocita mmg OK, cuma ekzos kalau dpt letak bawah seat lagi cun.

Anonymous,  22 January 2013 at 16:41  

lepas ushar betul2, design moto ni lebih kureng same je dgn moto2 yg dh ade kt market international..betul ke buatan Malaysia?or juz tkar branding aje?

MyZamri 25 January 2013 at 11:50  

After sale tu yang susah nak agak.. sebab lom banyak atas jalan..

Dorang kata dorang yang keluarkan motor ni.. Dr segi design or re-brand ni.. tak sure la bro..

Unknown 17 January 2015 at 04:21  
This comment has been removed by the author.
Unknown 17 January 2015 at 04:26  

BAng..ni no saye 0172429337...tolong whatsapp..saye nk tau pasal motor ni

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP