Movie Minggu Ini :: Badges Of Fury

Thursday 27 June 2013


Filem Badges of Fury akan mula ditayangkan di Malaysia mulai 27 Jun 2013. Yang mana, ianya menampilkan pelakon hebat Hong Kong iaitu Jet Li dan Weng Zhang. Bagi peminat filem kantonis, sudah pasti tidak mahu ketinggalan menyaksikan kehebatan Jet Li.

Mengisahkan tentang dua rakan polis Hong Kong, Wang dan Huang yang penuh dengan konflik. Huang muak dengan perangai Wang yang berpewatakan tidak matang dan sentiasa membawa masalah kepada mereka. Mereka kemudian berhadapan dengan satu kes pembunuhan bersiri. Selepas membuat siasatan, mereka mendapati kesemua mangsa bunuh merupakan bekas teman lelaki Liu. Untuk menangkap pembunuh tersebut, salah seorang daripada mereka perlu menyamar untuk menjadi teman lelaki Lui.



Read more...

Movie Minggu Ini :: White House Down

Wednesday 26 June 2013


White House Down merupakan filem arahan pengarag terhebat Hollywood iaitu Ronald Emmerich. Ronald Emmerich terkenal dengan filem Independent Day, 2012 dan The Days After Tomorrow. Filem ini turut dibintang pelakon hebat seperti Channing Tatum dan Jamie Foxx.

Berkisah tentang seorang polisi bernama John Cale (Channing Tatum) yang baru saja ditolak dari pekerjaan impiannya sebagai anggota Secret Service untuk melindungi Presiden Amerika Serikat, James Sawyer (Jamie Foxx).

Tak ingin mengecewakan gadis kecilnya, John Cale membawanya ke Rumah Putih, namun saat tersebut, ternyata kompleks rumah putih itu diserang oleh kelompok paramiliter bersenjata berat dan Presiden pun ditawan oleh kelompok teroris tersebut.

Kini, pemerintahan Amerika sedang jatuh dalam kekacauan dan waktu hampir habis, dan tugas John Cale untuk menyelamatkan anaknya, presiden, dan negaranya. Dapatkah John Cale melakukannya? Tunggu dan saksikan film "White House Down" di cinema kesayangan anda.

Filem ini akan mula ditayangkan pada 27 Jun 2013 di seluruh negara.


Read more...

Movie Minggu Ini :: 1 Lawan Satu



Filem ini dibintangi Mohd Mikail Andre b Nazrul Andre, Fyza Kadir, Along Eyzendy dan diarahkan oleh Pierre Andre. Ianya akan mula ditayangkan pada 27 Jun 2013.

Sinopsis filem... Salleh dibesarkan dengan ilmu mempertahankan diri yang penuh di dada warisan terunggul keluarganya. Kehilangan adiknya, Saleha telah menyebabkan ayahnya melepaskan Salleh pergi untuk membawanya pulang semula ke pangkuan keluarga mereka. 

Manakala, Radhi yang berlawan demi menyelamatkan nyawa adiknya, Sara yang sedang sakit tenat. Radhi boleh menahan sebarang hentakan pada badannya asalkan duit sebanyak RM50 ribu berjaya dikumpulnya demi pembedahan Sara.

Takdir menentukan yang dua orang pahlawan hebat ini bertemu di satu arena. Setiap tumbukan dan sepakan yang mereka terima akan menentukan nasib Saleha dan Sara. Namun mereka sedikit pun tidak berputus asa dan berlawan sehabis mungkin.






Read more...

Movie Minggu Ini :: Monsters University

Thursday 20 June 2013




Disney dan Pixar berkerjasama bagi menrbitkan filem Monster University. Yang mana akan memulakan tayanagan seluruh Malaysia pada 20 June 2013.

Ianya mengisahkan bagaimana Mike Wazowski dan James P. Sullivan adalah sepasang monster yang tidak boleh dipisahkan, tetapi itu tidak semestinya benar. Dari saat kedua-dua raksasa berpadanan bertemu mereka tidak dapat berdiri satu sama lain. "Universiti Monsters" membuka pintu kepada bagaimana Mike dan Sulley mengatasi perbezaan mereka dan menjadi yang terbaik bagi kawan-kawan.

Watak2 di dalam Monsters University


Read more...

Radio :: Hot FM

Wednesday 19 June 2013

Tak moh citer banyak.. layanzzzz...


Read more...

Movie Minggu Ini :: Tokak

Tuesday 18 June 2013


Sebuah filem terbitan MAR Energetic bertajuk Tokak akan mula ditayangkan pada 19 Jun 2013. Filem arahan Sabree Fadzil dan skrip oleh Isha MJ. Filem genre seram komedi ini membariskan pelakon seperti Airis Yasmin,  Diana Johor, Faiz Raja Lawak, Abon dan ramai lagi.

Filem ini mengisahkan seorang pengurus hotel bernama Iskandar, yang telah menjumpai sebuah kotak misteri ketika berjoging di tepi pantai. Apabila Iskandar membuka kotak misteri tersebut, satu roh telah memasuki badannya dan menyebabkan beberapa insiden pelik berlaku di hotel yang diurus olehnya. Pengunjung-pengunjung di hotel tersebut diganggu oleh satu makhluk halus. Makhluk ini hanya menokak perempuan-perempuan seramai 6 orang yang melakukan maksiat termasuk tunang Iskandar. Ada diantara mereka meninggal dunia akibat ditokak oleh makhluk tersebut. Kemunculan seorang ustaz yang diutuskan untuk mencegah perbuatan itu dan berjaya menyelamatkan tunang Iskandar daripada menjadi mangsa tokak yang terakhir. Segala kejadian misteri tersebut dapat diselesaikan. Iskandar dapat diselamatkan dan kotak misteri itu dicampak semula ke laut oleh ustaz tersebut. (Kejadian ini berlaku hanya 1 malam sahaja iaitu dari waktu Maghrib sehingga sebelum Subuh)



Read more...

Movie Minggu Ini :: World War Z


World War Z merupakan satu filem bergenre Horor dan Action. Dibarisi pelakon2 popular seperti Brad Pitt, Eric West, Mireille Enos dan ramai lagi. Marc Foster pula diberikan tanggungjawab sebagai pengarah bagi filem ini. Filem ini akan mula ditayangkan di Malaysia pada 19 Jun 2013.

Alkisah filem ini.. dimana satu pasukan zombie telah dihantar kebumi untuk memusnahkan manusia. Zombie ini telah membiak dengan pesat dan membunuh manusia sejagat. Oleh kerana keadaan semakin parah, PBB telah menghantar satu pasukan yang diketuai oleh Brad Pitt bagi mengawal dan memusnahkan zombie. Adakah Brad Pitt berjaya memusnahkan zombie tersebut?? Jawapannya boleh didapati di dalam filem World War Z..




Read more...

Makan :: Cendol Leman Dawi

Monday 17 June 2013


Cendol Leman Dawi.. Pasti korang pernah dengar. Cendol Leman Dawi sangat popular dikalangan peminat cendol. Terletak di Negeri Sembilan.. Berhampiran dengan Senawang dan Rembau. Cendol ini dikatakan amat popular sehingga pernah masuk dalam program terbitan TV3. Mari kita tengok apa yang ada di kedai cendol ini..

Menu Cendol Pilihan

Dari Kanan ; Cendol Jagung, Cendol Pulut & Cendol Kacang

Rojak Buah & Kuah Rojak

Rojak Buah
Pada sabtu yang lepas, kitaorg sekeluarga telah menghadiri Majlis Perkahwin rakan sekerja di Gemas. Selepas itu, kitaorg telah merancang untuk menikmati Cendol Leman Dawi yang dikatakan lazat sehingga menjilat sudu.. Setelah merentasi bandar Rembau, akhirnya kami tiba di tempat yang disebut2 sebagai Syurga Cendol Dunia.. Hehe

Memang terdapat ramai pengunjung yang menikmati cendol dan rojak. Yang mana, kedai ini menawarkan 3 pilihan cendol iaitu cendol jagung, cendol pulut dan cendol kacang. Yang mana, pengunjung boleh menambah  cendol ikut suka korang. Yang mana, kedai ini menyediakan santan, cendol, gula merah dan air batu. Bagi korang yang Giler Cendol, boleh menikmati sehingga muntah. Hehe

Cendol & Santan

Ais
Secara jujurnya.. Aku sebagai peminat cendol merasakan Cendol Leman Dawi bukanlah Cendol yang sedap. Yang mana, santannya cair dan gula merah yang dihasilkan begitu cair dan terasa gula pasir. Aku tidak merasakan aku akan datang lagi untuk menikmati cendol. Apa kata korang pulak???


Read more...

Samsung Galaxy S4 :: Zamri Punya

Friday 14 June 2013


Samsung Galaxy S4.. Akhirnya aku berjaya memiliki Samsung Galaxy S4.. Walaupun sebelum ini aku pernah mempunyai pengalaman pahit ketika bersama Samsung Galaxy S3. Tarikan yang terlalu kuat diberikan oleh Samsung Galaxy S4, membuatkan aku membeli handphone ini.. 

Untuk pengetahuan korang, aku merupakan pengguna iPhone 5 dan memang tidak dinafikan iPhone 5 mempunyai kekuatan tersendiri. Begitu juga dengan Samsung Galaxy S4. Cuma yang membuatkan aku membeli adalah teknology yang ditwarkan oleh Samsung. Erti kata lain, Samsung lebih advance dari Apple.. Tapi perlu diingat bahawa Apple merancang untuk mengeluarkan model terbaharu iPhone pada tahun ini. Sama2 kita nantikan..

Berikut adalah gambar Samsung Galaxy S4 di dalam tangan aku..





DIharapkan Samsung Galaxy S4 dapat memberikan kepuasan maksima kepada aku.. Harga yang ditawarkan pada aku adalah RM2199 termasuk dengan Handphone Cover dan Memory Card 16GB. Memang puas hati.. Sangat2.. Hehe. Ini pula contoh gambar yang diambil menggunakan Samsung Galaxy S4






Read more...

Samsung Galaxy S4 :: Kamera

Thursday 13 June 2013


Dianggap sebagai telefon pintar paling mesra pengguna, Samsung Galaxy S4 yang juga kesinambungan kepada rangkaian telefon pintar keluarga Galaxy ini diperkukuhkan dengan kerangka separa karbon gentian yang lebih ri­ngan dan lebih nipis. Meng­gunakan sistem operasi Android 4.2.2 Jelly Bean, diperkasa oleh pemproses Quad Core 1.9Mhz dengan skrin Super AMOLED 5 inci, ia menyokong paparan definisi ting­gi (full HD) beresolusi 1920 x 1080 piksel.

Menariknya, S4 memperkenalkan ciri istimewa de­ngan penggunaan teknologi inframerah bagi mengesan sebarang pergerakan tangan di udara termasuk pergerakan mata. Pemiliknya juga boleh membuat rakaman, menerima atau membuat panggilan video serentak menggunakan kamera belakang beresolusi 13 megapiksel dan kamera depan beresolusi dua megapiksel.



Penguji paling tertarik dengan fungsi kamera yang menjadi langkah perubahan yang besar bagi Samsung. Meskipun pe­nguji beranggapan ia bukan kamera yang terbaik dalam keluarga Android setakat ini, Samsung Galaxy S4 masih menguntungkan. Fokus kamera pantas, pemprosesan imejnya pun mantap dan terperinci. Paling menarik pastinya aplikasi dalam kamera itu sendiri.


Samsung Galaxy S4 juga mempunyai fungsi dua kamera sekali gus yang bermakna kamera belakang dan depan boleh berfungsi pada satu masa. Ia juga menawarkan beberapa pilihan ‘template’ bagi ikon kotak depan dan ‘background’. Misalnya kamera belakang merakam gambar senario seperti persekitaran manakala kamera depan merakam foto anda sendiri.


Saiz kotak bagi kamera depan boleh diubah me­ngikut kesesuaian daripada kecil hingga besar. Selain itu, terdapat ciri kamera iaitu ‘Sound and Shot’ yang merakam gambar pegun serta suara pada satu masa. Tempoh audio dirakam dalam masa sembilan saat. 


Bagi penguji, ia bersesuaian untuk anda menghantar foto kepada orang tersayang di samping pesanan suara anda dalam foto terbabit. Saiz S4 tidak ba­nyak berubah namun tahap nipis 7.9mm memang menguntungkan si pembeli selain rekaan empat segi de­ngan sedikit leng­kungan di bucu.


Namun Samsung Galaxy S4 masih ada sedikit kekurangan apabila ia tidaklah kelihatan seperti telefon pintar yang premium. Ia masih direka de­ngan plastik, betul! Plastik yang premium dan tahan lasak namun rekaan aluminium lebih baik. Manakala skrin 5.0 incinya pula sudah cukup selesa di tangan. Samsung memang pandai menghasilkan kekuatan AMOLED iaitu formula skrin yang terdapat dalam telefon ini menjadikannya terang dan terperinci.

Source: Harian Metro






Read more...

Movie Minggu Ini :: Switch

Wednesday 12 June 2013


Bagi peminat filem kantonis, minggu ini ada 1 filem kantonis akan ditayangkan di Malaysia. Filem Switch lakonan Andy Lau, Zhang Jingchu dan Chiling Lin akan mula ditayangkan di Malaysia pada 13 Jun 2013.

Filem ini mengisahkan bagaimana agen iaitu Xiao Jinhan (andy Lau) melindungi lukisan terkenal dunia "Fu Shan Chun Ju Tu" sambil dibantu oleh agen insuran iaitu Lin Yuyan (Zhang Jingchu) daripada penjahat terkenal Jepun..



Read more...

Movie Minggu Ini :: Man of Steel


Man of Steel.. ataupun dikenali sebagai Superman. Filem ini sememangnya dinanti2kan oleh pelbagai pihak. Terutama bagi peminat superman ataupun yang membesar dengan watak superman. Cuma beza kali ini, watak superman dipelbagaikan. Ianya akan ditayangkan bermula 13 June 2013. Sudah pasti ramai peminat akan menyerbu panggung2 untuk melihat aksi watak kesayangan mereka..

Filem ini dibintangi oleh Henry Cavill, Amy Adams, Michael Shanon dan ramai lagi la. Tugas pengarah diberikan kepada Zack Synder (pengarah Filem 300). Ternyata Zack Synder berjaya membawa watak Superman ke satu tahap yang berbeza..

Kisahnya dimulai dari awal yang mana Kal-El terdampar jatuh ke bumi dan dibesarkan oleh satu keluarga. Ianya juga memaparkan bagaimana Kal-El menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian di bumi. Yang mana Kal-El mempunyai kuasa yang unik berbanding manusia lain.

Ketika dunia mula diserang oleh Jeneral Zod, baru lah Clark Kent sedar bahawa kewujudan beliau di bumi adalah untuk membantu dan menyelamatkan bumi. Bermula lah aksi2 yang menarik...




Read more...

Movie Minggu Ini :: Pecah

Tuesday 11 June 2013


Filem Pecah akan mula ditayangkan di seluruh panggung di Malaysia mulai 13 Jun 2013. Filem yang diadaptasi dari novel terbitan Fixi yang ditulis oleh Khairul Nizam Bakeri.

FIlem ini dibintangi oleh pelakon2 popular tanahair iaitu Tony Eusoff, Fizz Fairuz, Izreen Azminda, Ako Mustapha dan lain2. Ianya diarahkan oleh Asrulhisyam Ahmad dan diterbitkan oleh Grand Brilliant.

Filem ini mengisahkan Herman, Alan, Radi dan Don melakukan rompakan bersenjata disebuah bank. Mereka sempat melarikan wang rompakan dan pada masa yang sama, Alan telah ditembak ketika operasi rompakan dilakukan. Kemudian, mereka sepakat untuk membawa Alan ke Hospital bagi mendapatkan rawatan. Pelbagai kejadian terjadi.. satu persatu PECAH...

Plot utama filem ini adalah bagaimana Herman (Tony Eusoff) membalas dendam terhadap terhadap lelaki yang menjalinkan hubungan dengan isterinya (Izreen Asmida).






Read more...

Broadband :: Digi Postpaid

Monday 10 June 2013

Aku merupakan pengguna tegar Maxis. Baik telephone ataupun broadband sejak dulu lagi. Tetapi semenjak akhir2 ni, Maxis nampaknya gagal menawarkan perkhidmatan yang baik terutamanya broadband. Nak kata aku tinggal jauh pendalaman, tak jugak.. sebab aku tinggal berhampiran Kampus Induk UITM Puncak Alam. Tapi line maxis memang teruk apabila malam.. Huhu..

Oleh itu, aku telah mencuba broadband Celcom. Nama yang gah bagi dunia telekomunikasi terutama dari segi coverage.. Rupanya indah kabar dari rupa.. Coverage memang gempak tapi internet speed yang aku perolehi dikawasan aku lebih teruk dari Maxis.. Dah la aku amik data plan yang ada kontrak.. Nak tak nak aku rela bayar Pampasan RM200 untuk terminate servis yang ntah apa2 dari Celcom..

Kemudian.. aku mencuba DiGi.. bermula dengan prepaid broadband.. Alhamdulillah.. speed internet yang aku dapat memadai walaupun tidak selaju yang diharapkan. Setelah mencuba selama sebulan, aku terus mendapatkan khidmat broadband DiGi secara postpaid..


Aku amik Plan Broadband 4GB dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM50. Yang mana, tiada sebarang kontrak dan bil setiap bulan akan ditolak RM5 dari bayaran pendahuluan. Alhamdulillah.. DiGi masih memberikan speed internet yang memuaskan hati aku setakat ini.. :)


Read more...

Samsung Galaxy S4 :: Smart Stay & Smart Pause


Pada Galaxy S3 (serta Galaxy Note 2), Samsung meletakkan ciri unik iaitu Smart Stay yang berfungsi dimana paparan latar pada peranti kita tidak akan terpadam sekiranya kita masih melihat paparan tersebut. Tetapi yang menariknya pada peranti Galaxy S4 ini, Samsung meletakkan pula ciri Smart Pause yang berfungsi memberhentikan seketika sebarang video sekiranya pandangan kita beralih arah.

Bahasa mudahnya apabila kita sedang menonton video pada peranti Galaxy S4 dan kita menoleh pada pandangan lain, secara automatik video tersebut akan dalam keadaan Pause. Ini adalah ciri yang sangat menarik dimana kita dapat menonton sebarang video secara optima.



Inilah yang dinamakan sebagai Samsung Smart Pause. Apabila kita menggerakkan kepada atau pandangan mata kita kepada paparan video secara automatik video tersebut akan dimainkan semula.

Kita boleh mengaktifkan atau mematikan fungsi ini seperti rajah dibawah;

SETTING - MY DEVICE - SMART SCREEN - SMART PAUSE

Pernahkah kita mencuba ciri ini pada peranti Galaxy S4? sekiranya belum marilah kita cuba bersama bagi memastikan bahawa kita dapat mengoptimakan kelebihan yang ada pada Galaxy S4 ini.

Rujuk video dibawah untuk melihat bagaimana keunikan ciri ini berfungsi;


p/s: kredit to Samsung Malaysia Communitea..

Read more...

Makan :: Putu Bambu Special Juriah Air Hitam

Sunday 9 June 2013


Minggu lepas, kami sekeluarga balik ke kampung di Johor sempena cuti sekolah. Dikesempatan itu, kami sempat singgah di satu kedai Putu Bambu yang memang famous di Air Hitam. Kedai Putu Bambu Special Juriah Ayer Hitam. 

Melihat kepada keadaan kedai pada masa itu, ini menunjukkan Putu Bambu Juriah sememangnya menjadi pilihan terutama warga yang melalui pekan Ayer Hitam ini. AKu sendiri terpaksa beratur panjang untuk membeli Putu Bambu ini.







Apa yang dapat aku katakan.. Putu Banbu Juriah memang sedap dimakan terutama bila panas2.. Terasa kesedapatan tepung dan gula melaka. Kelapa yang ditaburkan pula membuatkan Putu Bambu Juriah lemak dan sedap dimakan..

Read more...

Samsung Galaxy S4 :: Air Gesture

Thursday 6 June 2013


Terdapat banyak teknologi baru yang diperkenalkan oleh Samsung melalui Galaxy S4. So, aku akan mengupas satu persatu teknologi baru yang ada di dalam Samsung Galaxy S4. Pertamanya aku akan mengupas berkenaan Air Gesture. 

Air Gesture merupakan mengawal skrin tanpa menyentuh skrin.. Lebih kurang lebih macam tu la.. Maksudnya pengguna akan dapat mengawal skrin handphone tanpa menyentuh langsung skrin.. Hebat bukan?? Tapi itu la realitinya.. Sasung berjaya melakukannya dengan Galaxy S4.


Terdapat 5 cara air gesture yang diperkenalkan oleh Samsung iaitu Quick Glance, Air Jump, Air Browse, Air Move dan Air Call Accept.. Yang mana setiap satunya mempunyai cara dan style tersendiri. Bestnya!!!








Read more...

Versus 2 :: Kyoto Protocol


Kumpulan Kyoto Protocol ini ditubuhkan pada tahun 2008 dan dianggotai oleh Fuad, Gael, Hairi, Shaq dan Shan. Single pertama mereka bertajuk Pussycat dan telah berjaya menambat hati pendengar Radio Fly FM. Selain itu, mereka pernah merangkul anugerah Artis baru terbaik di dalam AIM 2011. Berikutan itu, TV9 telah menjemput Kyoto Protocol untuk bersaing di dalam Versus Musim Ke-2.

Di dalam pusingan akhir Versus 2, Kyoto telah layak memasuki pusingan battle dan berentap dengan Manifesto. Tapi nasib kurang menyebelahi mereka apabila tewas di dalam battle kepada Manifesto. Apapun, Kyoto Protocol berjaya menempatkan kumpulan mereka sebaris dengan kumpulan popular di Malaysia..













Read more...

Samsung Galaxy S4 :: Introduction

Wednesday 5 June 2013


Agak lambat bagi aku untuk buat posting berkenaan Samsung Galaxy S4. Ramai diluar sana yang dah mengetahui berkenaan Samsung Galaxy S4. Aku sempat pergi ke kedai Samsung bagi merasai sendiri Samsung Galaxy S4. Rasanya banyak kali jugak aku menerjah kedai2 Samsung ni.. Hehe. 

Bagi pengguna tegar produk apple seperti aku.. Aku melihat teknology yang diperkenalkan oleh sambung begitu advance berbanding iPhone 5 yang aku guna sekarang ni.. Aku sendiri merasakan kehebatan Samsung Galaxy S4 ini.. Terus terang aku katakan.. aku memang berniat untuk upgrade ke Samsung Galaxy S4. Oleh itu aku membuat sedikit kajian terperinci berkenaan Samsung Galaxy S4.

Berikut beberapa perbandingan yang aku dapat daripada website ibtimes.com.


Menarik bukan.. Nampaknya Samsung Galaxy S4 lebih advance berbanding HTC One dan Apple iPhone 5.. Apa komen korang...?? Ada banyak lagi kelebihan Samsung Galaxy S4 ini.. Nantikan kupasan selanjutnya..








Read more...

Versus 2 :: Oh ChentaKu (OCK)


Oh Chentaku (OCK) merupakan salah satu dari 5 group yang menyertai versus 2. Bermula agak kurang menyengat berbanding kumpulan lain tetapi mula menunjukkan taring ketika konsert rock dangdut. Bermula dari itu, OCK terus menjadi pilihan juri dan penonton versus 2. Cuma, pada konsert akhir.. OCK tidak berjaya untuk memasuki pusingan battle. Walaubagaimanapun, OCK memang best.. terutama masa mempersembahkan lagu Papa Jahat... 







Read more...

Movie Minggu Ini :: After Earth

Tuesday 4 June 2013


After Earth.. Danger Is Real, Fear Is A Choice.. Filem ini dibintangi oleh Will Smith dan Jaden Smith (anak kepada Will Smith). Sememangnya filem ini ditunggu2 oleh peminat filem. Telah mula diperkatakan pada awl April 2013..

Sinopsis filem ini.. Ianya mengisahkan tentang keadaan bumi 1000 tahun selepas berlakunya bencana dahsyat yang mengorbankan hampir seluruh penghuni dunia. Penghuni yang selamat ditempatkan di sebuah tempat yang dikenali sebagai Nova Prime.

Ketika Cypher Raige dan Kitai Raige sedang melakukan pernerbangan, pesawat yang dinaiki mereka berhadapan ribut dan akhirnya mereka terhempas di satu tempat yang dinamakan Earth. Keadaan Earth pada masa itu berlainan sekali ketika mereka meninggalkannya dahulu.

Cypher Kaige telah mengalami kecederaan dan mampukan anaknya Kitai Raige untuk mengharungi hidup di bumi dan menyelamatkan bapanya... Itu serba sedikit mengenai After Earth..




Komen :-
Terus terang aku katakan.. filem ni memang sesuai ditonton oleh sesiapa saje. sebab banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari filem ini. Jalan ceritanya pula.. amat menarik sebab penuh dengan debaran dan suspen. Memang best!!

Read more...

Movie Minggu Ini :: Lari


Lari.. Mengejar atau dikejar.. Filem ini akan mula ditayangkan diseluruh negara bermula 6 Jun 2013. Sudah pasti peminat fanatik Aaron Aziz akan menyerbu pangung2 berdekatan untuk melihat aksi hero pujaan mereka. Hehe..

Filem Lari ini dibintangi oleh pelakon lelaki popular 2011 iaitu Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erin Malek dan ramai lagi pelakon popular. Ianya diarahkan oleh pengarah Ahmad Idham.. 

Berikut adalah sinopsis filem lari.. Ianya mengisahkan perjalanan hidup Khalif yang bercinta dengan Maya tetapi terpaksa melupakan hajatnya untuk mengahwini Maya kerana mendapat tentangan keluarga. Selepas 7 tahun tiada berita, Khalif pulang ke kampung dan mendapati ayahnya telah meninggal dunia dan pada masa yang sama adiknya hilang.. Nak tau apa jadi selepas tu..? Kena la tengok filem ni di panggung.. 







Read more...

Versus 2 :: Manifesto


Tanggal 31 Mei 2013 berlangsungnya Versus Akhir Musim Ke-2 di siar secara langsung oleh TV9 dan Radio HotFM. Bagi yang mengikuti perjalanan Versus Musim Ke-2 ini, sudah pasti tahu siapa yang menjadi juara. Tak lain dan tak bukan adalah MANIFESTO..

MANIFESTO dianggotai oleh Tomok, Fami, Sapik, Kirk dan Ainol.. Kumpulan ini berjaya memikat peminat versus dan seterusnya berjaya menjadi juara. Tahniah bagi MANIFESTO..







Read more...

Iklan :: Nuffnang

Monday 3 June 2013


Rasanya tak perlu nak perkenalkan lagi Nuffnang ni. Semua blogger tau apa fungsi Nuffnang. Yang mana, Nuffnang ni salah satu syarikat pengiklanan yang terkenal bagi blogger. Jika terpilih, maka income sampingan dari nuffnang sudah tentu.. Cuma kena pastikan blog yang anda tulis itu mempunyai identiti tersendiri dan mempunyai follower. 

Macam blog aku, nak kata ramai pembaca.. tak jugak. Sebabnya unique visitor yang aku dapat untuk setiap hari tidak menentu.. kadang2 ramai.. kadang2 sikit.. Hehehe. So, korang tengok la sendiri.. 

20 May 2013 - 26 May 2013

27 May 2013 - 2 June 2013

Kalau dilihat dari graf tu, ada peningkatan.. Nampaknya kena bekerja keras lagi untuk mendapatkan perhatian dari Nuffnang.. Hehe. Mana tau.. Kita kena usaha.. Insya Allah.. So, teruskan usaha... PEACE!



Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP