Samsung Galaxy S4 :: Smart Stay & Smart Pause

Monday 10 June 2013


Pada Galaxy S3 (serta Galaxy Note 2), Samsung meletakkan ciri unik iaitu Smart Stay yang berfungsi dimana paparan latar pada peranti kita tidak akan terpadam sekiranya kita masih melihat paparan tersebut. Tetapi yang menariknya pada peranti Galaxy S4 ini, Samsung meletakkan pula ciri Smart Pause yang berfungsi memberhentikan seketika sebarang video sekiranya pandangan kita beralih arah.

Bahasa mudahnya apabila kita sedang menonton video pada peranti Galaxy S4 dan kita menoleh pada pandangan lain, secara automatik video tersebut akan dalam keadaan Pause. Ini adalah ciri yang sangat menarik dimana kita dapat menonton sebarang video secara optima.



Inilah yang dinamakan sebagai Samsung Smart Pause. Apabila kita menggerakkan kepada atau pandangan mata kita kepada paparan video secara automatik video tersebut akan dimainkan semula.

Kita boleh mengaktifkan atau mematikan fungsi ini seperti rajah dibawah;

SETTING - MY DEVICE - SMART SCREEN - SMART PAUSE

Pernahkah kita mencuba ciri ini pada peranti Galaxy S4? sekiranya belum marilah kita cuba bersama bagi memastikan bahawa kita dapat mengoptimakan kelebihan yang ada pada Galaxy S4 ini.

Rujuk video dibawah untuk melihat bagaimana keunikan ciri ini berfungsi;


p/s: kredit to Samsung Malaysia Communitea..

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP