Movie Minggu Ini :: Man of Steel

Wednesday 12 June 2013


Man of Steel.. ataupun dikenali sebagai Superman. Filem ini sememangnya dinanti2kan oleh pelbagai pihak. Terutama bagi peminat superman ataupun yang membesar dengan watak superman. Cuma beza kali ini, watak superman dipelbagaikan. Ianya akan ditayangkan bermula 13 June 2013. Sudah pasti ramai peminat akan menyerbu panggung2 untuk melihat aksi watak kesayangan mereka..

Filem ini dibintangi oleh Henry Cavill, Amy Adams, Michael Shanon dan ramai lagi la. Tugas pengarah diberikan kepada Zack Synder (pengarah Filem 300). Ternyata Zack Synder berjaya membawa watak Superman ke satu tahap yang berbeza..

Kisahnya dimulai dari awal yang mana Kal-El terdampar jatuh ke bumi dan dibesarkan oleh satu keluarga. Ianya juga memaparkan bagaimana Kal-El menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian di bumi. Yang mana Kal-El mempunyai kuasa yang unik berbanding manusia lain.

Ketika dunia mula diserang oleh Jeneral Zod, baru lah Clark Kent sedar bahawa kewujudan beliau di bumi adalah untuk membantu dan menyelamatkan bumi. Bermula lah aksi2 yang menarik...




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP