Broadband :: Digi Postpaid

Monday 10 June 2013

Aku merupakan pengguna tegar Maxis. Baik telephone ataupun broadband sejak dulu lagi. Tetapi semenjak akhir2 ni, Maxis nampaknya gagal menawarkan perkhidmatan yang baik terutamanya broadband. Nak kata aku tinggal jauh pendalaman, tak jugak.. sebab aku tinggal berhampiran Kampus Induk UITM Puncak Alam. Tapi line maxis memang teruk apabila malam.. Huhu..

Oleh itu, aku telah mencuba broadband Celcom. Nama yang gah bagi dunia telekomunikasi terutama dari segi coverage.. Rupanya indah kabar dari rupa.. Coverage memang gempak tapi internet speed yang aku perolehi dikawasan aku lebih teruk dari Maxis.. Dah la aku amik data plan yang ada kontrak.. Nak tak nak aku rela bayar Pampasan RM200 untuk terminate servis yang ntah apa2 dari Celcom..

Kemudian.. aku mencuba DiGi.. bermula dengan prepaid broadband.. Alhamdulillah.. speed internet yang aku dapat memadai walaupun tidak selaju yang diharapkan. Setelah mencuba selama sebulan, aku terus mendapatkan khidmat broadband DiGi secara postpaid..


Aku amik Plan Broadband 4GB dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM50. Yang mana, tiada sebarang kontrak dan bil setiap bulan akan ditolak RM5 dari bayaran pendahuluan. Alhamdulillah.. DiGi masih memberikan speed internet yang memuaskan hati aku setakat ini.. :)


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP