Savvy Turbo Part VII

Wednesday 11 July 2012

Akhirnya.. Savvy aku masuk dalam bengkel disebabkan masalah drive shaft yang berbunyi ketika membelok ke kanan. Setelah diperiksa oleh pomen, dia memberitahu bahawa shaft luar sebelah kiri telah rosak dan perlu diganti. Aku pun bersetuju untuk menukar shaft luar disamping aku suruh pomen check sekali shaft dalam..

 Shaft Dalam - Starlet

Shaft Luar - Savvy

Korang faham tak apa yang aku cuba terangkan dalam dalam gambar di atas?? Kalau korang tak faham.. korang boleh tanya aku.. Insya Allah, aku akan berkongsi selanjutnya info yang berkaitan. Secara basicnya, drive shaft bagi savvy convert starlet, memang perlu menukar drive shaft.. samada nak buat baru atau potong sambung.. sebabnya shaft original savvy atau starlet memang tidak boleh digunakan.. 

kalau masih tak faham jugak.. jangan malu jangan segan.. tanya je aku.. Aku sedia membantu..


11 comments:

Anonymous,  12 September 2012 at 15:10  

bro. mintak alamat email boleh?

kawan punyer savvy dah kebabo piston pecah dan slip tak boleh bikin lagi. kena tukar enjin. jadi kawan nak tukar ke enjin starlet.
pomen (member) dah dapatkan enjin cuma nak kena bayar dulu 4.5k, dan keseluruhan tukar enjin dalam 5.5k. kawan nak tanya apa yang perlu diubah untuk memasang enjin ni? penggunaan minyak camaner plak?

johnny (kulaijaya)

MyZamri 19 October 2012 at 11:37  

bagi pengubahsuaian savvy.. apa yang penting adalah kreativiti pomen tu sendiri. Sebab enjin bay savvy kecik. Lepas tu pastikan pomen masih menggunakan mounting asal savvy..

Penggunaan minyak pula.. bergantung kepada cara pemanduan.. Kalau dh pakai terbabo.. takkan nak kira minyak kot.. Hehehe

myself 18 November 2012 at 15:53  

bro,

bagaimana nak padankan shaft dalam starlet dengan shaft luar savvy? bahagian mana yg nak dipotong/sambung?

banyak lagi soalan lepas ni, sebab plan nak covert 4E jugak. AMT dah jadi arwah. hehe.

Jejoni,  15 December 2012 at 18:10  

bro, aku pun pakai enjin starlet. aku pun baru perasan charade aura aku driveshaft nye dah sambung. so kat mana bleh buat drive shaft baru ye(buat lurah hujung tu).

Ejumpz 25 January 2013 at 11:46  

Salam,

Maaf sebab dah lama tak update blog and tak jawab soklan korang..

myself,
Pada pendapat aku, lebih baik kalau buat shaft baru.. sebab shaft yang potong sambung ni, ditakuti boleh patah.

Jejoni,
Rasanya banyak kedai yang boleh buat.. cuba try tanya pomen..

Unknown 16 February 2013 at 12:56  

ape yang menyebabkan drive shaft ni berbunyi kruk krak semasa membelok?... bengok ke ape?..

Unknown 23 July 2013 at 02:41  

bro minta num hp mahu tnya pasal savvy masuk 4efte

Anonymous,  25 August 2013 at 12:17  

bro bagi bengkel punya contact .. nak buat kat tempat tu la... tukar dashboard sekali ..

Anonymous,  24 April 2014 at 00:40  

sesape kat JB yg berhajat nak convert masuk enjin starlet 4efte boleh berhubung dgn APAI BENGKEL - 0197244404. lokasi tmn Scientex, masai.

Unknown 4 January 2015 at 01:24  

buat shaft baru maksud buat lurah hujung balik?

Broakim 11 March 2015 at 09:58  

Salam bro..sy ad sedikit masalah...sy mempunyai kereta viva convert starlet...masalahnya drive shaft saya tekeluar sbb pakai original starlet...ad x cara atau driveshaft yg boleh masuk utk jadikan tayar tidak tekeluar..

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP