Motor :: Motor Baru

Thursday 21 March 2013

No Plat Depan

No Plat Belakang

Tanggal 21 Mac 2013, tercipta la sejarah yang mana aku membeli sebuah motor baru.. No plat motor adalah BMB 4398. Mesti korang tertanya2 motor apa agaknya.. Hehe

Motor ni aku beli di kedai motor Hiap Aik Speed Motor Ent Sdn Bhd di Kuala Selangor minggu lepas. Sepatutnya 3 hari selepas aku bayar, motor ready.. Tapi atas alasan warna yang aku beli tiada dalam stok, maka aku terpaksa menunggu lebih kurang 10 hari!! Lama tu.. dah ala motor baru tu aku plan nak bawa ke tempat kerja baru.. Tempat kerja baru??? Wah.. Nampaknya aku telah berjaya meningkatkan kualiti hidup keluarga aku.. yang mana aku sekarang berjaya menjawat jawatan Pengurus di salah satu syarikat Oil & Gas. Opss.. terlebih2 cerita pulak.. 

Berbalik kepada motor ni.. Terus terang aku minat pada motor ni disebabkan bentuk & style motor ni.. Ianya sebijik seperti motor naked bike.. korang paham kan..?? Kalau tak paham.. tanya pakcik Google.. Akhirnya motor aku ni berjaya dikeluarkan oleh kedai motor pada 21 Mac 2013 Jam 9.45am...

Begitu la bermulanya perjalanan motor ni...

Read more...

Makan :: Restoran Thai Garden

Wednesday 20 March 2013


Restoran Thai Garden merupakan tempat terbaru yang kami terjah untuk menikmati makanan ala thai. Restoran in disyorkan oleh salah sorang rakan kami. Yang mana, beliau memberitahu kami yang tomyam di sini amat sedap.. Yummy!!

Restoran Thai Garden terletak di dalam mukim Sg Buloh. Atau lebih tepat lagi di hadapan Penjara Sg Buloh iaitu 20 minit perjalanan dari Bandar Sg Buloh.

Ini antara menu yang kami pesan dan yang menarik perhatian tekak kami.. taraaa...

Tomyam Seafood (mesti Cuba.. Terbaekkk!!)

Sotong Goreng Tepung

Kailan Ikan Masin

Siakap 2 Musim. (Mesti Cuba.. Terbaekkk!!!)

Ayam Goreng Pandan

Then, Restoran Thai Garden juga selesa dengan persekitaran yang begitu menarik...

Keadaan Dalam Kedai Yang Kemas..

Ada deco yang kebabom!!

Restoran Thai Garden ini amat sesuai dikunjungi disebabkan makanan yang sedap serta persekitaran yang selesa... 


Read more...

Come Back

Tuesday 19 March 2013


TUNGGU YER!!! 

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP