Showing posts with label Motor. Show all posts
Showing posts with label Motor. Show all posts

Motor :: Redza Motocycle Part 2

Thursday, 30 May 2013


Nampaknya Redza Motorcycle still mendapat perhatian dari pengunjung blog aku. Walaupun Redza Motorcycle ni masih baru di dalam dunia permotoran Malaysia, Ianya tetap mendapat perhatian dari pengguna motosikal. Bagi yang inginkan kelainan, boleh try test Redza brand... Kat sini aku nak kongsi beberapa video dari youtube berkenaan Redza Motorcycle... Layanzzz...



Read more...

Motor :: Motor Baru

Thursday, 21 March 2013

No Plat Depan

No Plat Belakang

Tanggal 21 Mac 2013, tercipta la sejarah yang mana aku membeli sebuah motor baru.. No plat motor adalah BMB 4398. Mesti korang tertanya2 motor apa agaknya.. Hehe

Motor ni aku beli di kedai motor Hiap Aik Speed Motor Ent Sdn Bhd di Kuala Selangor minggu lepas. Sepatutnya 3 hari selepas aku bayar, motor ready.. Tapi atas alasan warna yang aku beli tiada dalam stok, maka aku terpaksa menunggu lebih kurang 10 hari!! Lama tu.. dah ala motor baru tu aku plan nak bawa ke tempat kerja baru.. Tempat kerja baru??? Wah.. Nampaknya aku telah berjaya meningkatkan kualiti hidup keluarga aku.. yang mana aku sekarang berjaya menjawat jawatan Pengurus di salah satu syarikat Oil & Gas. Opss.. terlebih2 cerita pulak.. 

Berbalik kepada motor ni.. Terus terang aku minat pada motor ni disebabkan bentuk & style motor ni.. Ianya sebijik seperti motor naked bike.. korang paham kan..?? Kalau tak paham.. tanya pakcik Google.. Akhirnya motor aku ni berjaya dikeluarkan oleh kedai motor pada 21 Mac 2013 Jam 9.45am...

Begitu la bermulanya perjalanan motor ni...

Read more...

Motor :: Redza Motorcycle

Monday, 23 July 2012



Redza Motorcycle merupakan nama baru di dalam dunia permotoran Malaysia. bagi peminat motorcycle, sudah pasti nama Redza Motorcycle sudah mula kedengaran. Ianya merupakan satu syarikat milik penuh anak Malaysia. Mengikut cerita yang diterima, Redza Motorcycle mengadaptasi rekabentuk dari Itali, manakala enjinnya pula dari Jepun. 

Redza Motorcycle secara rasminya telah melancarkan 3 model utama iaitu Velocita (250cc), Bellisimo (250) dan Reena Scooter (300cc). Harga yang ditawarkan adalah berpatutan iaitu bermula dengan RM9,999 sehingga RM11,999.

Aku telah berkesempatan untuk melawat khemah pameran Redza Motocycle yang dibuka di Tesco Puchong pada sabtu lepas. Aku juga berkempatan untuk test ride Bellisimo.. Hehe. 

 Velocita 250

Pandangan Depan Velocita 250

Bellisimo 250

Pandangan depan Bellisimo

Apa yang mearik tentang Redza Motorcyle iaitu pembeli boleh memilih sendiri warna kesukaan untuk motosikal. Terpulang kepada minat masing2.. Bestkan..??

Bagi yang berkemampuan dan teringin sesuatu yang baru, rasanya Redza Motorcycle menawarkan model yang berkuasa dan bergaya.. Korang boleh melawat Redza Motorcycle untuk maklumat lanjut.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP