Makan :: Cendol Leman Dawi

Monday 17 June 2013


Cendol Leman Dawi.. Pasti korang pernah dengar. Cendol Leman Dawi sangat popular dikalangan peminat cendol. Terletak di Negeri Sembilan.. Berhampiran dengan Senawang dan Rembau. Cendol ini dikatakan amat popular sehingga pernah masuk dalam program terbitan TV3. Mari kita tengok apa yang ada di kedai cendol ini..

Menu Cendol Pilihan

Dari Kanan ; Cendol Jagung, Cendol Pulut & Cendol Kacang

Rojak Buah & Kuah Rojak

Rojak Buah
Pada sabtu yang lepas, kitaorg sekeluarga telah menghadiri Majlis Perkahwin rakan sekerja di Gemas. Selepas itu, kitaorg telah merancang untuk menikmati Cendol Leman Dawi yang dikatakan lazat sehingga menjilat sudu.. Setelah merentasi bandar Rembau, akhirnya kami tiba di tempat yang disebut2 sebagai Syurga Cendol Dunia.. Hehe

Memang terdapat ramai pengunjung yang menikmati cendol dan rojak. Yang mana, kedai ini menawarkan 3 pilihan cendol iaitu cendol jagung, cendol pulut dan cendol kacang. Yang mana, pengunjung boleh menambah  cendol ikut suka korang. Yang mana, kedai ini menyediakan santan, cendol, gula merah dan air batu. Bagi korang yang Giler Cendol, boleh menikmati sehingga muntah. Hehe

Cendol & Santan

Ais
Secara jujurnya.. Aku sebagai peminat cendol merasakan Cendol Leman Dawi bukanlah Cendol yang sedap. Yang mana, santannya cair dan gula merah yang dihasilkan begitu cair dan terasa gula pasir. Aku tidak merasakan aku akan datang lagi untuk menikmati cendol. Apa kata korang pulak???


1 comments:

Azlina 17 October 2013 at 10:23  

samerla..xkn dtg lg...kuang kuang

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP