Samsung Galaxy S4 :: Kamera

Thursday 13 June 2013


Dianggap sebagai telefon pintar paling mesra pengguna, Samsung Galaxy S4 yang juga kesinambungan kepada rangkaian telefon pintar keluarga Galaxy ini diperkukuhkan dengan kerangka separa karbon gentian yang lebih ri­ngan dan lebih nipis. Meng­gunakan sistem operasi Android 4.2.2 Jelly Bean, diperkasa oleh pemproses Quad Core 1.9Mhz dengan skrin Super AMOLED 5 inci, ia menyokong paparan definisi ting­gi (full HD) beresolusi 1920 x 1080 piksel.

Menariknya, S4 memperkenalkan ciri istimewa de­ngan penggunaan teknologi inframerah bagi mengesan sebarang pergerakan tangan di udara termasuk pergerakan mata. Pemiliknya juga boleh membuat rakaman, menerima atau membuat panggilan video serentak menggunakan kamera belakang beresolusi 13 megapiksel dan kamera depan beresolusi dua megapiksel.



Penguji paling tertarik dengan fungsi kamera yang menjadi langkah perubahan yang besar bagi Samsung. Meskipun pe­nguji beranggapan ia bukan kamera yang terbaik dalam keluarga Android setakat ini, Samsung Galaxy S4 masih menguntungkan. Fokus kamera pantas, pemprosesan imejnya pun mantap dan terperinci. Paling menarik pastinya aplikasi dalam kamera itu sendiri.


Samsung Galaxy S4 juga mempunyai fungsi dua kamera sekali gus yang bermakna kamera belakang dan depan boleh berfungsi pada satu masa. Ia juga menawarkan beberapa pilihan ‘template’ bagi ikon kotak depan dan ‘background’. Misalnya kamera belakang merakam gambar senario seperti persekitaran manakala kamera depan merakam foto anda sendiri.


Saiz kotak bagi kamera depan boleh diubah me­ngikut kesesuaian daripada kecil hingga besar. Selain itu, terdapat ciri kamera iaitu ‘Sound and Shot’ yang merakam gambar pegun serta suara pada satu masa. Tempoh audio dirakam dalam masa sembilan saat. 


Bagi penguji, ia bersesuaian untuk anda menghantar foto kepada orang tersayang di samping pesanan suara anda dalam foto terbabit. Saiz S4 tidak ba­nyak berubah namun tahap nipis 7.9mm memang menguntungkan si pembeli selain rekaan empat segi de­ngan sedikit leng­kungan di bucu.


Namun Samsung Galaxy S4 masih ada sedikit kekurangan apabila ia tidaklah kelihatan seperti telefon pintar yang premium. Ia masih direka de­ngan plastik, betul! Plastik yang premium dan tahan lasak namun rekaan aluminium lebih baik. Manakala skrin 5.0 incinya pula sudah cukup selesa di tangan. Samsung memang pandai menghasilkan kekuatan AMOLED iaitu formula skrin yang terdapat dalam telefon ini menjadikannya terang dan terperinci.

Source: Harian Metro






0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP