Movie Minggu Ini :: Tokak

Tuesday 18 June 2013


Sebuah filem terbitan MAR Energetic bertajuk Tokak akan mula ditayangkan pada 19 Jun 2013. Filem arahan Sabree Fadzil dan skrip oleh Isha MJ. Filem genre seram komedi ini membariskan pelakon seperti Airis Yasmin,  Diana Johor, Faiz Raja Lawak, Abon dan ramai lagi.

Filem ini mengisahkan seorang pengurus hotel bernama Iskandar, yang telah menjumpai sebuah kotak misteri ketika berjoging di tepi pantai. Apabila Iskandar membuka kotak misteri tersebut, satu roh telah memasuki badannya dan menyebabkan beberapa insiden pelik berlaku di hotel yang diurus olehnya. Pengunjung-pengunjung di hotel tersebut diganggu oleh satu makhluk halus. Makhluk ini hanya menokak perempuan-perempuan seramai 6 orang yang melakukan maksiat termasuk tunang Iskandar. Ada diantara mereka meninggal dunia akibat ditokak oleh makhluk tersebut. Kemunculan seorang ustaz yang diutuskan untuk mencegah perbuatan itu dan berjaya menyelamatkan tunang Iskandar daripada menjadi mangsa tokak yang terakhir. Segala kejadian misteri tersebut dapat diselesaikan. Iskandar dapat diselamatkan dan kotak misteri itu dicampak semula ke laut oleh ustaz tersebut. (Kejadian ini berlaku hanya 1 malam sahaja iaitu dari waktu Maghrib sehingga sebelum Subuh)



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP