Movie Minggu Ini :: Pecah

Tuesday 11 June 2013


Filem Pecah akan mula ditayangkan di seluruh panggung di Malaysia mulai 13 Jun 2013. Filem yang diadaptasi dari novel terbitan Fixi yang ditulis oleh Khairul Nizam Bakeri.

FIlem ini dibintangi oleh pelakon2 popular tanahair iaitu Tony Eusoff, Fizz Fairuz, Izreen Azminda, Ako Mustapha dan lain2. Ianya diarahkan oleh Asrulhisyam Ahmad dan diterbitkan oleh Grand Brilliant.

Filem ini mengisahkan Herman, Alan, Radi dan Don melakukan rompakan bersenjata disebuah bank. Mereka sempat melarikan wang rompakan dan pada masa yang sama, Alan telah ditembak ketika operasi rompakan dilakukan. Kemudian, mereka sepakat untuk membawa Alan ke Hospital bagi mendapatkan rawatan. Pelbagai kejadian terjadi.. satu persatu PECAH...

Plot utama filem ini adalah bagaimana Herman (Tony Eusoff) membalas dendam terhadap terhadap lelaki yang menjalinkan hubungan dengan isterinya (Izreen Asmida).






0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP