Showing posts with label Samsung Galaxy S4. Show all posts
Showing posts with label Samsung Galaxy S4. Show all posts

Samsung Galaxy S4 :: Zamri Punya

Friday, 14 June 2013


Samsung Galaxy S4.. Akhirnya aku berjaya memiliki Samsung Galaxy S4.. Walaupun sebelum ini aku pernah mempunyai pengalaman pahit ketika bersama Samsung Galaxy S3. Tarikan yang terlalu kuat diberikan oleh Samsung Galaxy S4, membuatkan aku membeli handphone ini.. 

Untuk pengetahuan korang, aku merupakan pengguna iPhone 5 dan memang tidak dinafikan iPhone 5 mempunyai kekuatan tersendiri. Begitu juga dengan Samsung Galaxy S4. Cuma yang membuatkan aku membeli adalah teknology yang ditwarkan oleh Samsung. Erti kata lain, Samsung lebih advance dari Apple.. Tapi perlu diingat bahawa Apple merancang untuk mengeluarkan model terbaharu iPhone pada tahun ini. Sama2 kita nantikan..

Berikut adalah gambar Samsung Galaxy S4 di dalam tangan aku..





DIharapkan Samsung Galaxy S4 dapat memberikan kepuasan maksima kepada aku.. Harga yang ditawarkan pada aku adalah RM2199 termasuk dengan Handphone Cover dan Memory Card 16GB. Memang puas hati.. Sangat2.. Hehe. Ini pula contoh gambar yang diambil menggunakan Samsung Galaxy S4






Read more...

Samsung Galaxy S4 :: Kamera

Thursday, 13 June 2013


Dianggap sebagai telefon pintar paling mesra pengguna, Samsung Galaxy S4 yang juga kesinambungan kepada rangkaian telefon pintar keluarga Galaxy ini diperkukuhkan dengan kerangka separa karbon gentian yang lebih ri­ngan dan lebih nipis. Meng­gunakan sistem operasi Android 4.2.2 Jelly Bean, diperkasa oleh pemproses Quad Core 1.9Mhz dengan skrin Super AMOLED 5 inci, ia menyokong paparan definisi ting­gi (full HD) beresolusi 1920 x 1080 piksel.

Menariknya, S4 memperkenalkan ciri istimewa de­ngan penggunaan teknologi inframerah bagi mengesan sebarang pergerakan tangan di udara termasuk pergerakan mata. Pemiliknya juga boleh membuat rakaman, menerima atau membuat panggilan video serentak menggunakan kamera belakang beresolusi 13 megapiksel dan kamera depan beresolusi dua megapiksel.



Penguji paling tertarik dengan fungsi kamera yang menjadi langkah perubahan yang besar bagi Samsung. Meskipun pe­nguji beranggapan ia bukan kamera yang terbaik dalam keluarga Android setakat ini, Samsung Galaxy S4 masih menguntungkan. Fokus kamera pantas, pemprosesan imejnya pun mantap dan terperinci. Paling menarik pastinya aplikasi dalam kamera itu sendiri.


Samsung Galaxy S4 juga mempunyai fungsi dua kamera sekali gus yang bermakna kamera belakang dan depan boleh berfungsi pada satu masa. Ia juga menawarkan beberapa pilihan ‘template’ bagi ikon kotak depan dan ‘background’. Misalnya kamera belakang merakam gambar senario seperti persekitaran manakala kamera depan merakam foto anda sendiri.


Saiz kotak bagi kamera depan boleh diubah me­ngikut kesesuaian daripada kecil hingga besar. Selain itu, terdapat ciri kamera iaitu ‘Sound and Shot’ yang merakam gambar pegun serta suara pada satu masa. Tempoh audio dirakam dalam masa sembilan saat. 


Bagi penguji, ia bersesuaian untuk anda menghantar foto kepada orang tersayang di samping pesanan suara anda dalam foto terbabit. Saiz S4 tidak ba­nyak berubah namun tahap nipis 7.9mm memang menguntungkan si pembeli selain rekaan empat segi de­ngan sedikit leng­kungan di bucu.


Namun Samsung Galaxy S4 masih ada sedikit kekurangan apabila ia tidaklah kelihatan seperti telefon pintar yang premium. Ia masih direka de­ngan plastik, betul! Plastik yang premium dan tahan lasak namun rekaan aluminium lebih baik. Manakala skrin 5.0 incinya pula sudah cukup selesa di tangan. Samsung memang pandai menghasilkan kekuatan AMOLED iaitu formula skrin yang terdapat dalam telefon ini menjadikannya terang dan terperinci.

Source: Harian Metro






Read more...

Samsung Galaxy S4 :: Smart Stay & Smart Pause

Monday, 10 June 2013


Pada Galaxy S3 (serta Galaxy Note 2), Samsung meletakkan ciri unik iaitu Smart Stay yang berfungsi dimana paparan latar pada peranti kita tidak akan terpadam sekiranya kita masih melihat paparan tersebut. Tetapi yang menariknya pada peranti Galaxy S4 ini, Samsung meletakkan pula ciri Smart Pause yang berfungsi memberhentikan seketika sebarang video sekiranya pandangan kita beralih arah.

Bahasa mudahnya apabila kita sedang menonton video pada peranti Galaxy S4 dan kita menoleh pada pandangan lain, secara automatik video tersebut akan dalam keadaan Pause. Ini adalah ciri yang sangat menarik dimana kita dapat menonton sebarang video secara optima.



Inilah yang dinamakan sebagai Samsung Smart Pause. Apabila kita menggerakkan kepada atau pandangan mata kita kepada paparan video secara automatik video tersebut akan dimainkan semula.

Kita boleh mengaktifkan atau mematikan fungsi ini seperti rajah dibawah;

SETTING - MY DEVICE - SMART SCREEN - SMART PAUSE

Pernahkah kita mencuba ciri ini pada peranti Galaxy S4? sekiranya belum marilah kita cuba bersama bagi memastikan bahawa kita dapat mengoptimakan kelebihan yang ada pada Galaxy S4 ini.

Rujuk video dibawah untuk melihat bagaimana keunikan ciri ini berfungsi;


p/s: kredit to Samsung Malaysia Communitea..

Read more...

Samsung Galaxy S4 :: Air Gesture

Thursday, 6 June 2013


Terdapat banyak teknologi baru yang diperkenalkan oleh Samsung melalui Galaxy S4. So, aku akan mengupas satu persatu teknologi baru yang ada di dalam Samsung Galaxy S4. Pertamanya aku akan mengupas berkenaan Air Gesture. 

Air Gesture merupakan mengawal skrin tanpa menyentuh skrin.. Lebih kurang lebih macam tu la.. Maksudnya pengguna akan dapat mengawal skrin handphone tanpa menyentuh langsung skrin.. Hebat bukan?? Tapi itu la realitinya.. Sasung berjaya melakukannya dengan Galaxy S4.


Terdapat 5 cara air gesture yang diperkenalkan oleh Samsung iaitu Quick Glance, Air Jump, Air Browse, Air Move dan Air Call Accept.. Yang mana setiap satunya mempunyai cara dan style tersendiri. Bestnya!!!








Read more...

Samsung Galaxy S4 :: Introduction

Wednesday, 5 June 2013


Agak lambat bagi aku untuk buat posting berkenaan Samsung Galaxy S4. Ramai diluar sana yang dah mengetahui berkenaan Samsung Galaxy S4. Aku sempat pergi ke kedai Samsung bagi merasai sendiri Samsung Galaxy S4. Rasanya banyak kali jugak aku menerjah kedai2 Samsung ni.. Hehe. 

Bagi pengguna tegar produk apple seperti aku.. Aku melihat teknology yang diperkenalkan oleh sambung begitu advance berbanding iPhone 5 yang aku guna sekarang ni.. Aku sendiri merasakan kehebatan Samsung Galaxy S4 ini.. Terus terang aku katakan.. aku memang berniat untuk upgrade ke Samsung Galaxy S4. Oleh itu aku membuat sedikit kajian terperinci berkenaan Samsung Galaxy S4.

Berikut beberapa perbandingan yang aku dapat daripada website ibtimes.com.


Menarik bukan.. Nampaknya Samsung Galaxy S4 lebih advance berbanding HTC One dan Apple iPhone 5.. Apa komen korang...?? Ada banyak lagi kelebihan Samsung Galaxy S4 ini.. Nantikan kupasan selanjutnya..








Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP