Showing posts with label Handphone Samsung. Show all posts
Showing posts with label Handphone Samsung. Show all posts

Samsung Galaxy S4 :: Smart Stay & Smart Pause

Monday, 10 June 2013


Pada Galaxy S3 (serta Galaxy Note 2), Samsung meletakkan ciri unik iaitu Smart Stay yang berfungsi dimana paparan latar pada peranti kita tidak akan terpadam sekiranya kita masih melihat paparan tersebut. Tetapi yang menariknya pada peranti Galaxy S4 ini, Samsung meletakkan pula ciri Smart Pause yang berfungsi memberhentikan seketika sebarang video sekiranya pandangan kita beralih arah.

Bahasa mudahnya apabila kita sedang menonton video pada peranti Galaxy S4 dan kita menoleh pada pandangan lain, secara automatik video tersebut akan dalam keadaan Pause. Ini adalah ciri yang sangat menarik dimana kita dapat menonton sebarang video secara optima.



Inilah yang dinamakan sebagai Samsung Smart Pause. Apabila kita menggerakkan kepada atau pandangan mata kita kepada paparan video secara automatik video tersebut akan dimainkan semula.

Kita boleh mengaktifkan atau mematikan fungsi ini seperti rajah dibawah;

SETTING - MY DEVICE - SMART SCREEN - SMART PAUSE

Pernahkah kita mencuba ciri ini pada peranti Galaxy S4? sekiranya belum marilah kita cuba bersama bagi memastikan bahawa kita dapat mengoptimakan kelebihan yang ada pada Galaxy S4 ini.

Rujuk video dibawah untuk melihat bagaimana keunikan ciri ini berfungsi;


p/s: kredit to Samsung Malaysia Communitea..

Read more...

Samsung Galaxy S4 :: Air Gesture

Thursday, 6 June 2013


Terdapat banyak teknologi baru yang diperkenalkan oleh Samsung melalui Galaxy S4. So, aku akan mengupas satu persatu teknologi baru yang ada di dalam Samsung Galaxy S4. Pertamanya aku akan mengupas berkenaan Air Gesture. 

Air Gesture merupakan mengawal skrin tanpa menyentuh skrin.. Lebih kurang lebih macam tu la.. Maksudnya pengguna akan dapat mengawal skrin handphone tanpa menyentuh langsung skrin.. Hebat bukan?? Tapi itu la realitinya.. Sasung berjaya melakukannya dengan Galaxy S4.


Terdapat 5 cara air gesture yang diperkenalkan oleh Samsung iaitu Quick Glance, Air Jump, Air Browse, Air Move dan Air Call Accept.. Yang mana setiap satunya mempunyai cara dan style tersendiri. Bestnya!!!








Read more...

Gadget :: Samsung Galaxy S3

Saturday, 23 June 2012

Kredit to Google Image

Aku merupakan pengguna Maxis sejak sekian lama. Oleh sebab itu, aku dapat mesej dari Maxis mengenai tawaran Samsung Galaxy S3 bagi pengguna setia Maxis (Maxis One Club). Pada mulanya, aku tidak buat tak tau je tentang tawaran Maxis tu. 

Ketika our famili membeli barang keperluan dapur di Tesco Kuala Selangor, aku singgah di Kiosk Maxis. Bukan niat nak membeli tapi saje masuk untuk tengok2 je. Ketika melihat2 produk Maxis, aku terpandang tawaran ini.. Jeng.. Jeng.. Jeng....

Tawaran Exclusive

Apabila terpanjang aje tawaran ni, tetiba aku rasa excited nak beli Samsung pakej ni. Apa lagi.. aku pun bertanya dengan sales advisor Maxis tentang promotion ni.. Diaorg pun menerangkan sejelas2nya mengenai pakej ini.. Macam dirasuk hantu Samsung Galaxy S3, aku dengan segeranya setuju untuk ambil pakej yang ditawarkan.. Wife aku pun macam x percaya apa yang sedang berlaku.. Hehe.

Sememang aku ada niat untuk belikan my wife gadget baru.. sebab gadget yang wife digunakan sekarang ni sudah agak lama dan outdated.. Cuma takde la rasa secepat ni aku belikan.. Tapi apapun aku rasa pakej yang ditawarkan berbaloi-baloi.. Hehe.. 

Setelah membuat bayaran dan menanti sales advisor menyiapkan kontrak Maxis. Akhirnya.. Samsung Galaxy S3 menjadi milik kami. Dan secara rasminya, aku menyerahkan Samsung Galaxy S3 kepada wife aku. Wife aku pulak, senyum memanjang sepanjang perjalanan balik sebab dapat Samsung Galaxy S3..

Kotak Samsung Galaxy S3

Pandangan Depan & Belakang Samsung Galaxy S3

Sebenarnya aku masih belum sempat nak melihat ciri2 yang terdapat pasa Samsung Galaxy S3. Oleh itu, aku tak boleh nak komen pape atau membuat perbandingan dengan gadget aku iaitu HTC One X. kalau ada kesempatan, pasti aku membuat perbandingan antara kedua2 gadget ini. Ini antara spesifikasi yang terdapat pada Samsung Galaxy S3..

Kredit to Google Image

Apa pulak pandangan korang berkenaan Samsung Galaxy S3?? Mari kita kongsikan bersama-sama..


Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP