Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Kereta :: Proton Savvy Turbo

Wednesday, 12 February 2014


Proton Savvy Turbo.. Dah lama aku tak mengemaskini blog aku. Al-maklum la agak sibuk dengan rutin seharian dan kerja yang tidak pernah putus2.. Gambar di atas menceritakan segalanya.. Yang Putih itu adalah Savvy Turbo aku..

Sehingga arini blog aku mengenai Savvy Turbo ini masih lagi dikunjungi oleh pengguna savvy atau peminat Savvy Turbo.. Dan aku juga masih mendapat rspon dan pertanyaan dari mereka yang ingin tahu mengenai Savvy Turbo.

Dukacita aku memaklumkan bahawa.. Savvy Turbo kesayangan aku telah pun selamat bertukar tangan dan mempunyai owner baru. Aku telah pun bersara dari dunia Savvy Turbo spenuhnya.. Terima kasih tak terhingga dari aku untuk penggemar savvy turbo..

Untuk info.. korang boleh refer pada post2 aku yang lepas berkenaan savvy turbo.. Permasalahan dan kebaikkan serta serba sedikit mengenai savvy turbo aku.. 

p/s: Savvy Turbo EP82 memang terbaek...!!!


Read more...

Kereta :: Honda Stream

Monday, 27 August 2012


Honda.. Saper yang tak kenal jenama Honda.. Sebut je Honda, pasti terbayang beberapa model yang menjadi kegilaan semua. Kali ni aku nak berkongsi berkenaan Honda Stream. Di Malaysia terdapat 2 jenis Honda Stream iaitu Recond dari Japan & Baru dari Honda Malaysia. 

Terdapat banyak perbezaan antara recond & baru.. Tak perlu la aku nak cerita panjang lebar perbezaannya.. Namun, yang paling ketara adalah.. Recond merupakan kereta yang telah digunakan di negara luar dan dibawa masuk ke Malaysia. Di mana, kondisi kereta recond diperbaiki dan dicantikkan semula.. Lebih kurang mcm tu la..

Manakala, yang betul2 baru dari Honda Malaysia pula, sememangnya betul2 baru dan di datangkan dari Thailand.. datang sebiji tau.. bukannya part by part.. Manakala, warranty pula diberikan selama 5 Tahun.. Huhu.. Memang best..







Bagi yang banyak duit, better beli yang betul2 baru dari Honda Malaysia.. Tetapi kalau budget yang kurang.. Paham2 je la.. Dapat yang Recond pun dh ok.. Hehehe


Read more...

Kereta :: Honda Civic Baru

Wednesday, 15 August 2012


Honda Malaysia telah melancarkan produk terbaru iaitu Honda Civic Baru. Kalau tak silap aku, ini adalah Civic generasi ke-9. Kalau salah tolong betulkan yer.. Hehe. Seperti yang kita ketahui, Civic adalah salah satu model kegemaran rakyat Malaysia. Baik golongan muda ataupun golongan veteran. yang mana, kuasa VTEC yang diperkenalkan sejak dari dulu, sememamngnya menjadikan Civic berkuasa.

Pamplet Honda Civic

Seperti biasa, Honda Civic mempunyai 2 versi iaitu 1.8 & 2.0. Harga yang ditawarkan bagi 1.8 adalah RM113,000.00, manakala untuk 2.0 pula berharga RM130,000.00.

 Model 1.8



 Model 2.0

Perbezaan diantara versi 1.8 & 2.0 lebih kepada interior. Versi 2.0 dilengkapi dengan Push Start Button, Leather Seat, Sport Rim 17inchi, Door panel yang lebih menarik dan banyak lagi..

 Enjin Bay

 Interior

Dashboard

Bagi aku model Honda Civic baru ini kurang umphh berbanding model sebelumnya.. Tapi Honda tetap menjadi salah satu pilihan utama rakyat Malaysia.. Tepuk poket, tanya duit.. Hehehe..

Read more...

Kereta :: Honda CRZ

Thursday, 19 July 2012


Akhirnya honda telah melancarkan model CRZ automatik. Ini merupakan salah satu model yang dinantikan bagi peminat kereta sukan. Seperti yang kita tahu, CRZ merupakan model kereta sukan berkuasa Hybrid. Walaupun ianya Hybrid, kereta ini mampu bergerak dengan kelajuan 180km/j. Dengan Harga RM119K, Honda CRZ mampu menjadi salah satu kereta pilihan ramai.

Sabtu lepas, aku berkesempatan pergi ke showroom Honda di Glenmarie untuk melihat dengan mata sendiri Honda CRZ ini. Sememangnya CRZ memiliki daya penarik. Kena pulak CRZ yang dipamerkan berwarna merah.. Perghh!!! memang cun giler.. Hehe. Korang tengok la sendiri..

Pandangan Depan

Pandangan Belakang

Enjin

Interior

Senang kata, Honda CRZ ini memang pilihan aku kalau aku ada duit yang banyak. Dengan pelbagai ciri dan jaminan 5 Tahun yang ditawarkan, sememangnya Honda CRZ merupkan pilihan terbaik bagi kategori kereta sukan berkuasa Hybrid..



Read more...

Kereta :: VW Scirocco R

Friday, 13 July 2012


Bagi peminat kereta sport @ kereta sukan, sudah pasti VW Scirocco R ini menjadi idaman dan kegilaan. Dengan design yang unique dan berkuasa, VW Scirocco R menjanjikan seribu kepuasan kepada pemilik kereta sukan ini.. Jom la layan gambar yang aku amik semasa pameran VW di AEON Bukit Tinggi..

 Pandangan Depan

 Pandangan Belakang

 Dalaman Yang Menarik

memang terbaek!!!

Bila la agaknya aku boleh beli.. Hehe.. Esok?? Lusa?? Nantikan update aku..

Read more...

Kereta :: VW Polo Sedan

Tuesday, 10 July 2012


Seperti yang diketahui ramai, VW telah melancarkan versi Polo Sedan di Malaysia pada bulan April 2012. Rasanya belum terlambat untuk aku mencoretkan serba sedikit mengenai VW Polo Sedan. Pada 1 Julai 2012 yang lepas, aku berkesempatan untuk melihat secara langsung VW Polo Sedan yang dipamerkan di AEON Bukit Tinggi. Untuk maklumat lanjut mengenai VW Polo Sedan, korang boleh lawati laman sesawang VW Malaysia.

Berikut adalah gambar yang sempat aku ambil utnuk tatapan korang semua..

 Pandangan Depan

 Pandangan Sisi

Pandangan Belakang

 Enjin berkuasa 1.6

Interior Yang kemas 

Panel Yang Simple 

Gear Console 

Panel Meter

Bagi korang yang inginkan kelainan, pastinya VW Polo Sedan ini boleh menjadi salah satu pilihan terbaik. Dengan harga dibawah RM100K serta pemanduan Eropah.. Fikir2kan la.. Hehe..

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP