Kereta :: Honda Civic Baru
Wednesday, 15 August 2012
Honda Malaysia telah melancarkan produk terbaru iaitu Honda Civic Baru. Kalau tak silap aku, ini adalah Civic generasi ke-9. Kalau salah tolong betulkan yer.. Hehe. Seperti yang kita ketahui, Civic adalah salah satu model kegemaran rakyat Malaysia. Baik golongan muda ataupun golongan veteran. yang mana, kuasa VTEC yang diperkenalkan sejak dari dulu, sememamngnya menjadikan Civic berkuasa.
Pamplet Honda Civic
Seperti biasa, Honda Civic mempunyai 2 versi iaitu 1.8 & 2.0. Harga yang ditawarkan bagi 1.8 adalah RM113,000.00, manakala untuk 2.0 pula berharga RM130,000.00.
Model 1.8
Model 2.0
Perbezaan diantara versi 1.8 & 2.0 lebih kepada interior. Versi 2.0 dilengkapi dengan Push Start Button, Leather Seat, Sport Rim 17inchi, Door panel yang lebih menarik dan banyak lagi..
Enjin Bay
Interior
Dashboard
Bagi aku model Honda Civic baru ini kurang umphh berbanding model sebelumnya.. Tapi Honda tetap menjadi salah satu pilihan utama rakyat Malaysia.. Tepuk poket, tanya duit.. Hehehe..
0 comments:
Post a Comment