Showing posts with label Honda. Show all posts
Showing posts with label Honda. Show all posts

Honda :: Civic Type R 2015 [Part 2]

Thursday, 13 February 2014


Dijangkakan Honda akan melancarkan model Honda Type R Generasi ke-4 pada Geneva Motorshow yang akan diadakan pada bulan Mac 2014. 


Ianya dijangkakan akan mula dipasarkan pada tahun 2015. Civic Type R generasi ke-4 ini dikatakan gabungan VTec dan Turbocharge. Tentunya amat mengujakan pada peminat Type R. Pasti ramai yang ternanti-nanti kemunculan model ini.. Sama-sama kita nantikan...

Read more...

Honda :: Civic Type R 2015

Wednesday, 11 September 2013

Terdapat rumours yang menyatakan bahawa Honda akan mengeluarkan model terbaru Civic Type R pada tahun 2015. Seperti yang diketahui bahawa Honda Civic Type R sememangnya menjadi sebutan dan kegilaan rakyat Malaysia terutamanya peminat Honda Civic. 

Mengikut berita yang diterima, Honda Civic Type Rakan diperkenalkan pada Franfurt Motor Show. Samada berita ini benar atau tidak, sama2 kita nantikan. Apa yang pasti, Honda telah pun memuat turun video pengenalan tentang Honda Civic Type R ini di laman Youtube. 

Meh kita layan video tentang Honda Civic Type R yang terbaru ini...




Read more...

Kereta :: Honda Stream

Monday, 27 August 2012


Honda.. Saper yang tak kenal jenama Honda.. Sebut je Honda, pasti terbayang beberapa model yang menjadi kegilaan semua. Kali ni aku nak berkongsi berkenaan Honda Stream. Di Malaysia terdapat 2 jenis Honda Stream iaitu Recond dari Japan & Baru dari Honda Malaysia. 

Terdapat banyak perbezaan antara recond & baru.. Tak perlu la aku nak cerita panjang lebar perbezaannya.. Namun, yang paling ketara adalah.. Recond merupakan kereta yang telah digunakan di negara luar dan dibawa masuk ke Malaysia. Di mana, kondisi kereta recond diperbaiki dan dicantikkan semula.. Lebih kurang mcm tu la..

Manakala, yang betul2 baru dari Honda Malaysia pula, sememangnya betul2 baru dan di datangkan dari Thailand.. datang sebiji tau.. bukannya part by part.. Manakala, warranty pula diberikan selama 5 Tahun.. Huhu.. Memang best..







Bagi yang banyak duit, better beli yang betul2 baru dari Honda Malaysia.. Tetapi kalau budget yang kurang.. Paham2 je la.. Dapat yang Recond pun dh ok.. Hehehe


Read more...

Kereta :: Honda Civic Baru

Wednesday, 15 August 2012


Honda Malaysia telah melancarkan produk terbaru iaitu Honda Civic Baru. Kalau tak silap aku, ini adalah Civic generasi ke-9. Kalau salah tolong betulkan yer.. Hehe. Seperti yang kita ketahui, Civic adalah salah satu model kegemaran rakyat Malaysia. Baik golongan muda ataupun golongan veteran. yang mana, kuasa VTEC yang diperkenalkan sejak dari dulu, sememamngnya menjadikan Civic berkuasa.

Pamplet Honda Civic

Seperti biasa, Honda Civic mempunyai 2 versi iaitu 1.8 & 2.0. Harga yang ditawarkan bagi 1.8 adalah RM113,000.00, manakala untuk 2.0 pula berharga RM130,000.00.

 Model 1.8



 Model 2.0

Perbezaan diantara versi 1.8 & 2.0 lebih kepada interior. Versi 2.0 dilengkapi dengan Push Start Button, Leather Seat, Sport Rim 17inchi, Door panel yang lebih menarik dan banyak lagi..

 Enjin Bay

 Interior

Dashboard

Bagi aku model Honda Civic baru ini kurang umphh berbanding model sebelumnya.. Tapi Honda tetap menjadi salah satu pilihan utama rakyat Malaysia.. Tepuk poket, tanya duit.. Hehehe..

Read more...

Kereta :: Honda CRZ

Thursday, 19 July 2012


Akhirnya honda telah melancarkan model CRZ automatik. Ini merupakan salah satu model yang dinantikan bagi peminat kereta sukan. Seperti yang kita tahu, CRZ merupakan model kereta sukan berkuasa Hybrid. Walaupun ianya Hybrid, kereta ini mampu bergerak dengan kelajuan 180km/j. Dengan Harga RM119K, Honda CRZ mampu menjadi salah satu kereta pilihan ramai.

Sabtu lepas, aku berkesempatan pergi ke showroom Honda di Glenmarie untuk melihat dengan mata sendiri Honda CRZ ini. Sememangnya CRZ memiliki daya penarik. Kena pulak CRZ yang dipamerkan berwarna merah.. Perghh!!! memang cun giler.. Hehe. Korang tengok la sendiri..

Pandangan Depan

Pandangan Belakang

Enjin

Interior

Senang kata, Honda CRZ ini memang pilihan aku kalau aku ada duit yang banyak. Dengan pelbagai ciri dan jaminan 5 Tahun yang ditawarkan, sememangnya Honda CRZ merupkan pilihan terbaik bagi kategori kereta sukan berkuasa Hybrid..



Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP