Showing posts with label Status Halal Date & Fate. Show all posts
Showing posts with label Status Halal Date & Fate. Show all posts

Status Halal Date & Fate Part 2

Thursday, 19 June 2014



Meragukan!!! Itu la istilah tepat yang dapat aku simpulkan mengenai Status Halal Date & Fate. Nak tau kenapa?? Sebagai penjual produk ini, aku akan cuba dapatkan kepastian mengenai Status Halal sesuatu produk. Begitu juga dengan Date & Fate ini.  Berikut adalah email yang aku perolehi dari HFCI yang beroperasi di Malaysia..




Maknanya dorang menggunakan logo Halal HFCI secara tidak sah. Dan status Halal yang digunakan amat meragukan. Apa yang perlu kita buat?? Sebagai islam, kita harus berpikir secara waras.. Benda yang meragukan hendaklah dijauhi... 

Read more...

Status Halal KFlower Fiber Wheat

Wednesday, 4 June 2014




KFlower Fiber Wheat merupakan satu lagi produk keluaran People Republic of China (PRC) yang sedang meningkat naik permintaan dan dijual di Malaysia. 

Jika sebelum ni, aku ada mengupas tentang status Halal Twinfish Oat Choco, CVMallow Oat Wheat dan Date & Fate Oat Chocolate.. Maka kali ni, aku akan turut mengupas tentang status Halal bagi KFlower Fiber Wheat. Orang kata untuk berlaku adil dengan semua produk yang ada di pasaran.

Produk ini dibuat oleh CHAON SANYANG FOODS CO LTD dan diimport oleh HPG MARKETING (M) SDN BHD yang berdaftar di Batu Caves Selangor. Manakala logo Halal yang digunakan adalah seperti berikut..


Tanda Halal yang digunakan adalah dikeluarkan oleh satu syarikat persijilan halal yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Yang mana, syarikat ini adalah ahli kepada World Halal Council tetapi TIDAK diiktiraf oleh JAKIM. 


Oleh yang demikian, jika anda berasa was2 atau ragu mengenai status Halal yang ada pada produk KFlower Fiber Wheat, boleh la mendapatkan pengesahan dari syarikat persijilan Halal (gambar di atas). Adalah menjadi kewajipan kita sebagai umat yang beragama Islam untuk mendapatkan makanan yang Halal lagi suci.




Read more...

Status Halal Date & Fate Oat Chocolate

Thursday, 15 May 2014



Untuk berlaku adil pada semua produk oat yang ada dipasaran, kali ni aku akan cuba kupas berkenaan status Halal bagi produk Date & Fate Oat Chocolate. Seperti yang kita sedia maklum, bahawa kebanyakkan produk oat yang dipasarkan di Malaysia di bawa dari Negara China.

Bagi Date & Fate pula, status Halal yang ditunjukkan pada kotak produk adalah seperti di atas iaitu dari Halal Food Council International (Malaysia & Asian Region). Setelah di Google.. kami dapati HFCI merupakan ahli gabungan World Halal Council (WHC). Boleh klik World Halal Council



Walaubagaimanapun, apabila disemak di laman web Halal Malaysia, nampaknya Status Halal yang dikeluarkan oleh HFCI tidak diiktiraf oleh Jakim. Akan tetapi, bila ianya tidak diiktiraf oleh Jakim, bukan membawa maksud produk ini TIDAK HALAL.. Jangan salah anggap yer.. 




Bagi yang ingin lebih maklumat mengenai status halal produk ini.. Boleh la menghubungi Halal Food Council International yang mempunyai pejabat di Bandar Utama, Petaling Jaya untuk pengesahan. Kalau boleh minta sijil sekali... Hehehe.




Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP