Status Halal Date & Fate Oat Chocolate

Thursday 15 May 2014



Untuk berlaku adil pada semua produk oat yang ada dipasaran, kali ni aku akan cuba kupas berkenaan status Halal bagi produk Date & Fate Oat Chocolate. Seperti yang kita sedia maklum, bahawa kebanyakkan produk oat yang dipasarkan di Malaysia di bawa dari Negara China.

Bagi Date & Fate pula, status Halal yang ditunjukkan pada kotak produk adalah seperti di atas iaitu dari Halal Food Council International (Malaysia & Asian Region). Setelah di Google.. kami dapati HFCI merupakan ahli gabungan World Halal Council (WHC). Boleh klik World Halal Council



Walaubagaimanapun, apabila disemak di laman web Halal Malaysia, nampaknya Status Halal yang dikeluarkan oleh HFCI tidak diiktiraf oleh Jakim. Akan tetapi, bila ianya tidak diiktiraf oleh Jakim, bukan membawa maksud produk ini TIDAK HALAL.. Jangan salah anggap yer.. 




Bagi yang ingin lebih maklumat mengenai status halal produk ini.. Boleh la menghubungi Halal Food Council International yang mempunyai pejabat di Bandar Utama, Petaling Jaya untuk pengesahan. Kalau boleh minta sijil sekali... Hehehe.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP