Sahur & Air Buah
Tuesday, 1 July 2014
Alhamdulillah.. Akhirnya Ramadhan kembali. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan kebaikkan. Marilah kita sama2 mencari kebaikkan dan keredhaan Allah SWT.
Sempena Ramadhan ini, aku nak berkongsi Tips ketika bersahur. Yang mana, sahur merupakan elemen penting di dalam kita mengerjakan ibadat puasa. Bagi tahun 2014, fenomena El Nino dijangkakan pada Jun sehingga September. Yang mana, kita juga akan berpuasa pada bulan tersebut.
Antara nasihat pakar dietetik, kita perlu minum air buah2an segar ketika bersahur. Kerana buah2an ini mengandungi pelbagai zat, vitamin dan serat yang diperlukan dalam badan supaya kita kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Ini adalah untuk mengelakkan dehidrasi yang mungkin terjadi.
0 comments:
Post a Comment