Showing posts with label Setia City Mall. Show all posts
Showing posts with label Setia City Mall. Show all posts

Movie Minggu Ini :: KIL

Wednesday, 29 May 2013


Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Akil yang menghadapi tekanan hidup. Beliau telah beberapa kali cuba untuk membunuk diri tetapi gagal. Sehingga lah beliau menemui satu iklan berkenaan organisasi "Life Action Bureau" (LAB). Apa yang akan jadi seterusnya...

Filem ini dibintangi Redza Minhat,Cristina Suzanne dan ramai lagi.. Ianya diarahkan oleh Nik Amir Mustafa dan terbitan oleh Grand Brilliance & Flux Visual Lab.. Filem ini mulakan tayangan pada 30 Mei 2013 di seluruh panggung di Malaysia..

 
Trailer - KIL

OST KIL - Rapuh by Pesawat

Read more...

Movie Minggu Ini :: Fast & Furious 6

Wednesday, 22 May 2013


Fast & Furious kembali lagi.. Kali ni Fast & Furious 6.. Yang mana merupakan sambungan kepada Fast & Furious 5.. Bagi peminat movie ni, sudah pasti tidak sanggup untuk melepaskan peluang menonton filem ini. Aku pula telah menempah tiket online bagi menyaksikannya pada 23 May 2013.. Yes!!! 



Komen :-
Apa yang aku boleh kata.. filem ni memang best giler dari start tayang sampai ke akhir.. Lagi2 kalau tgk 3D.. Wah!!! Bagi aku.. ini filem Fast & Furious yang paling best.. Tak sabar nak menunggu sambungan filem ini. Bagi peminat filem, memang aku cadangkan korang tgk.. Jalan cerita yang ringkas tapi menarik..

Read more...

Movie :: Iron Man 3

Thursday, 25 April 2013


Filem yang dinantikan oleh seluruh dunia. Bagi peminat filem Iron Man, sudah pasti Iron Man 3 menjadi pilihan untuk di tonton minggu ini. Tidak terkecuali, aku sendiri. Yang mana aku telah mula menempah tiket online melalui aplikasi GSC di Iphone seawal selasa lepas (23 April 2013). Ni tiketnya..


Aku booking 4 tiket iaitu untuk keluarga aku. AKu akan menonton Iron Man 3 ni di GSC Setia Alam City Mall.. Reason.. sebab dekat dengan rumah aku.. kira2 15 minit perjalanan.. bagi peminat Iron Man, Jom kita penuhkan panggung minggu ini.. Terbaekk!!!



Read more...

Makan :: Chatime

Friday, 7 September 2012


Chatime.. Rasanya x perlu diperkenalkan lagi. kebanyakkan orang sudah kenal apa itu Chatime. Bagi yang selalu lepak kat shopping komplek area lembah klang, sure familiar sangat dengan Chatime.. Aku pulak, baru je berjinak2 dengan Chatime ni. Tapi anak2 aku semuanya suka Chatime terutama minuman Cappucino Pearl.. Perghh.. memang x cukup2.. Setakat ni aku dh terjah lebih kurang 5 Chatime yang berbeza lokasi iaitu.. Sunway Pyramid, One Utama, Setia City Mall, Subang Parade & AEON Bukit Tinggi..




Berikut pula adalah di antara minuman yang pernah aku try.. Takde la banyak sangat tapi yang paling aku suka adalah Strawberry Chocolate & Lychee Black Tea.. Perghh!!! Terangkat beb...




Harganya pula amat berpatutan.. Tak lebih RM7.00 pun.. kalau korang nak try, boleh sangat.. lagipun memang sedap.. Hehe


Read more...

Red Velvet Cake

Wednesday, 30 May 2012

Red Velvet Cake.. Sudah pasti ramai yang tau tentang cake ini. Sebut je nama Red Velvet Cake, pasti ramai yang sudah membayangkan ksedapan cake ini. Begitu juga dengan aku.. Hehehe. Walaupun pada mulanya aku mmg memandang serong terhadap cake ini.. sehingga la peristiwa di mana aku & family lunch kat Strawberry Field Restaurant di PJ.. Aku tergerak hati untuk oder Red Velvet Cake ni.. Last2.. Aku mmg akui cake ini mempunyai rasa yang unik dan sedap.. membuatkan aku jatuh cinta dengan nama Red Velvet.. Hehehe.

Aku dah rasa Red Velvet Cake ni di beberapa tempat.. antaranya Starbuck Cafe, Strawberry Field & Coffee Cafe di Setia Mall..

Strawberry Field Restaurant

Coffee Cafe at Setia City Mall

Starbuck Cafe at One Utama

Rasanya banyak lagi tempat2 yang ada Red Velvet Cake ni.. Cuma belum xplore sepenuhnya.. Kalau ada masa, sure aku akan menerjah ke restaurant / cafe yang menghidangkan Red Velvet Cake ini.. Peace!!

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP