Savvy Turbo Part VI

Sunday 10 June 2012

Agak lama aku tidak meng'update' blog aku berkenaan Savvy Turbo. Memang masih terdapat beberapa modification yang aku buat bagi mempowerkan savvy turbo aku. Hehe. Antara modifikasi yang aku buat adalah menggunakan intercooler VR4 bagi menggantikan intercooler EP82. Kira nampak lebih garang dengan menggunakan intercooler VR4. Pada masa yang sama, ianya memastikan turbo aku tidak mengalami 'turbo lack'. Betul ke apa aku tulis tu?? Hehe..

Intercooler VR4

Aku juga telah membuat sistem piping yang baru untuk turbo aku bagi menambahkan kuasa dan juga supaya nampak lebih kemas di enjin bay.. Impak yang aku dapat dari perubahan ini memang menakjubkan..

Stainless Steel pipe

Gambar sebenar enjin bay 

Dengan melakukan beberapa modifikasi seperti yang tunjukkan pada savvy turbo aku.. performance savvy turbo aku semakin mantap dan tanpa segan silu aku mengatakan bahawa ianya sebuah kereta yang berkuasa dan memuaskan hati aku sebagai empunya ini kereta..

p/s: Masih ada beberapa modifikasi yang aku buat.. nantikan post Savvy Turbo Part VII


1 comments:

Anonymous,  9 July 2012 at 14:52  

Where to modify ?

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP