Makan :: Putu Piring Meru

Saturday 16 June 2012

Kitaorang merupakan sebuah famili yang amat suka makan terutama jika mendapat tau atau khabar terdapat makanan yang sedap di sesuatu tempat. Kalau tempat tu dekat, sudah pasti kami tidak teragak2 terjah makan ke tempat yang dimaksudkan dengan kadar segera.

Berikutan daripada itu, kami diberitahu terdapat satu gerai putu piring yang sedap iaitu Putu Piring Meru. Setelah diberitahu lokasi gerai tersebut, kebetulan pula kitaorg memamng mempunyai urusan di Klang. Maka dengan lajunya kitaorg terus ke gerai yang dimaksudkan iaitu di Pekan Meru..


Mengikut kata orang di Meru, putu piring ini telah lama beroperasi di pekan ini. Ianya adalah resepi turun temurun keluarga. Putu piring ini juga memang amat dikenali di sini. 

Bagi kitaorg yang baru mencuba putu piring ini, memang amat berpuas hati kerana putu piring meru ini memang sedap. Masa sekarang ni, memang susah untuk mencari putu piring yang sedap terutama buatan bangsa melayu. 

Putu Piring Meru

Memang terbaekkk

Rasa putu piring ini memang cukup.. dengan gula melaka, kelapa parut yang cukup rasa dan menepati citarasa kitaorg. Harganya pula amat berbaloi.. sekeping putu putu piring berharga 50sen.. memang kena dengan rasa dan saiz kuih ini. so, apa lagi..?? 


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP