Makan :: Restoran Asam Pedas Bangi

Thursday 28 June 2012


Lokasi terjah makan kali ini iaitu Restoran Asam Pedas Bangi. Restoran ini terletak di Bandar Baru Bangi, di hadapan Komplek PKNS. Actually, aku datang ke sini disebabkan aku menyertai pertandingan ping pomg anjuran PEKA. Huiyoo.. macam terer main ping pong.. tapi aku ni bidan terjun je.. sebab ada pemain yang sepatutnya main, terpaksa tarik diri atas alasan kecemasan.. 

Berbalik kepada Restoran Asam Pedas Bangi, aku telah meng'order' asam pedas pari dan asam pedas ikan merah.. dan beberapa makanan sampingan.. 

 Asam Pedas Ikan Merah

 Asam Pedas Ikan Pari

 Ulam & Cencalok

Telur Masin & Patri Nenas

Nampak menyelerakan tak? Sure punya.. Lagi2 Asam Pedas tu.. Mesti korang terasa macam nak makan banyak kan.. Hehe. Selepas aku rasa asam pedas ni.. pada aku, ianya terasa terlalu pedas dan kurang rasa asamnya.. Bukan aku nak komplen.. tetapi macam aku yang memang berasal dari Johor.. Asam pedas ni salah satu makanan rutin aku.. Sori yer..

Apapun, bagi yang teringin makan, boleh la datang ke Restoran Asam Pedas Bangi.. Dan apa pula kata korang.. meh kita share.. sharing is caring.. Hehe.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP