Family :: KPJ Selangor

Tuesday 19 June 2012


Pada 13 Jun 2012, anak bongsu kitaorang dirujuk ke KPJ Selangor atas sebab demam, selsema & batuk yang berterusan sejak seminggu lalu. Oleh kerana kitaorg mempunyai ING Insurance Coverage, maka segala urusan di KPJ Selangor diuruskan oleh staf KPJ. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar sehingga   menunggu giliran untuk bertemu dengan pakar.

Setelah diperiksa, anak kitaorg iaitu Yasmina Zahirah dikehendaki tinggal di wad untuk pemeriksaan lanjut.   Maka, bermula episod yang mana Yasmina dimasukkan ke Wad 220. 


Pada mulanya tiada bilik untuk harga RM400 kebawah.. Yang ada bilik RM450.. Setelah berpikir panjang dan atas sebab kesihatan anak2, kitaorg decide untuk accept bilik RM400 (after diskaun 20%). Penjelasan yang kami terima, bilik ini dilengkapi sofa dan balkoni.. wow!! Dah macam hotel.. kata my wife.. Hehe. Tapi kitaorg bernasib baik sebab masih terdapat bilik berharga RM200.. Alhamdulillah..

Setalah dirawat hampir 4 hari, akhirnya Yasmina dibenarkan untuk keluar wad pada 16 Jun 2012. Syukur alhamdulillah.. Segalanya telah selesai dan Yasmina kembali sihat. Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat semasa Yasmina berada di dalam wad..

Kredit to google image

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP