Makan :: Nasi Lemak Senibong

Thursday 21 June 2012


Restoran Malam Indah Selalu.. Aku pun tak tahu sejak bila restoran ni ada nama. Sebabnya, aku namakan restoran ni sebagai Nasi Lemak Senibong.. Hehe. Agaknya supaya nampak lebih komersial, restoran ni diberikan nama..

Untuk pengetahuan korang, restoran ni terletak di area Permas Jaya, Johor Bahru. Bagi yang masih belom pasti kat mana terletaknya restoran ni, korang boleh guna pakcik google.

Actually, restoran ni menghidangkan pelbagai makanan. Antara yang menjadi pilihan sejak dari dulu adalah Nasi Lemak... Tak kira la apa lauknya, yang pasti nasi lemak senibong ni memang sedap giler. Kalau makan begitu saja pun dah boleh abis sepinggan.. Kalau korang datang, korang boleh mintak la apa lauk yang korang suka. Macam kitaorg biasanya nasi lemak ayam goreng je..

Nasi Lemak Senibong

Lengkap dengan keropok n sedikit sayur

Selain nasi lemak yang sedap, air tebu yang dihidangkan pun terasa sedap semacam.. Apa agaknya yang dorang letak ek.. Hehe.

Air Tebu 

Air Kelapa

Semasa menunggu makanan tiba, korang boleh lihat pemandangan singapura pada waktu malam. Sebabnya, restoran ni memang terletak di selat tebrau iaitu selat yang memisahkan antara Johor - Singapura.. Memang menarik permandangannya.. cuma kamera aku x canggih, so gambar pun x berapa cun.. 

Pemandangan waktu malam..

Bagi korang yang nak datang ke sini untuk mencuba nasi lemak, kitaorg memang rekomen kedai ni.. Kira macam berbaloi la.. Macam kitaorg, kalau balik ke kampung.. sure akan singgah makan di sini..

2 comments:

Papa-NtiQ 15 November 2012 at 22:32  

hello zamri...saya selalu pegi makan kat sini ngan famili tapi baru jer masukkan pics dalam blog masa pegi weekend lepas. Senang2 tu singgah la yer www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal tempat makan best di restoren2 area JOHOR....entri lain tempat pun ada cam melaka, KL, Shah Alam....topik makan 100% hehe
Kalu sudi follow yer TQ bebanyak!!

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP